Susu badan tersumbat boleh menyebabkan payudara bengkak dan mastitis. Ia boleh menjadi nanah yang amat menyakitkan ibu. Jadi kami ajarkan cara mengeluarkan susu badan yang tersumbat langkah demi langkah.
Isi Kandungan
Cara Mengeluarkan Susu Badan Yang Tersumbat
Apabila anda menghadapi susu tersumbat, payudara akan berasa seperti padat dan kental di beberapa kawasan. Kulit sekitar puting juga boleh membengkak kemerahan beserta bintik putih.
Anda boleh cuba langkah demi langkah ini untuk mengeluarkan susu yang tersumbat.
1.Pergerakan Belakang Depan – Cara Mengeluarkan Susu Badan Yang Tersumbat
Letakkan payudara di antara tangan sambil menahannya secara mendatar. Pastikan kedudukan itu tetap sama semasa menggerakkan tisu kelenjar ke belakang dan hadapan. Selepas itu, ulangi prosedur yang sama dengan meletakkan payudara anda di antara tangan yang dipegang secara menegak pula.
2.Mengurut Dalam Gerakan Bulatan
Sokong payudara anda dengan satu tangan dan letakkan empat jari tangan yang lain secara rata pada payudara. Kemudian urut sedikit tisu kalenjar dalam gerakan bulat. Buat pergeseran di hujung jari 2-3cm dari semasa ke semasa dan ulangi langkah ini sehingga anda telah mengurut seluruh payudara.
3.Urut Payudara Dari Dalam Ke Luar
Gunakan jari dan perlahan-lahan urut payudara dari pangkal ke areola (kawasan sekitar puting susu). Melalui pergerakan ini, anda boleh mendorong susu mengalir keluar.
4.Tekan Payudara
Langkah ini agak sedikit menyakitkan. Lakukan perahan susu dan tekan sedikit payudara anda. Selepas itu, perlahan-lahan perah payudara hingga susu keluar.
5.Picit Puting Hingga Susu Keluar
Kali ini cuba picit puting hingga susu keluar. Anda akan rasa lega bila susu mula mengalir dan payudara yang rasa keras dan padat akan kembali selesa.
Ikuti Cara Mengeluarkan Susu Badan Yang Tersumbat
Ada beberapa gejala untuk mengetahui susu anda tersumbat atau sebaliknya. Anda akan merasakan beberapa simptom di bawah:
- Sakit di bahagian payudara
- Payudara bengkak
- Aliran susu yang lebih perlahan
- Saluran susu disekat
- Demam
- Mastitis
- Jangkitan yang menyakitkan payudara
Hello Doktor
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Alamak Saluran Susu Badan Tersumbat? Usah Risau, Ikuti Tips Berkesan Ini!
Baca juga: Susu badan anda tersumbat? Amalkan 5 rawatan semula jadi ini untuk pulih
Baca juga: Risaunya Bayi Enggan Menyusu, Ini Sebab & Cara Mengatasi Perubahan Rasa Susu Ibu