Memiliki bayi kembar memang perkara biasa. Tapi yang biasa menjadi persoalan adalah bagaimana ibu ayah mengurus mereka? Lebih-lebih lagi jika kembar lebih daripada dua. Ibu ini berkongsi cara menyusu bayi kembar tiganya.
Seorang bayi pun kadangkala pening kepala, apa lagi jika ada tiga bayi yang perlu diuruskan! Sudah pasti ganda tiga kelam-kabutnya ini ayah.
Tapi seorang ibu di China ini ternyata hebat apabila berjaya mengendalikan anak kembar tiganya dengan sangat teratur ketika menyusu!
Cara menyusu bayi kembar tiga, lihat cara hebat ibu ini!
Seorang ibu tular internet kerana langsung tidak kekok ketika memberi susu kepada anak kembar tiganya. Dia kelihatan seperti seorang yang sangat profesional yang mengetahui dengan tepat cara mengendalikan kembar itu semasa waktu penyusuan!
Dalam video tular itu, ibu berkenaan dilihat memegang tiga botol susu di tangannya sambil diekori tiga bayi kembar yang nampaknya lapar dan tidak sabar untuk menyusu.
Mereka bertiga kelihatan menyelak bajunya, sambil menangis dan merengek minta botol susu. Tetapi sebaik sahaja si ibu bangun dan berjalan pergi dengan botol-botol itu, bayi kembar tersebut dengan patuh mengikutnya ke katil.
Dan apabila semuanya tenang ibu itu memberikan satu botol susu kepada setiap seorang dan membaringkan mereka.
Mereka serta-merta mula meminum susu itu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Nampak mudahkan? Tapi benarlah tabiat yang baik bermula dari usia muda, dan ibu itu jelas telah melatih mereka dengan tabiat yang baik ini sejak kecil lagi!
Cara mengurus kembar dua atau lebih
Jika anda mempunyai kembar dua atau berganda adalah lebih baik anda memikirkan rutin atau sistem yang sesuai untuk anak-anak anda bagi memudahkan anda menguruskan mereka.
Berikut ialah beberapa cara anda boleh gunakan untuk menguruskan masa penyusuan dengan kembar dua atau berganda:
#1. Pastikan waktu yang konsisten
Cuba pastikan waktu penyusuan anak anda adalah konsisten dan anak-anak akan terbiasa dengan idea dan rutin untuk minum susu pada waktu tertentu dalam sehari. Ia akan menjadi lebih mudah untuk membawa mereka ke ruang menyusu atau makan dengan berjadual.
#2. Wujudkan persaingan
Mempunyai lebih ramai anak menyebabkan anda perlu kreatif dalam melakukan sesuatu. Jika mahu mereka bersama-sama turut serta dalam rancangan rutin anda, cuba wujudkan persaingan. Bukanlah untuk buat mereka bergaduh, tetapi untuk lebih memudahkan urusan anda dan anak-anak.
Contohnya, siapa yang makan di meja dengan paling bersih dan tiada tumpah, dia akan dapat ganjaran. Jadi anak akan belajar untuk makan dengan sopan tanpa bersepah.
#3. Alihkan perhatian mereka
Cuba letak mainan seperti puzzle di atas meja makan mereka sementara anda siapkan makanan.
Ini akan membantu mengurangkan masa makan atau menyusu yang huru-hara kerana kembar anda mungkin mula tidak sabar dan bosan yang akhirnya menyebabkan bergaduh antara satu sama lain sementara menunggu makanan dihidangkan.
Penulis asal Sarah Voon. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pasangan Belum Ada Zuriat, Ibu Anak Kembar 3 Ini Pesan Ubah Mindset Ke Arah Positif
Baca juga: Cara Menyusu Anak Ketika Beraya Di Rumah Orang Dengan Mudah & Cover Aurat
Baca juga: Ketahui Jenis Pam Susu Elektrik Terbaik Untuk Menyusu Dengan Menjawab Kuiz Ini