Cukup indah ciptaan tuhan apabila menciptakan rahim yang istimewa untuk mereka yang dilahirkan sebagai wanita. Di mana dengan adanya rahim ini, wanita dapat menampung dan melahirkan bayi yang sihat tubuh badannya dan cerdik akal fikirannya. Namun begitu tahukah anda cara menguatkan rahim wanita?
Semasa di dalam rahim, janin akan melalui pelbagai proses mengikut trimester satu hingga tiga. Kemudian, membesar dan membentuk tubuh manusia yang cukup sifat dan rupa paras yang comel seiras wajah
ibu bapanya.
Semua proses yang cukup istimewa ini berlaku dalam perlindungan rahim wanita sehinggalah si comel selamat dilahirkan ke dunia dan diberikan nama yang cukup indah.
Namun begitu, situasi akan jadi berbeza jika rahim ditimpa masalah dan penyakit tertentu. Gejala yang boleh dialami seperti pendarahan yang teruk, sengugut yang melampau, mandul, sukar hamil dan sebagainya.
Sudah tentu sebagai wanita kita tidak mahu ini berlaku dan tentunya rasa rendah diri jika tidak dapat melahirkan zuriat sendiri.
Jadi untuk membantu bakal-bakal ibu dan wanita sekalian, anda boleh mendapatkan pemakanan yang betul demi kepentingan rahim yang kuat dan sihat seperti berikut:
7 Cara menguatkan rahim melalui pemakanan yang sihat
#1. Cara menguatkan rahim- bersumberkan protein
Seperti yang kita tahu, makanan yang mempunyai sumber protein adalah sangat penting bagi badan manusia, malah ia turut berfungsi untuk menguatkan otot pada bahagian rahim.
Apatah lagi, protein ini merupakan kompenen utama dalam sel. Jadi, jika sel dalam badan mempunyai protein yang mencukupi, sudah tentu membuatkan sel menjadi sihat seterusnya otot menjadi kuat.
Antara jenis-jenis makanan yang mempunyai tinggi protein seperti salmon, daging lembu, kacang soya, kekacang, susu, keju, telur, ayam dan ikan.
#2. Teh hijau
Siapa sini suka minum teh hijau? Tahukah anda bahawa teh hijau memiliki kandungan antioksidan yang sangat tinggi.
Bahkan ia bukan dapat bantu mengekalkan kesihatan uterus semata-mata tapi turut mencegah fibroid pada organ tersebut.
Jadi kalau anda suka minum teh hijau ini adalah khabar baik untuk anda!
Buat yang kurang gemar, bolehlah perlahan-lahan rasai kelazatan teh hijau ini.
#3. Badam
Badam ini boleh menjadi snek harian anda dan boleh diambil sebagai minuman sihat setiap hari.
Caranya mudah sahaja, rendamkan tujuh biji kacang badan dalam secawan air semalaman dan kemudian kisar sampai halus dan terus boleh minum.
#4. Buah kurma
Sempena bulan ramadhan sekarang, buah kurma antara buah yang paling mendapat permintaan tinggi oleh rakyat Malaysia.
Ini kerana kurma dikatakan boleh menambah tenaga semasa seharian berpuasa dan seterusnya mampu menguatkan rahim wanita. Jadi bolehlah diamal selalu.
Sebiji kurma mengandungi sumber protein, Vitamin A, Vitamin C, kalsium, fosforus, sodium, kalium, niasin dan zat besi.
#5. Sayur berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau ini sangat digalakkan untuk selalu diamalkan setiap hari kerana ia membantu mengekalkan tahap keseimbangan alkali dalam rahim.
Contoh sayur berdaun hijau seperti bayam, brokoli, sawi dan lain-lain.
Jadi, kalau boleh sediakan sekurang-kurangnya satu sayuran hijau setiap hari semasa makan.
#6. Buah lemon
Vitamin C yang terkandung dalam buah lemon boleh memperbaiki tahap imuniti rahim dan secara tak langsung dapat mempersiapkan rahim bagi melawan jangkitan bakteria dan mencegah jangkitan tertentu.
Apa yang anda boleh buat adalah masukkan perahan lemon dalam segelas air suam dan minumnya setiap pagi.
#7. Madu
Untuk kuatkan rahim, wanita juga digalakkan mengambil satu sudu madu setiap hari pada waktu pagi dan malam.
Dengan amalan makan madu ini dapat menguatkan rahim yang lemah, membekalkan tenaga yang mencukupi serta meningkatkan tahap imuniti badan.
Justeru, inilah antara cara menguatkan rahim wanita berlandaskan sumber makanan yang baik.
Jika anda berasa tidak sihat dan ada kelainan pada rahim serta rasa tidak selesa di bahagian tersebut. Jangan elak untuk terus berjumpa doktor.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Hello Doctor, Web MD, Baby Center
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.commakanan-kuatkan-rahim