Tanpa Sedar Keyakinan Anak Mula Berkurang Memasuki Usia 8 Tahun, Ini Sebabnya!

Cara meningkatkan keyakinan diri anak perempuan mahupun lelaki tidaklah begitu susah. Ibu ayah perlu tahu beberapa perkara penting dalam membesarkan mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedar ataupun tidak, ibu ayah dikatakan antara faktor utama yang menyebabkan anak-anak menjadi pasif dan tidak berani menonjolkan kelebihan diri. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlulah mengetahui cara meningkatkan keyakinan diri si manja sejak mereka kecil lagi.

Setiap ibu ayah berperanan besar dalam mencorakkan keperibadian anak-anak. Tidak hanya berjaya akademik sahaja, namun ia perlu diselaraskan dengan kemampuan mereka dalam aspek sosial seperti bergaul dengan rakan sebaya, berani berdepan orang ramai dan bijak berkongsi pendapat.

Cara meningkatkan keyakinan diri anak seawal usia, ibu ayah perlu memainkan peranan masing-masing

credit to sources

Menurut penulis buku The Confidence Code, Katty Kay dan Claire Shipman, kebanyakan ibu sering mengadu dan ingin mengetahui cara terbaik bagi meningkatkan keyakinan diri anak perempuan yang bakal memasuki alam dewasa.

Justeru, Kay dan Shipman telah bekerjasama membuat undian bagi mengetahui lebih lanjut tentang masalah ini. Hasilnya sangat mengejutkan apabila jawapan diperoleh mendapati keyakinan anak perempuan mula menurun sebanyak 30 peratus antara usia 8 hingga 14 tahun.

''Ketika mereka berada usia 8 tahun, sebenarnya tidak ada perbezaan anak lelaki mahupun perempuan dalam tahap keyakinan diri,'' jelas Shipman.

Kajian selama setengah tahun ini turut merangkumi beberapa tinjauan bagi meneliti permasalahan yang berlaku dalam kalangan anak perempuan. Mereka mengalami penurunan tahap keyakinan begitu teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Dengan kerjasama sebuah firma pengundian berfokus pada remaja dan kanak-kanak perempuan, Ypulse, kami mengumpul seramai 1 300 gadis berusia antara 8 hingga 18 tahun, termasuklah ibu bapa mereka.''

''Kami dapati tahap keyakinan kanak-kanak perempuan atau lelaki sepatutnya berkembang sehingga usia 12 tahun. Namun agak menyedihkan antara 8 hingga 14 tahun, tahap keyakinan kanak-kanak perempuan mula menurun 30 peratus,'' ujarnya.

Penyebab anak mula tidak yakin dengan diri sendiri

#1. Penerapan nilai negatif sejak kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika anak perempuan semakin dewasa, ibu ayah mungkin sudah menerapkan sikap agar mengelakkan diri dari melakukan kesilapan, menjadi anak yang terbaik dan risiko kegagalan.

Persekitaran negatif sebegini akan menyebabkan otak si manja mula dibanjiri dengan estrogen yang meningkatkan pelbagai emosi. Kesannya, anak-anak mula menjadi takut dan mungkin akan melarikan diri apabila berdepan khalayak umum.

#2. Hanya fokus terhadap akademik 

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya, anak perempuan cenderung menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan prestasi mereka melebihi anak lelaki. Pada masa yang sama keadaan ini sebenarnya membuatkan mereka dilanda gelisah dan tertekan kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.

Bagi ibu ayah pula, anda pastinya meletakkan harapan tinggi agar mereka menjadi anak gadis yang baik, lebih-lebih lagi jika anda seorang yang aktif di dalam media sosial.

#3. Keterbatasan dalam meneroka dunia

Membesarkan anak perempuan membuatkan anda meletakkan pelbagai syarat berbanding anak lelaki. Pergerakan mereka mungkin terhad bagi mengawal tingkah laku dan sikap disiplin sebagai anak perempuan di dalam keluarga.

Bukan itu sahaja, ibu ayah mungkin melakukan kesilapan ini dengan membiarkan mereka mencari jalan penyelesaian sendiri sekiranya ingin keluar daripada zon selesa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Kesan penggunaan media sosial

Tidak dinafikan bahawa media sosial mendatangkan pelbagai faedah dalam perhubungan komuniti di seluruh dunia. Namun secara tidak langsung akan menjejaskan kepercayaan dan nilai diri anak-anak kerana ia melibatkan hubungan di alam maya sahaja.

Justeru, ibu ayah tidak mengawal kebebasan penggunaan telefor pintar dan media sosial sejak mereka kecil sekiranya tidak ingin keyakinan dirinya hilang.

Antara cara lain untuk membantu anak perempuan kekal yakin adalah:

#1. Merancang waktu bersama keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: sarah's blog

Masa yang diluangkan bersama anak-anak dapat membuatkan mereka lebih selesa dan yakin untuk meluahkan pendapat. Hal ini berbeza jika ibu ayah sering membiarkan anak bermain bersendirian, mereka mungkin menjadi seorang yang pasif dan sukar bergaul dengan orang ramai.

#2. Peraturan yang sesuai

Proses membesarkan anak memerlukan ibu ayah menetapkan beberapa perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Hal ini adalah untuk memberi kebebasan kepada mereka menikmati setiap peluang meneroka dunia kanak-kanak.

Usahlah terlalu tegas dalam mendidik si manja, mereka mungkin akan kemurungan atau stres sekiranya tidak dapat bermain seperti kanak-kanak lain.

#3. Praktiskan komunikasi yang berkesan

Bagi ibu ayah yang sibuk bekerja, elakkan bercakap dengan anak sambil melakukan pekerjaan lain. Hal ini pasti membuatkan anda tidak fokus atau mendengar setiap perkara yang dibicarakan oleh anak.

Kesannya, mereka mungkin akan berasa bosan dan lebih suka memendam perasaan sendiri. Ia sekaligus menjejaskan keupayaan si manja untuk tampil lebih yakin dan berani mengharungi setiap proses dalam kehidupan.

Sumber: Amightygirl

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: