Cara Hilangkan Kahak Bayi Di Rumah, Cuba 10 Cara Berkesan & Paling Selamat Ini!

lead image

Cara hilangkan kahak bayi bawah 1 bulan secara alami boleh mengurangkan ketidakselesaan si manja ketika mereka kurang sihat. Ibu patut cuba di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anak batuk terutama berkahak kita juga ikut jadi tak selesakan? Rasa kasihan pun ada bila melihat anak kecil terutama bayi bernafas dalam keadaan tak selesa. Jadi bagaimana cara hilangkan kahak bayi bawah 1 bulan?

10 Cara Hilangkan Kahak Bayi Bawah 1 Bulan

Bila bayi batuk berkahak, memang boleh buat ibu bapa rasa risau dan tak senang duduk. Tapi jangan panik, ada beberapa cara yang boleh bantu legakan keadaan si manja tanpa perlu ke klinik terus.

Berikut adalah 10 cara hilangkan kahak bayi yang boleh anda cuba di rumah:

1. Sedut Kahak Secara Manual

Cara hilangkan kahak bayi yang pertama adalah dengan menyedut kahak secara manual.

Bayi yang masih kecil, terutamanya bawah enam bulan, lebih banyak bernafas melalui hidung. Jadi bila hidung tersumbat dengan kahak, mereka jadi gelisah dan sukar bernafas. Anda boleh gunakan:

  • Nasal aspirator (penyedut hidung bayi) — Alat ni sangat membantu untuk sedut lendir dengan lembut. Pastikan anda bersihkan alat ni selepas digunakan supaya tak menyebarkan kuman.
  • Mentol getah (bulb syringe) — Picit mentol dulu, masukkan hujungnya ke dalam hidung bayi, dan lepaskan perlahan-lahan untuk menyedut kahak. Jangan masukkan terlalu dalam, cukup di bahagian luar hidung sahaja.

2. Pastikan Bayi Sentiasa Terhidrasi

Cecair membantu mencairkan kahak supaya lebih mudah keluar. Kalau bayi masih menyusu badan atau susu formula, susukan mereka lebih kerap. Kalau bayi dah lebih enam bulan, beri air kosong dalam kuantiti yang sesuai. Bila badan cukup air, kahak tak jadi pekat dan senang dikeluarkan melalui batuk atau hidung.

3. Terapi Wap (Steam Therapy)

Cara buang kahak bayi di rumah adalah dengan terapi wap. Wap air suam boleh membantu membuka saluran pernafasan dan melonggarkan kahak. Cara paling mudah:

  • Buka air panas dalam bilik mandi sehingga bilik dipenuhi wap.
  • Bawa bayi masuk ke dalam bilik mandi (bukan bawah air panas ya!) dan duduk bersama mereka selama 10-15 minit.

Wap ni akan membantu mencairkan kahak, dan bayi biasanya akan mula bersin atau batuk untuk keluarkan lendir tu.

4. Tepuk Belakang Badan Bayi (Percussion)

Tepukan percussion antara salah satu satu cara buang kahak bayi yang boleh anda cuba. Berikut adalah cara untuk buat tepukan percussion:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Baringkan bayi secara meniarap di atas peha anda, dengan kepala sedikit lebih rendah daripada badan.
  • Guna tapak tangan yang melengkung, tepuk perlahan belakang bayi — fokus di bahagian belakang paru-paru.
  • Pastikan tepukan lembut dan konsisten, jangan terlalu kuat supaya bayi tak terkejut atau sakit.

5. Pasang Pelembap Udara (Humidifier)

Udara yang kering boleh menyebabkan hidung dan tekak bayi jadi lebih kering, membuatkan kahak lebih melekat dan susah nak keluar. Dengan pelembap udara, kelembapan bilik akan terjaga dan membantu saluran pernafasan bayi kekal lembap. Kalau tak ada humidifier, boleh juga letak bekas air suam dalam bilik bayi untuk hasilkan sedikit wap.

6. Biarkan Bayi Duduk Tegak

Cara buang kahak bayi seterusnya adalah dengan membantu bayi duduk secara tegak.

Bila bayi berbaring, kahak boleh terkumpul di belakang tekak dan menyebabkan mereka batuk atau muntah. Jadi, pastikan mereka berada dalam posisi tegak — sama ada ketika menyusu, bermain, atau tidur dalam car seat (untuk seketika sahaja). Posisi tegak bantu kahak bergerak ke atas dan keluar dengan lebih mudah.

7. Gunakan Madu Asli (Untuk Bayi 1 Tahun ke Atas)

Kalau bayi dah berumur setahun ke atas, madu asli boleh membantu melegakan batuk dan mencairkan kahak. Beri satu sudu kecil madu sebelum tidur atau campurkan dengan air suam. Penting: Jangan beri madu kepada bayi bawah setahun kerana risiko botulisme (jangkitan bakteria yang serius).

8. Gunakan Bantal Sedikit Tinggi

Kalau bayi dah boleh tidur dengan bantal, pastikan kepala mereka sedikit tinggi daripada badan supaya kahak tak terkumpul di belakang tekak. Untuk bayi kecil, angkat sedikit tilam di bahagian kepala dengan meletakkan tuala gulung di bawah tilam.

9. Sapu Minyak Bawang Putih

Minyak bawang putih juga menjadi cara hilangkan kahak bayi dengan berkesan. Caranya adalah dengan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bakar bawang putih sampai layu
  • Kemudian tumbuk dan campurkan dengan minyak kelapa atau minyak zaitun
  • Bila dah suam, sapu perlahan pada dada, belakang, dan tapak kaki bayi.

Bau bawang putih ni membantu melegakan hidung tersumbat dan mencairkan kahak. Tapi pastikan minyak tak terlalu panas dan cuba dulu pada kulit bayi untuk elakkan iritasi.

10. Elakkan Produk Tenusu

Kalau bayi dah mula makan dan minum selain susu ibu, kurangkan pengambilan produk tenusu buat sementara waktu seperti keju, yogurt atau krim bila bayi berkahak.

Produk tenusu boleh buat lendir jadi lebih pekat dan susah nak keluar. Untuk sementara waktu, tukar kepada makanan yang lebih ringan dan banyakkan beri air kosong.

Adakah Normal Bayi Berkahak?

Ya, sebenarnya adalah normal jika bayi berkahak, terutamanya dalam beberapa bulan pertama kehidupannya. Sistem pernafasan bayi masih dalam proses berkembang, dan kahak adalah cara semula jadi tubuh bayi untuk membersihkan saluran pernafasannya dari lendir atau kotoran. Walau bagaimanapun, jika kahak berterusan atau ada gejala lain, ibu bapa perlu lebih berhati-hati.

Penyebab Kahak Bayi

Beberapa penyebab bayi berkahak adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1.Sistem Pernafasan Yang Masih Berkembang

Bayi yang baru lahir atau masih kecil mungkin menghasilkan kahak sebagai cara tubuh untuk membersihkan saluran pernafasan yang sedang berkembang.

2.Selesema atau Jangkitan Pernafasan

Bayi mudah terdedah kepada selesema atau jangkitan pernafasan yang boleh menyebabkan pengeluaran kahak. Ini biasa berlaku apabila bayi terdedah kepada virus dari orang dewasa atau kanak-kanak lain.

3.Alahan

Bayi yang mengalami alahan terhadap debu, bulu haiwan, atau bahan kimia tertentu juga boleh menghasilkan kahak sebagai respons kepada alergen.

4.Udara Kering atau Kotor

Udara yang kering atau tercemar juga boleh menyebabkan saluran pernafasan bayi menjadi lebih sensitif, mengakibatkan pengeluaran kahak.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Walaupun kahak adalah perkara biasa, ada kalanya ia boleh menjadi tanda masalah yang lebih serius. Segera dapatkan bantuan doktor jika:

1.Kesukaran Bernafas

Jika bayi anda kelihatan sukar untuk bernafas, tercungap-cungap, atau mengeluarkan bunyi nafas yang tidak normal (seperti mengi), segera berjumpa doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2.Kahak Berwarna Hijau atau Kuning

Kahak yang berwarna hijau atau kuning boleh menunjukkan jangkitan atau masalah pernafasan yang lebih serius, dan perlu diperiksa oleh doktor.

3.Demam atau Selsema Berpanjangan

Jika bayi anda demam atau selsema yang berlarutan lebih daripada beberapa hari, ini boleh menjadi tanda jangkitan dan perlu mendapatkan rawatan segera.

4.Bayi Kelihatan Lethargik atau Tidak Bermaya

Jika bayi kelihatan lesu atau tidak aktif seperti biasa, ini juga boleh menjadi tanda bahawa masalah kesihatan lebih serius perlu diperiksa oleh doktor.

5.Kahak Disertai Batuk yang Berterusan

Jika bayi batuk berterusan atau mengalami batuk yang kuat, segeralah bawa bayi ke doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Dengan pemantauan yang betul dan penjagaan yang sesuai, kebanyakan kes kahak bayi adalah keadaan yang tidak membimbangkan. Tetapi sentiasa berbincang dengan doktor jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Bayi Batuk Berkahak, Buat Tepukan Percussion & Beri Susu Badan Antara Tips BERKESAN!

Baca juga: Resepi Sup Singo Pear, Terbukti Berkesan Meredakan Anak Batuk Berkahak & Demam

Baca juga: Nafas Bayi Berbunyi Kahak Kroh-Kroh, Bila Ibu Perlu Risau?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar