Kajian membuktikan bayi sudah mengenali maksud perkataan sebelum mereka bercakap lagi. Para penyelidik juga mengenalpasti bagaimana ia terjadi. Kajian ini memberi kelebihan untuk ibu bapa mengetahui tentang cara mengajar anak cepat bercakap.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong anak anda untuk faham maksud sesuatu perkataan, antaranya adalah:
- mereka mengenali maksud perkataan apabila mereka dapat melihat objek secara visual semasa ia disebut. Contohnya semasa menyebut ‘ini sudu, adik‘ tunjukkan sudu di hadapannya.
- kekerapan perkataan tersebut diguna juga memberi kesan kepada pemahaman mereka . Contohnya lapar, perbuatan untuk makan yang memang diguna setiap hari.
Laman sesawang Parenting telah mengongsikan bagaimana 4 cara mengajar anak cepat bercakap yang boleh dibuat oleh anda. 4 cara yang telah disarankan tersebut adalah:
Cara mengajar anak bercakap dengan cepat
#1 Mulakan perbualan
Tiada umur yang terlalu awal untuk anda mulakan cara mengajar si kecil bercakap. Sama ada mereka dapat menjawab atau tidak, mereka sentiasa dapat mendengar apa yang kita cakap.
Awalnya memang anda terasa seperti berbual dengan diri sendiri. Tapi, lama-kelamaan mereka akan memberi respon. Anda pasti teruja apabila mereka lebih cepat faham.
#2 Cara mengajar anak bercakap dengan cepat adalah melalui pendedahan secara menyeluruh
Teruskan bercakap dengan bayi anda. Anggap saja umpama anda adalah jurucakap di radio, tidak dapat melihat pendengar tapi anda perlu terus bercakap. Jika anda rasa bosan atau takut bayi anda bosan (percayalah mereka tidak akan bosan dengan anda), jadilah lebih kreatif.
Salah satu cara mengajar anak cepat bercakap adalah dengan menyanyi, berlakon atau bermain dengan perkataan. Akan sampai masa tiba-tiba ada suara kecil yang mengikut butir kata anda.
#5. Ambil peluang bila anak mahukan sesuatu
Kata selebriti dan ‘momfluencer’ Hanis Zalikha, salah satu kunci utama untuk mendorong anak anda cepat bercakap adalah apabila mereka inginkan sesuatu. Ajar mereka untuk meminta, contohnya jika anak merengek nak susu, ajar mereka perkataan seperti “ibu, susu please” atau “nak, susu.”
Keadaan ini boleh percepatkan proses untuk anak bercakap kerana apabila mereka inginkan sesuatu mereka tahu yang mereka perlu katakannya. Jadi ibu ayah, semua jangan lupa ambil peluang keemasan ini dengan mengajar anak meminta setiap kali mereka mahukan sesuatu.
Walau bagaimanapun jangan terlalu memaksa, jika anak masih tak mahu meminta dengan bercakap janganlah terus ibu ayah putus asa, dan tak memberi apa yang dimahukan.
mulakan dengan satu patah perkataan sebagai permulaan. Slowly but surely. Jika anak tak mahu cakap “ibu nak susu”, ajar anak satu perkataan saja seperti “susu”. Ikut mana tahap anak waktu itu.
#3 Jadikan sesuatu perkataan sebagai perbualan
Buat perkataan yang anda cuba untuk beritahu anak sebagai satu ayat. Perkataan saja mungkin sukar untuk difahami oleh si manja anda. Jadi, cara mengajar anak cepat bercakap adalah dengan membina ayat dan menjadikan ia sebagai perbualan.
Sesuatu perkataan lebih nampak maksudnya dengan ayat perbualan. Contohnya ‘ibu minum guna cawan ungu‘ sambil minum air menggunakan cawan ungu. Selain dapat berbual dengan mereka, anda juga dapat membantu mereka mengenali warna.
#4 Meraikan anak anda
Bukan mudah untuk anak anda belajar perkataan baru. Jadi, apabila dia dapat mengenali satu-satu perkataan dengan tepat, contohnya menyebut ‘papa’, raikan dengan tepukan atau pujian. Ini akan mendorong mereka untuk mencuba perkataan lain pula.
Pakar telah menyarankan ibu bapa untuk melayan bayi anda sebagai rakan bual. Tiada perbualan yang sia-sia. Semuanya didengari dengan teliti oleh bayi anda cuma mereka belum boleh memberi respon seperti yang anda mahukan.
Jadi tunggu apa lagi ibu-ibu, ayah-ayah, mari berbual dengan anak-anak kita. Moga dengan 4 cara ini, mereka boleh belajar bercakap dengan lebih cepat!
Sumber: Deccan Chronicle, Parenting
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Tahap Perkembangan Bayi Baru Lahir Dari 0-12 Bulan! Semak Sekarang