Cuba Praktis 12 Cara Meneran Ketika Bersalin Ini, Ramai Yang Dah Cuba Dan Menjadi!

Bulan ini mungkin ramai yang bersalin. Orang kata bayi PKP. Jadi pasti ada ibu-ibu yang sudah dekat due datenya mencari-cara cara meneran ketika bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bulan ini mungkin ramai yang bersalin. Orang kata bayi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi pasti ada ibu-ibu yang sudah dekat due datenya mencari-cari cara melahirkan anak.

Mesti ada yang fikir, cara melahirkan anak dan cara meneran pun perlu praktis ke? Ya Puan. Practice make perfect! Anda mungkin tidak percaya, tetapi jika anda cuba praktis anda akan berterima kasih kerana anda membaca artikel ini sebelum bersalin.

Teknik pernafasan antara perkara yang amat dititik beratkan ketika bersalin, ia antara lain termasuk dalam salah satu cara melahirkan anak yang dipraktikkan ramai ibu-ibu di luar sana. 

Jangan tak tahu ya, ada ibu yang sudah praktikkan cara ini dan ia amat berkesan untuk mereka, malah ada yang tidak perlu melalui episiotomi. 

Cara melahirkan anak & teknik meneran yang boleh anda cuba

 

Tidak dinafikan pasti banyak persoalan yang berlegar diminda ibu-ibu yang sedang mengandung terutama yang bakal menempuhi saat bersalin kali pertama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang tiada pengalaman bersalin mesti gementar menunggu detik hendak bersalin. Siapa saja tidak gementar terutama ibu baharu. Apa tidaknya, pengalaman belum ada. Sakit sangatkah? Macam mana hendak meneran? Macam mana kalau letih? Pasti terlalu banyak persoalan yang bermain diminda. 

Mungkin ada yang hingga rasa tidak mahu bersalin bila membaca pengalaman ibu-ibu yang pernah bersalin. Tapi dalam masa sama tidak sama untuk berjumpa dengan bayi yang dikandung. Dilema pula jadinya kan?

Ada yang beri tips jangan baca pengalaman orang lain, tetapi dengan membacalah kita akan lebih bersedia mental dan fizikal. Tidaklah terlalu terkejut apabila mahu hadapinya nanti kan?

Jangan panik, anda boleh laluinya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara pertama, mohon supaya ibu jangan panik. Bila panik segalanya jadi tidak selesa kan? Jom kita sama-sama belajar cara dan teknik meneran bersalin dengan betul supaya nanti tidaklah rasa terlampau letih.

Ibu yang pertama kali bersalin normal memang mengalami sedikit kesukaran kerana masih tiada ‘laluan’ bayi keluar. Bagaimanapun, kita sudah boleh mula berlatih teknik meneran yang betul.

  1. Angkat kepala hingga dagu merapati dada.
  2. Mata memandang bahagian perut.
  3. Kedua-dua belah tangan mesti pegang kaki.
  4. Boleh keluarkan suara sikit, tetapi jangan sampai menjerit.
  5. Jangan sesekali angkat punggung supaya dubur tidak luka nanti.
  6. Tarik nafas dalam-dalam. Teran seperti mahu buang air besar.
  7. Jangan hembus nafas dengan kuat (untuk kurangkan penat).
  8. Cuba teran sekuat mungkin dan selama mungkin, misalnya dalam masa 10 saat. Kemudian curi nafas dan sambung semula meneran sekiranya ada rasa kontraksi.
  9. Rehat dan tenang apabila kontraksi hilang. Minta bantuan suami untuk basahkan bibir dengan air.
  10. uri nafas dan teruskan meneran setiap kali rasa kontraksi.
  11. Dengar arahan jururawat dan doktor.
  12. Elakkan menjerit supaya tidak membazirkan tenaga.

Bagaimana anda rasa? Seperti mahu meneran kan walaupun dalam keadaan membaca saja. Teknik ini pernah dipraktikkan sendiri oleh penulis ketika melahirkan anak pertama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang benar, pernafasan dan ketenangan sangat membantu ketika proses ini. Bila anda panik, ia langsung tidak dapat membantu.

Bagaimanapun, bagi ibu kali pertama, anda tidak keseorangan. Panik itu memang tidak boleh dielak tetapi boleh dikurangkan jika kita bersedia mental dan fizikal untuk melaluinya.

Jangan putus ada ya ibu!

  1. Pastikan ada cukup tenaga untuk meneran. Makan makanan yang boleh berikan tenaga seperti kurma, coklat, dan badam.
  2. Jangan bernafas laju kerana boleh buat jantung bertambah laju dan kepenatan.
  3. Jangan jerit! Jimatkan tenaga dan guna sepenuhnya untuk meneran sekuat mungkin.
  4. Jangan panik dan meneran semasa kontraksi hilang.
  5. Cara betul meneran adalah seperti hendak buang air besar.
  6. Elakkan meneran bahagian muka. Sudahlah sakit, penat tau!
  7. Paling penting sekali, jangan putus asa!

Kurma memang sangat membantu memberi tenaga ketika hendak bersalin. Memang banyak ibu sudah amalkan dan ia terbukti berkesan memberi tenaga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika hendak bersalin ibu biasanya sudah kehilangan selera untuk makan, jadi kurma mungkin boleh membantu memberi tenaga memandangkan ibu tidak lalu untuk makan.

Semoga berjaya ibu! Anda boleh lakukannya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Luka Bersalin Bernanah Teruk, Ibu Jangan Cuba Petua MENGARUT Ketika Dalam Pantang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar