Wanita Hamil Campak Sup Panas Pada Bayi Kerana Terlalu Marah, Kasihannya!

Jangan disebabkan marah, orang lain yang tidak bersalah pula kena tempiasnya!

Jika anda seorang panas baran, pastinya sukar bagi anda mengawal kemarahan terutamanya apabila ada situasi yang membuatkan anda hilang kesabaran. Apakah cara mengawal marah yang boleh anda lakukan?

Mengawal kemarahan sebenarnya sangat penting terutamanya apabila melibatkan orang lain dalam kehidupan seharian kita. Tambahan lagi sekiranya anda sedang hamil, pastinya hormon anda yang tidak stabil mungkin membuatkan anda tidak dapat mengawal perasaan!

Cara Mengawal Marah: Wanita Hamil Mengamuk, Campak Sup Panas Pada Bayi Yang ‘Bising’

Di Xiangcheng, wilayah Henan, China, seorang wanita hamil didapati mencampak sup panas pada seorang bayi 11 bulan akibat terlalu marah! 

Bayi berkenaan dikatakan sedang mengetuk meja menggunakan sudu, satu perilaku biasa bagi anak kecil apabila berada di meja makan. Namun malang bagi bayi tersebut apabila Ren, berasa berang dengan tindakan bayi itu lalu mengamuk.

Sebelum kejadian, Ren dan suami sedang bertengkar, dan perlakuan si kecil itu ternyata menaikkan kemarahan wanita hamil tersebut.

Tidak berfikir panjang, dia terus membuang sup panas kepada bayi tersebut setelah ibu bayi tersebut tidak menghalang bayi tersebut dari terus membuat bising.

Kejadian tersebut telah dirakamkan oleh CCTV restoran tersebut menyebabkan terdapat bukti jelas, dan polis telah mengarahkan wanita tersebut ditahan 15 hari beserta denda 500 yuan (RM300). Namun dia dilepaskan dari tahanan kerana sedang hamil.

Yen juga telah membayar bil medikal bayi tersebut.

Lihat video kejadian di bawah:

https://youtu.be/KVwdG6Sdy88

Sumber: Youtube

Kasihannya! Sepatutnya sebagai bakal ibu, bukankah lebih baik dia mengawal kemarahannya terutama terhadap bayi yang tidak bersalah?

Cara Mengawal Marah: 10 Tips Meredakan Kemarahan

Kemarahan adalah emosi yang normal dan sihat – tetapi penting untuk mengatasinya dengan cara yang positif. Kemarahan yang tidak terkawal boleh membawa kesan kepada kesihatan dan hubungan anda.

Bersedia untuk mendapat kawalan emosi anda? Mula dengan mempertimbangkan 10 cara mengawal marah yang disenaraikan ini:

1. Berfikir Sebelum Bercakap

Semasa marah, mudah untuk mengatakan sesuatu yang anda akan menyesal kemudian. Ambil beberapa saat untuk berfikir sebelum mengatakan apa-apa – dan beri masa untuk orang lain yang terlibat dalam keadaan tersebut untuk melakukan perkara yang sama.

2. Luahkan Kekecewaan Selepas Bertenang

Sebaik sahaja anda lebih tenang, nyatakan kekecewaan anda dengan cara yang tegas tetapi secara tidak direct. Nyatakan kebimbangan dan keperluan anda dengan jelas dan langsung, tanpa menyakiti orang lain atau cuba mengawalnya.

3. Lakukan Senaman

Aktiviti fizikal dapat membantu mengurangkan tekanan yang boleh menyebabkan anda menjadi marah. Jika anda merasakan ingin marah, pergi berjogging, atau meluangkan sedikit masa melakukan aktiviti fizikal yang lain.

4. Time Out

Time out bukan sahaja untuk kanak-kanak sahaja ya! Beri masa rehat untuk diri sendiri pada masa stress bagus untuk memberi ketenangan, malah boleh meredakan kemarahan anda.

5. Cari Jalan Penyelesaian

Daripada memberi tumpuan kepada apa yang membuatkan anda gila, bukankah lebih baik mencari jalan penyelesaian?

Ingatkan diri sendiri bahawa kemarahan tidak akan memperbaiki apa-apa dan hanya akan membuatnya lebih buruk!

6. Gunakan ‘Saya’

Untuk mengelakkan mengkritik atau meletakkan kesalahan pada orang lain yang boleh meningkatkan ketegangan – gunakan “Saya” untuk menerangkan masalah. Sebagai contoh, katakan, “Saya kecewa awak tidak memberikan kerjasama” dan bukannya “Anda tidak pernah melakukan kerja rumah.”

7. Jangan Berdendam

Memaafkan merupakan satu perkara yang hebat, jadi jika anda membenarkan kemarahan menguasai anda, ia membuatkan masalah itu tidak berkesudahan.

Tetapi jika anda boleh memaafkan seseorang yang membuat anda marah, anda boleh belajar dari situasi itu.

8. Gunakan Humor Untuk Menghilangkan Kemarahan

Bergurau boleh membantu menghilangkan ketegangan. Gunakan gurauan untuk membantu anda menghadapi apa yang membuat anda marah.

Elakkan menyindir ya, kerana ia boleh menyakitkan perasaan dan membuat keadaan lebih teruk.

9. Mengamalkan Pernafasan Untuk Relaks

Tahukah anda, dengan pernafasan yang betul, anda boleh jadi lebih tenang tau! Selain itu, bayangkan anda berada di tempat yang damai, atau dengar muzik yang menenagkan bagi mengubah mood anda.

Anda juga boleh meluahkan perasaan anda melalui jurnal atau sekadar mengalihkan perhatian dengan berfikir perkara yang menggembirakan!

10. Tahu Bila Anda Perlukan Bantuan

Belajar untuk mengawal kemarahan adalah satu cabaran untuk semua orang pada masa tertentu. Dapatkan bantuan untuk masalah kemarahan jika tidak dapat mengawal kemarahan, yang menyebabkan anda melakukan perkara yang anda menyesal atau menyakitkan orang-orang di sekeliling.

Harap info cara mengawal marah ini membantu anda menjadi lebih tenang ya!

Kenapa saya selalu rasa nak marah orang semasa hamil?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mayoclinic

Baca juga:

https://my.theasianparent.comemosi-ibu-mengandung

Penulis

Beto Rahman