Semasa perkahwinan kami dalam fasa berbulan madu, akan ada saudara mara dan jiran tertangga bertanya “adakah saya sudah berisi?” Maksudnya itu, adakah saya sudah hamil?
Saya berkahwin setahun lebih baru dikurniakan anak, lambat sedikit berbanding kakak dan adik saya yang berkahwin terus melekat. Orang dulu-dulu kata bunting pelamin.
Tip saya untuk ada anak yang banyak yang saya amalkan adalah pertama saya minum air susu kurma. Sebelum minum saya amalkan doa Al-Fatihah dan niat atau doa meminta pada Allah apa yang saya hajatkan.
Saya amalkan minum susu kurma ini sehari tiga kali, setiap hari saya amalkan.
Alhamdulillah, Allah makbulkan hajat saya dan suami. Bukan saya seorang sahaja yang minum air kurma ini, suami turut minum bersama. Saya sekarang amalkan balik tip ini untuk saya dapatkan anak kedua.
Tip kedua yang saya amalkan pulak ialah berurut untuk menaikkan peranakan dan hilangkan letih-leith badan. Ini supaya badan saya sentiasa bertenaga.
Yang ketiga pula, saya pantang makan. Saya elak makan makanan pedas, makanan yang boleh menyebabkan badan berangin dan makanan berlemak. Semua ini saya lakukan untuk jaga kesihatan diri.
Keempat pula, saya nasihatkan jangan angkat barang berat kerana ia boleh menjatuhkan peranakan kita seorang wanita dan ini sekaligus boleh melambatkan kita mendapat anak.
Tip kelima pula, jangan tidur lambat kerana ini membuatkan badan berasa letih dan hubungan suami isteri menjadi hambar. Kita kena selalu ada hubungan romatik antara suami isteri barulah ikatan itu akan terjalin dan hubungan intim berlaku.
Selepas hubungan intim, saya akan berehat sekejap dan buat senaman kaki naik ke atas sambil tangan memegang punggung supaya sperma masuk ke ovari.
Saya bukan seorang yang pakar, tetapi ini pengalaman saya bagaimana cara mudah hamil dan tip-tip yang saya guna.
Saya juga tidak lupa mengambil pil kesihatan atau suplemen yang saya amalkan sebelum mengandung sehingga sekarang.
Sepanjang kehamilan saya banyak makan sayur-sayuran dan tidak suka makan makanan berminyak atau makanan ringan. Saya juga tidak makan makanan masam. Ini seolah-olah saya juga berpantang makan sewaktu mengandung.
Semasa nak bersalin pula, saya banyak makan kurma untuk memberikan saya tenaga agar dapat melahirkan anak, saya belajar bersenam dan cara pernafasan supaya senang untuk melahirkan. Alhamdulillah, dengan tip yang saya amalkan ini anak saya tiada jaundis dan saya juga melahirkan anak secara normal.
Ketika berpantang, saya tidak memakai pilis terlebih dahulu selama seminggu kerana misi takut bayi terkena kuning tetapi Alhamdulillah, bayi saya bebas jaundis sampai misi jadi pelik. Dia bawa bayi ke luar rumah untuk pengesahan!
Sebelum ini misi di hospital ada bagitahu bayi ni jangan bagi mereka nampak benda atau warna kuning, tetapi Alhamdulillah, memang anak saya bebas jaundis.
Ini semua perkara yang saya amalkan sebelum, semasa dan selepas kehamilan. Semasa berpantang, saya juga amalkan perkara yang sama iaitu tidak boleh makan kunyit, pilis benda bergoreng, bayi tidak boleh duduk di tempat gelap.
Ini semua amalan mak saya, saya ikut sahaja.
Selepas bersalin mesti berpantang kan, jadi waktu berpantang itu, mak yang jaga keperluan saya. Mak yang masak. Dia selalu masak ikan bakar sayur berkuah selama 44 hari. Itu sahaja menu saya, sayur berkuah dan ikan bakar, sayur lobak putih sawi cina dua jenis.
Kadang kala mak juga masak ikan cencaru atau ikan merah, ada juga dia buatkan sangan ikan bilis dengan bawang putih sahaja.
Saya berharap artikel cara mudah hamil dan tips berpantang saya ini dapat memberi inspirasi kepada bakal-bakal ibu di luar sana.
Artikel ini ditulis oleh VIP Parents Noridayu binti Mohamad Isa untuk theAsianparent Malaysia. Dia berumur 34 tahun dan mempunyai anak berumur 3 tahun, dan telah berkahwin selama 5 tahun. Dia juga seorang suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak sendiri, masa terluang membuat kerja sambilan di rumah dengan menjual makanan di sekitar kawasan rumah.
Jika anda berminat untuk menghantar artikel anda kepada pihak kami, anda boleh menghantar penyertaan anda di sini. Anda hanya perlu memilih topik yang diingini dan sebaik sahaja artikel anda diterbitkan, anda akan menerima RM60 untuk setiap artikel yang diterbitkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Cara Untuk Hamil, Dengan Cara Mudah Hamil Ini, InsyaAllah Berkesan!
Baca juga: Tips Untuk Cepat Hamil, Terutamanya Untuk Anak Kedua, No #1 & #4 Paling Berkesan
Baca juga: Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan ‘Terkenan’