TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

6 Sebab Mengapa Kadang Kita Perlu Menyebelahi Anak - Ketika Ajar Disiplin

3 min bacaan
6 Sebab Mengapa Kadang Kita Perlu Menyebelahi Anak - Ketika Ajar Disiplin

Serabut kan tengok anak kita bergaduh dengan pasangan, abang, adiknya? Bermacam cara disiplin anda guna. Tapi, kadang-kadang, anda kena menyebelahi anak-anak juga. Jom semak bila anda sepatutnya menyebelahi mereka!

Pentingnya kerjasama antara pasangan dalam mendisiplinkan anak

Pakar selalu menasihatkan ibu bapa – cara mendisiplinkan anak akan jadi lebih berkesan jika setiap pasangan saling kerjasama dan saling menyokong keputusan.

Tapi, seorang ibu bernama Rachel Fong ini telah melakukan sesuatu yang berlainan! Beliau telah menolak kata-kata pasangannya dan menyebelahi anaknya kali ini.

Mari kita baca apa situasi beliau. 

Perselisihan faham telah berlaku antara Micah dan suami saya. Micah berusia enam tahun – marah apabila ayahnya asyik membiarkan adik Micah memilih buku ceritanya 3 malam berturut-turut.  Walaupun suami saya memandang remeh perkara ini, saya memutuskan untuk campur tangan dan menyebelahi Micah. Ini kerana saya ingin dia tahu ada undang-undang keadilan dan ketenteraman di dunia ini. Micah tidak patut dipersalahkan apabila di tidak melakukan sebarang kesalahan! 

6 Sebab Mengapa Kadang Kita Perlu Menyebelahi Anak - Ketika Ajar Disiplin

Pendekatan disiplin yang berlainan

Setiap pasangan mempunyai cara masing-masing apabila mendidik anak.

Ada juga banyak benda yang boleh menimbulkan konflik antara ibu bapa. Contohnya: berapa banyak masa harus diberi pada anak untuk menonton tv setiap hari?

Atau juga isu-isu besar lain seperti disiplin yang diterapkan pada anak atau pencapaian akademik anak-anak.

Di samping ini, ramai ibu bapa menghadapi situasi terpaksa menahan diri dari menyampuk di depan anak apabila mereka mempunyai pendapat yang berlainan dari pasangan.

Itu tindakan yang sukar, katanya!

Tapi, pakar menegaskan pasangan yang bekerjasama dan sepakat amat penting kerana ia menyumbang kepada suasana keluarga yang selamat. 

Jadi, menolak pandangan pasangan dan menyebelahi anak adalah cara disiplin yang berbeza.  

Jom semak bila kita boleh buat cara disiplin ini di rumah!

Bila kita boleh menyebelahi anak-anak?

  • Apabila kita sudah tahu cerita sebenarnya dan pasti anak tidak bersalah
  • Apabila pasangan telah melakukan kesalahan terhadap anak
  • Apabila cara pengendalian pasangan terhadap sesuatu situasi itu tidak baik (hilang kawalan)
  • Apabila anak dimarah dan diperkecilkan sehingga ia menjadi penderaan emosi
  • Apabila anak lain mengambil kesempatan pada anak yang lebih pendiam
  • Apabila pasangan gagal melihat anak sedang dibuli abang/kakak/adiknya

Pasangan akan bergaduh dan menyindir apabila adanya konflik

Malangnya, pasangan seringkali menggunakan kata-kata dan nada suara yang menyindir apabila mereka bercanggah pendapat. 

Jika perselisihan yang berlaku dibincangkan dengan betul, ia boleh menjadi titik pembelajaran untuk anak, kata Sam Kuna, Presiden Persatuan Kaunseling Singapura.

“Ibu bapa boleh bercanggah pendapat tanpa bergaduh“, kata Sam.

6 Sebab Mengapa Kadang Kita Perlu Menyebelahi Anak - Ketika Ajar Disiplin

Ibu bapa juga boleh menjelaskan kepada anak-anak mengapa pandangan mereka berbeza.

“Apabila pasangan tak bersetuju di antara satu sama lain, ia bukan bermaksud mereka tak lagi saling menghormati,”  “Jadi, tak ada gunanya ibu bapa berpura-pura sepakat sedangkan mereka tak sefahaman. Ini tidak akan mengajar anak apa-apa kerana dia tak nampak ibu bapanya berunding dan bertolak ansur.”

Ha… dengar itu ibu bapa semua! Anda juga boleh ajar anak-anak bagaimana ingin mengendali perbezaan pendapat tanpa bergaduh.

Dengan didikan anda, mereka akan lebih mudah faham.

Bersedia tangani perselisihan faham antara pasangan depan anak-anak

Pasangan boleh cuba untuk memberi “tanda” apabila mereka tak bersetuju dengan cara pasangan mengendali sesuatu atau apabila pasangan hilang kawalan ketika mendisiplinkan anak.

Ini supaya mereka akan sedar bahawa mereka sudah melampaui batas dan perlu timeout sekejap.

Apabila situasi sudah reda, bawalah berbincang tentang perselisihan yang berlaku supaya hubungan dapat dipulihkan.

Galakkan anak-anak untuk saling meminta maaf antara satu sama lain, jika mereka bergaduh. Sama juga macam anda dan pasangan!

Kebanyakkan ibu bapa lebih suka mengambil jalan keluar untuk mengelak situasi begini.

Tapi dengan mengelak, anak anda tidak akan mempelajari proses pembelajaran dari insiden ini.

Sebagai ibu bapa kita perlu belajar untuk mengawal emosi kita. Kita perlu mengajar anak-anak yang walaupun perselisihan faham boleh berlaku, kita akan selalu berusaha untuk mengendalinya dengan cara yang betul.

Baca juga:

Kesilapan Mendisiplin Anak Ibu Bapa Sering Lakukan, No 2 Paling Buang Tenaga Ya!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Sumber: Straits Times

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 6 Sebab Mengapa Kadang Kita Perlu Menyebelahi Anak - Ketika Ajar Disiplin
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham