Ibu ayah, bagaimanakah cara mengasuh anak yang betul?
Ini kerana sebagai ibu bapa anda mungkin akan menghadapi banyak kejutan baru tentang perkembangan anak sampai kadang-kadang tidak sedar cara anda mendidik si kecil itu adalah salah.
Malah ada sesetengah ibu bapa hanya mencari sumber parenting dari Google sahaja tanpa bertanyakan kepada mereka yang lebih arif.
Atas sebab itu, Doktor Kanak-Kanak, Bill Bush menyarakan ibu bapa berhenti melakukan kesalahan ini semasa mengasuh anak kecil dari rumah.
Cara mengasuh anak – Ibu ayah stop lakukan 8 kesalahan ini pada anak
#1. Terburu-buru bawa anak ke wad kecemasan hospital
Sememangnya ibu ayah adalah orang pertama yang akan panik bila anak jatuh sakit terutama bila tengok ada darah yang keluar dan sebagainya.
Lantas dengan itu, anda segera bawa mereka ke hospital di jabatan kecemasan meskipun tahu ramai lagi pesakit yang serius perlu dirawat.
Jadi sekiranya berlaku perkara sedemikian, adalah lebih baik hanya membawa mereka ke klinik berdekatan untuk berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan ringan.
#2. Mencari petua dari internet sahaja
Selain itu, bila terlalu panik semasa anak sakit, mesti ada ibu bapa yang membuat carian melalui Google.
Meskipun cara ini juga boleh membantu namun kalau boleh pilih website yang tepat seperti theAsianparent yang memberi tips dan petua yang berkesan untuk anda kerana segala maklumat diperolehi dari sumber yang sahih dan
pihak perubatan.
#3. Selalu minta ubat antibiotik
Tidak semua penyakit memerlukan antibiotik dan ubat ini perlu mendapat preskripsi serta nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Namun ada sesetengah ibu bapa yang suka meminta ubat antibiotik untuk diberikan kepada anak.
Ini kerana menurut Dr Bush, anak yang sering diberikan antibiotik pantas membuatkan badannya kebal sekaligus sukar untuk melawan penyakit.
#4. Menolak untuk suntikan imunisasi
Ada sesetengah ibu bapa yang menolak untuk tidak memberikan anak ubat apatah lagi vaksinasi juga tidak diberikan.
Walhal, vaksinasi itu penting bagi mencegah anak dari penyakit yang berbahaya yang perlu dimulai seusai bayi dilahirkan sehingga umurnya 18 bulan.
Lebih menyedihkan, ramai golongan anti vaksin ini muncul sampai membuka laman kumpulan sendiri di Facebook bagi menolak sebarang bentuk maklumat yang diberikan oleh ahli perubatan.
#5. Membiarkan anak bermain internet terlalu lama
Dalam dunia yang serba canggih dan moden kini, memang ramai ibu bapa yang suka mendedahkan anak-anak dengan gajet supaya mereka diam dan terhibur.
Namun dalam kita membiarkan anak bermain telefon tak henti-henti adalah lebih baik ibu bapa turut mengajak mereka bermain dan melakukan aktiviti yang menarik sekaligus dapat merangsang kreativiti dan perkembangan anak.
#6. Selalu melarang bermain di luar rumah
Ramai ibu bapa yang melarang anak bermain di luar kerana beranggapan ia tempat yang kotor dan banyak kuman.
Walaubagaimanapun tidak ada salahnya untuk membiarkan anak bermain di luar sambil meghirup nafas segar.
Kemudian selepas puas bermain, terus mandikan mereka dengan sabun supaya badan kembali bersih, seterusnya terhindar dari kuman dan jangkitan.
#7. Bersihkan telinga anak dengan cotton bud
Bagaimanakah cara anda mencuci telinga anak? Adakah anda menggunakan cotton bud semasa mencuci telinga si kecil itu?
Ini kerana dengan menggunakan cototn bud hanya mendorong kotoran telinga untuk masuk terus ke dalam tengah telinga.
Padahal, telinga boleh membersihkan sendiri melalui gerakan rahang semasa mengunyah atau diambil dengan jari semasa mandi sewaktu telinga sedang dalam keadaan basah.
#8. Bimbang bila tengok temperature
Demam merupakan reaksi atau mekanisme tubuh untuk bertahan terhadap benda asing atau parasit yang masuk ke dalam tubuh.
Jadi ibu ayah jangan panik tak menentu bila suhu anak naik secara tiba-tiba.
Apa yang anda boleh buat adalah damah badan anak dengan air asam jawa dan berikan ubat demam yang sesuai mengikut peringkat umur mereka.
Kemudian selang beberapa minit baca suhu anak semula. Jika berlanjutan, barulah bawa si kecil berjumpa doktor.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia