Doktor Kongsi Cara Naikkan Berat Badan Anak Dengan Mudah, Ibu Kena Beri Makanan Ini!

Cara naikkan berat badan anak dengan mudah dan berkesan, ibu dinasihatkan beri beberapa jenis makanan padat dengan nutrisi kepada si manja

Melihat keadaan anak yang semakin lama semakin kurus melidi, pasti akan merunsingkan fikiran setiap ibu ayah. Penurunan berat badan yang ketara akan mempengaruhi serta menjejaskan kesihatan dan tumbesaran anak anda. Untuk mengatasinya, ibu ayah boleh cuba tips cara naikkan berat badan anak anda secara sihat yang telah kami kongsikan di dalam artikel ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara naikkan berat badan anak, ini senarai makanan yang boleh ibu beri kepada si manja
  • Ramai ibu berdepan dengan berat badan anak tidak seiring dengan usia
  • Tips cara naikkan berat badan anak dengan selamat mengikut saranan KKM

Cara naikkan berat badan anak, ini senarai makanan yang boleh ibu beri kepada si manja

karbohidrat naikkan berat badan

Melalui perkongsian Dr. Mazliana Mazlan, beliau menyarankan supaya:

“Banyakkan makanan padat nutrisi untuk naikkan berat badan anak. Kita taknak anak berlebihan berat badan hanya sebab dari gula dan transfat.

Banyakkan real food untuk anak-anak, dan bukan makanan ultra processed. Supaya kita dapat naikkan berat badan yang berkualiti pada anak”

Selain itu, Dr. Mazliana juga turut menyarankan pengambilan tiga sumber utama makanan.

“Tiga sumber utama yang kita boleh bagi anak makan, untuk naikkan berat badan mereka 

  • Karbohidrat
  • Protein
  • Lemak baik

Penting untuk kita cukupkan keperluan anak dari 3 sumber ini, untuk dapatkan berat badan yang ideal buat anak. Jika kurang, berat badan tak akan naik. Jika lebih, berat badan akan bertambah.

Berpada, walaupun ianya real food, tetap ada limit untuk anak kita makan.

Saya bagi contoh makanan untuk tambah berat badan, yang ada di rumah saya. Banyak lagi pilihan yang ada di pasaraya, boleh cari ikut kesesuaian keluarga kita.

tips naikkan berat anak

Karbohidrat – nasi, pasta, ubi

Protein – ikan, ayam, daging, kacang, telur

Lemak baik – cheese, avocado, butter, minyak sapi, kacang

Cuba cari makanan di atas, yang kurang diproses. Pilihan sentiasa ada, cuma perlukan sedikit pengetahuan supaya kita jumpa pilihan yang lebih baik.

Sama-sama kita cuba ya, sediakan pilihan makanan yang baik untuk anak” Mengakhiri perkongsiannya itu.

Ramai ibu berdepan dengan berat badan anak tidak seiring dengan usia

Bagi anda yang berdepan masalah ini, adalah lebih baik mengetahi beberapa punca yang membuatkan berat badan anak turun iaitu:

  • Kalori makanan tidak cukup.
  • Makan dengan jumlah yang sikit.
  • Alergi makanan.
  • Gangguan hormon.
  • Aktif bermain.

Jika penurunan berat badan tidak seimbang dengan ketinggiannya dalam graf berat badan, ibu ayah perlu bertemu dengan doktor pakar.

Hal ini adalah untuk memastikan si manja tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan yang lain.

Cara lain untuk naikkan berat badan anak dengan sihat mengikut saranan KKM

kalori tinggi cara naikkan berat badan

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, cara yang boleh membantu anda menaikkan berat badan anak adalah :

  • Pilih makanan yang digemari anak anda.
  • Galakkan anak anda makan dengan kerap.
  • Perlu elakkan anak daripada makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Sediakan makanan yang lengkap dengan nutrisi penting iaitu protein, karbohidrat dan juga lemak.
  • Berikan anak makan makanan yang tinggi kalori.
  • Kurang pengambilan snek.

Menurut KKM juga, makanan yang terbaik dengan kalori yang tinggi untuk naikkan berat badan adalah nasi, bijirin dan ubi-ubian yang kaya dengan fiber, mineral dan protein.

Namun, jika anak anda nafsu makannya masih lagi seperti biasa dan sangat aktif bermain, tiada apa yang perlu dirisaukan. Tetapi jika sebaliknya, anda haruslah berwaspada dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

Semoga dengan perkongsian ini, ibu ayah dapat idea dan manfaat yang berguna untuk menaikkan berat badan anak secara sihat dan juga selamat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir

Baca juga : Waspada Berat Naik Mendadak Ketika Hamil, Ibu BERISIKO Sukar Bersalin & Kena Czer

Baca juga : Panduan Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Kekerapan & Teknik Lekapan, Barulah Berat Anak Bertambah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!