Bagaimana nak disiplin anak yang masih kecil? Anak saya tak faham apa-apa lagi, jadi bolehkah mengajar mereka sejak bayi?
Bagi ibu bapa yang memiliki anak kecil pasti soalan ini kerap bermain di minda. Tak sampai hati kan tengok wajah anak yang masih bayi. Perlu ke atau tidak disiplin anak masih kecil?
Pada usia tersebutlah, anak anda akan mencuba untuk meneroka persekitarannya dan belajar pelbagai benda baru yang akan membuatkannya bertambah aktif. Sebab semuanya nampak menarik untuk anak anda! Lagi-lagi, bila anak anda sudah mula boleh merangkak dan berjalan. Pasti ada sahaja ligatnya. Nak capai itulah, inilah. Bila anak dah mula lasak sikit, ibu bapa yang panik takut anak terluka ataupun terjatuh.
Jika ibu bapa merasakan bahawa anak yang masih kecil memerlukan didikan disiplin, pasti ada yang nak tahu macammana caranya. Tapi sebelum itu, mari kita lihat mengapa bayi memerlukan didikan disiplin sejak dari kecil lagi.
Mengapa perlu disiplin anak sejak kecil?
Kredit: Pexels
#1. Keselamatan anak
Pertama sekali, ianya berkaitan dengan faktor keselamatan. Risau kan hati ibu bapa bila tengok anak makin lasak dan ligat bermain. Jadi, anak anda perlu mengetahui apa yang selamat untuknya dan apa yang tidak.
Dengan berkata “Jangan”, “No no”, “Tak boleh”, anak akan mengingati apa yang anda perkatakan dari segi nada suara dan perbuatan. Anak anda akan lama-lama belajar dan menyedari bahawa tindakannya itu boleh membahayakan dirinya sendiri.
#2. Ajar salah dan betul dari awal
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kalau anda nak mulakan sesuatu, biarlah daripada awal. Anak-anak yang dididik dari sejak kecil lebih mudah untuk memahami perkara yang betul dan perkara yang salah. Ini boleh dilakukan dengan mengajarkan anak anda disiplin. Perkara ini akan membantu anak anda apabila mereka mula membesar untuk mengenali rasa hormat, rasa bantu membantu terhadap orang lain dan banyak lagi.
#3. Pembelajaran baru
Kredit: Pexels
Apabila anak anda mula membesar, kira-kira apabila anak anda mula menjangkau umur 10 bulan, memori dan ingatan menjadi semakin meningkat dan ini membolehkan anak anda untuk mempelajari perkara baru dengan mudah. Pada waktu inilah, masa yang terbaik untuk mengajarkan anak anda disiplin.
“Disiplin tu maksudnya kena jadi garang ke?”
Eh tidak! disiplin anak tu bukanlah anda kena jadi garang sampai anak takut. Maksud disiplin itu sendiri adalah menurut Kamus Dewan Bahasa adalah peraturan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik Bukanlah anda kena bercekak pinggang dan marah-marah anak anda. Silap itu ibu bapa!
Ada cara mudah sebenarnya untuk mengajarkan anak anda disiplin. Kalau anda rasa anak anda masih kecil dan tak berapa faham peraturan lagi. Tidak mengapa kerana latihan dan didikan adalah merupakan satu proses dan bukannya boleh berlaku secara tiba-tiba. Nak tahu bagaimana dan bagaimana anda boleh elak untuk didik anak dengan cara yang salah. Jom kita baca.
Cara untuk disiplinkan Bayi Yang Belum Faham Peraturan
Kredit: Pexels
Sewaktu anda memberikan didikan disiplin kepada anak, ini adalah beberapa cara untuk anda didik anak anda yang anda boleh praktikkan!
#1 Beritahu yang anda sayang padanya bila anda tegur anak anda
“Mama tak kasi pegang sebab mama sayang adik tau. Bukan sebab mama tak suka.” Anak yang kecil memang tak bersalah dan tak boleh dapat membezakan benda yang betul dan salah. Anda membetulkan perbuatannya ya, ibu bapa bukannya anda perlu marah-marah anak anda kalau anak anda buat silap. Tunjukkan kasih sayang anda.
#2 Didik anak anda dengan ketegasan
Sayang, sayang juga. Tetapi perlulah ada batasnya. Jangan sampai semua pun anda beri seperti menonton TV dan bermain telefon bimbit yang memang tak elok untuk budak kecil. Dalam kelembutan yang anda tunjukkan dalam mendidik anda mengenai disiplin dan peraturan, harus ada ketegasannya tapi…ini membawa kita kepada nombor tiga.
#3 Jangan terlalu tegas
Kalau anda terlalu sangat tegas sampaikan anda menghalangnya daripada membuat perkara yang sepatutnya demi perkembangan anak anda. Seperti tak boleh main rumput, pasir, tak boleh kotor-kotor, tak boleh itu, tak boleh ini. Macammana anak anda nak belajar? Kalau anda tegas sangat pun tak boleh, kerana ianya akan membuatkan anak anda rasa seperti anda tak mempedulikannya langsung. Bahaya tu.
#4 Tegurlah anak dengan lembut dan berhemah dan jangan pukul anak
Ini paling penting ibu bapa! Walaupun kadang, fahamlah ibu bapa sibuk kadang banyak kerja nak buat. Nak jaga anak lagi. Tapi itu bukanlah alasan untuk anda memukul anak atau menggunakan kata-kata yang tidak baik apabila anak anda. Perkara-perkara yang anak anda buat seperti gerakkan lampu atau sebagainya bukanlah bermaksud anak anda benar-benar maksudkannya. Anak anda hanyalah mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Jangan marah anak anda ya.
#5 Tegur secara konsisten
Anak anda mempelajari segalanya dari saat anda menegur, mengucapkan kata-kata dan perbuatan. Jika anda menegur anak anda supaya tidak berbuat sesuatu, janganlah anda kata boleh pula pada hari keesokannya. Disiplin anak perlu konsisten dengan setiap perbuatan anda.
Sumber: whattoexpect
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: 6 Sebab Mengapa Kadang Kita Perlu Menyebelahi Anak – Ketika Ajar Disiplin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!