Lama Tak Datang Haid? Ketahui Punca, Cara Mengatasi Tidak Datang Haid Dan Masalah Kesihatan

Bila kali terakhir anda datang haid? Jika anda mengalaminya, terdapat beberapa cara merawat tidak datang haid yang boleh membantu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak datang haid (amenorea) boleh berlaku kepada wanita dan selalunya ia tidak berbahaya. Jika anda yakin anda tidak hamil, tiada masalah jika anda terlepas satu atau dua kitaran haid. Namun, jika haid anda tidak datang selama 3 hingga 6 bulan, berikut adalah beberapa cara merawat tidak datang haid.

Punca Tidak Datang Haid

Terdapat beberapa sebab mengapa haid anda mungkin tidak datang, antaranya:

1. Sebelum Akil Baligh

Haid tidak berlaku sebelum seseorang perempuan mencapai akil baligh. Kebiasaannya, akil baligh bermula sekitar umur sembilan tahun dan haid bermula setahun atau dua tahun selepas itu.

2. Semasa Mengandung

Jika anda hamil, haid biasanya akan berhenti sehingga selepas bayi dilahirkan.

3. Semasa Menyusu

Jika anda menyusukan bayi sepenuhnya, haid biasanya tidak akan datang sehingga anda berhenti menyusu. Namun, anda mungkin mengalami sedikit pendarahan jika anda mengurangkan sesi penyusuan.

4. Selepas Menopaus

Menopaus adalah fasa di mana ovari berhenti menghasilkan telur dan haid berhenti sepenuhnya. Purata umur menopaus adalah sekitar 51 tahun, namun kitaran haid boleh menjadi tidak menentu beberapa tahun sebelum menopaus.

5. Penggunaan Kontraseptif Tertentu

Sesetengah jenis kontraseptif boleh menghentikan haid. Ini termasuk:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pil perancang progestogen (pil mini)
  • Alat dalam rahim (IUD) levonorgestrel
  • Suntikan progestogen
  • Implan progestogen
  • Sebab Lain Haid Tidak Datang

Selain sebab-sebab di atas, terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan haid tidak datang:

1. Tekanan atau Stres

Stres boleh mengganggu hormon yang mengawal kitaran haid. Tekanan atau kejutan mendadak boleh menyebabkan haid terhenti. Biasanya, haid akan kembali normal selepas stres berkurangan.

2. Turun Berat Badan

Kehilangan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan haid terhenti, terutama jika indeks jisim badan (BMI) anda di bawah 19. Ini juga boleh berlaku kepada mereka yang mengalami anoreksia nervosa atau atlet yang menjalani latihan intensif seperti pelari jarak jauh dan gimnas.

3. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

PCOS adalah keadaan yang boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur atau berhenti sepenuhnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Simptom lain termasuk kesukaran menurunkan berat badan, jerawat dan pertumbuhan rambut berlebihan.

4. Masalah Hormon

Beberapa keadaan boleh mengganggu tahap hormon dalam badan, seperti:

  • Hiperprolaktinemia: Tahap hormon prolaktin yang tinggi akibat ketumbuhan benigna di otak (prolaktinoma).
  • Masalah Tiroid: Tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme) atau tidak aktif (hipotiroidisme) boleh menjejaskan kitaran haid.
  • Hiperplasia adrenal kongenital: Keadaan jarang berlaku yang mengganggu penghasilan hormon adrenal.
  • Sindrom Cushing: Gangguan hormon steroid.

5. Masalah Genetik

Masalah genetik seperti sindrom Turner boleh menyebabkan seseorang tidak mengalami haid. Dalam sindrom ini, ovari tidak berfungsi dengan betul, menyebabkan haid tidak bermula seperti biasa. Masalah genetik lain juga boleh menyebabkan kelainan pada organ pembiakan.

6. Menopaus Awal

Jika haid berhenti sebelum umur 40 tahun, ini dipanggil menopaus pramatang. Jika ia berhenti antara umur 40 dan 45 tahun, ia dipanggil menopaus awal. Pada fasa ini, haid berhenti dan simptom lain seperti rasa panas badan mungkin muncul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Ubat dan Rawatan Perubatan

Ubat tertentu seperti ubat antipsikotik, ubat tahan sakit yang kuat, serta rawatan seperti histerektomi (pembedahan membuang rahim) atau ablasi endometrium (penyingkiran lapisan rahim) boleh menyebabkan haid berhenti. Rawatan kanser seperti radioterapi dan kemoterapi juga boleh menyebabkan haid terhenti.

Cara Merawat Tidak Datang Haid

1. Dapatkan Pemeriksaan Doktor

Langkah pertama yang penting adalah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda

 Doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mengesyorkan ujian darah atau imbasan ultrasound bagi mengenal pasti sebarang masalah pada sistem reproduktif anda.

2. Ubah Gaya Hidup

Kadangkala, masalah haid boleh berlaku kerana tekanan, perubahan berat badan yang mendadak, atau senaman berlebihan. Anda boleh mencuba untuk kurangkan stress. Jaga berat badan dan hadkan senaman berlebihan atau terlalu berat.

3. Pemakanan Sihat

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat penting untuk kesihatan hormon.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan anda mendapat cukup vitamin dan mineral seperti zat besi dan kalsium. Elakkan diet yang terlalu ketat kerana ia boleh mengganggu hormon anda.

4. Rawatan Hormon

Jika punca tidak datang haid adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, doktor mungkin akan mencadangkan rawatan hormon seperti pil perancang atau terapi hormon untuk membantu mengembalikan kitaran haid anda.

5. Rawatan Masalah Perubatan Lain

Jika masalah seperti Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), masalah tiroid, atau gangguan hormon lain menjadi punca, doktor akan memberikan rawatan yang sesuai untuk menangani masalah tersebut.

6. Rawatan Tradisional

Ada juga rawatan tradisional seperti pengambilan herba atau suplemen tertentu yang dikatakan boleh membantu melancarkan haid. Namun, sebelum mencuba sebarang rawatan alternatif, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Jika haid masih tidak datang selepas mencuba langkah-langkah ini, penting untuk mendapatkan nasihat doktor bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan ambil mudah masalah ini kerana ia mungkin petanda kepada isu kesihatan yang lebih serius.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kitaran Haid Wanita: Tempoh Haid Normal, Fasa Haid & Cara Kira Kitaran Haid

Baca juga: Ini Fakta & Mitos Tentang Haid Yang Anda Perlu Tahu Serta Ciri Darah Haid!

Baca juga: Darah Haid Banyak (Menorrhagia): Punca Darah Period Banyak, Cara Kawal Pendarahan & Rawatan

Penulis

Noorhidayah