Bayi Dalam Kandungan Songsang? Jangan Risau, Apa Kata Anda Cuba 3 Cara Ini Untuk Elaknya

Cuba 3 cara ini sekiranya bayi anda masih berada dalam kedudukan songsang apabila dekat dengan tarikh bersalin anda. Ia mungkin dapat membantu untuk menggalakkan si kecil anda berpusing dan berubah posisi.

Kebanyakan wanita yang mengimpikan kelahiran semula jadi tanpa kesulitan paling takut dengan kemungkinan kelahiran songsang.

Pada minggu-minggu akhir kehamilan, doktor akan memeriksa sama ada bayi sudah berada dalam kedudukan anterior.

Bayi Perlu Dalam Kedudukan Anterior, Bukan Kelahiran Songsang

Kredit: medicalnewstoday.com

Kedudukan ini adalah di mana kepala bayi sudah turun berhampiran salur kelahiran dan menghadap belakang anda.

Kebanyakan bayi akan mengubah posisi mereka secara semulajadi dalam persediaan untuk dilahirkan.

Tetapi kira-kira 1 dari 25 kelahiran cukup bulan, bayi mempunyai risiko untuk berada dalam keadaan songsang, dengan posisi punggung atau kaki berhampiran salur kelahiran.

Walaupun ada kajian menunjukkan yang bayi songsang adalah lebih selamat untuk dilahirkan melalui pembedahan caeseran, itu tidak semestinya!

Bayi dalam kedudukan posterior biasanya akan bertukar juga ke posisi anterior sebelum proses bersalin.

Jika tidak, doktor atau bidan mungkin boleh cuba mengubah kedudukan songsang bayi.

Tetapi jika bayi masih tidak menukar posisi, maka barulah pembedahan caeseran tidak dapat dielakkan.

1. Doktor mungkin boleh mengubah kedudukan bayi anda

Pada minggu ke-37 , jika bayi anda masih songsang, doktor anda mungkin akan mencadangkan sesi external cephalic version (a “version”).

Doktor akan menggunakan tekanan ke bahagian perut dengan tangannya untuk mengalakkan bayi berubah kedudukan. 

Baca juga: Bimbang Bayi Kembar Songsang, Peluang Bersalin Normal Tipis

“Setiap ibu hamil yang ingin mengelak kelahiran songsang patut diberi pilihan ini, kecuali jika terdapat komplikasi lain.” Itu kata Andrew S. Gardner, M.D., Profesor Obstetrik dan Ginekologi dari New York University Langone Medical Centre.

Kaedah ini mempunyai lebih daripada 50 peratus kadar kejayaan.

Risiko komplikasi serius daripada kaedah ini adalah rendah, tetapi ia perlu dilakukan di mana terdapat kemudahan penjagaan yang lengkap seperti di hospital sekiranya anda perlu menjalankan pembedahan kecemasan. 

2. Tingkatkan pergerakan anda untuk mengelak kelahiran songsang

Cuba keluar berjalan-jalan dan regangkan betis anda kerana ini boleh membantu melonggarkan ligamen dan tisu penghubung yang menyokong bahagian rahim dan pelvis.

Gail Tully, seorang bidan yang selalu membantu wanita hamil untuk mengelakkan kelahiran songsang, berkata yang pergerakan ini akan memberi bayi lebih banyak ruang untuk memusingkan tubuhnya ke kedudukan kelahiran yang betul.

Malah, jika doktor anda memberikan kebenaran, anda boleh cuba buat senaman squats berikut untuk membantu bayi turun dengan betul:

Kredit: momjunction.com

  • Tegakkan tulang belakang,
  • buka kaki sebesar lebar bahu dengan tumit di atas lantai,
  • bengkokkan lutut dan tahan selama 10 hingga 30 saat, kemudian perlahan-lahan berdiri kembali.

Mula dengan melakukan lima kitaran dahulu. Apabila sudah lebih biasa, anda boleh tambahkan.

3. Buat persediaan khas untuk persalinan

Bayi posterior lebih cenderung untuk menekan tulang belakang anda semasa persalinan. Inilah pengalaman saya semasa melahirkan anak kedua saya.

Semua rasa sakit telah ditumpukan pada bahagian bawah tulang belakang saya dan saya telah mengalami sakit belakang yang teruk. Cara untuk menangani kesakitan ini senang sahaja.

Kredit: verywellfamily.com

Anda boleh berayun sambil duduk di atas bola yoga dengan sokongan tangan dan lutut serta perut yang menghala ke lantai. Tekanan pada pinggul juga akan membawa kelegaan. Berdiri sehingga rahim terbuka sekurang-kurangnya 6 sentimeter juga dapat membantu mempercepatkan proses bersalin.

“Mujur hanya kira-kira 8 peratus bayi akan masih berada dalam keadaan posterior apabila tiba masa untuk meneran bersalin, terutama jika epidural awal dielakkan. Selalunya, bayi akan berpusing juga akhirnya.”

Itu penerangan George Mussalli, M.D., pengarah Perubatan MaternalFetal di Bronx-Lebanon Hospital Centre, di New York City.

Jika anda telah memilih epidural awal, cuba baring dalam pelbagai posisi. Ia juga lebih baik untuk membiarkan air ketuban anda pecah sendiri, jika boleh.

Satu kajian telah mendapati bahawa apabila membran telah dipecahkan untuk mempercepatkan persalinan, bayi posterior mungkin tidak akan berubah posisi.

Sekiranya anda tidak mempunyai opsyen lain, maka prosedur pembedahan czer perlu dilakukan bagi memastikan bayi selamat dilahirkan. Jangan sedih ya ibu-ibu yang penting bayi selamat. Anda mungkin boleh mencuba untuk kelahiran secara normal pada kandungan seterusnya, InshaAllah. 

Sumber: Parents

Baca juga: Kedudukan Bayi Songsang? Lakukan 5 Jenis Senaman Ini Bagi Membuatkan Bayi Pusing Semula!

Penulis

Rosanna Chio