Ramai pasangan yang merancang kehamilan ingin tahu cara nak buat anak dalam bilik tidur supaya mudah melekat. Salah satu faktor penting yang boleh membantu adalah memilih posisi seks yang sesuai untuk meningkatkan peluang kehamilan.
Sebenarnya, ada pelbagai posisi yang boleh dicuba, terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin. Jom ketahui posisi terbaik untuk usaha mendapatkan zuriat!
Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur
1. Posisi Seks Paling Umum, Missionary
Posisi missionary adalah salah satu cara paling klasik dan sering digunakan oleh pasangan yang ingin mendapatkan anak. Kedudukan ini membolehkan penetrasi yang lebih mendalam dan membantu sperma bergerak lebih cepat ke arah serviks.
Selepas bersama, angkat sedikit pinggul dengan bantal untuk membantu sperma masuk lebih dalam.
2. Doggy Style
Doggy style bukan sahaja memberi kepuasan yang lebih mendalam, tetapi juga membolehkan sperma sampai lebih dekat ke serviks. Dalam kedudukan ini, lelaki berada di belakang wanita membolehkan penembusan lebih dalam.
Wanita boleh cuba menurunkan bahagian dada ke tilam bagi meningkatkan sudut penetrasi.
3. Buat Anak Atas Katil Dengan #3. Woman on Top
Bertentangan dengan kepercayaan popular, posisi woman on top juga boleh membantu kehamilan.
Walaupun graviti tidak membantu dalam kedudukan ini, ia membolehkan wanita mengawal kedalaman penetrasi dan meningkatkan keintiman pasangan.
Selepas hubungan, wanita boleh baring dengan posisi kaki diangkat selama beberapa minit.
4. Buat Anak Atas Katil Dengan Posisi Mountain Magic
Posisi ini mirip dengan missionary tetapi dengan sedikit kelainan. Wanita meletakkan kakinya di bahu pasangan membolehkan penembusan lebih dalam dan meningkatkan peluang kehamilan.
Pastikan ada bantal di belakang punggung untuk lebih keselesaan.
5. Spooning
Spooning adalah posisi yang santai dan lebih romantik. Dalam posisi ini, pasangan berbaring mengiring dengan lelaki berada di belakang wanita.
Posisi ini sangat sesuai untuk pasangan yang ingin keintiman lebih santai tetapi masih berkesan untuk kehamilan.
6. Pretzel Dip
Dalam kedudukan ini, wanita mengiring sedikit sambil mengangkat sebelah kaki, membolehkan penetrasi pada sudut berbeza. Posisi ini sesuai bagi pasangan yang ingin lebih variasi dalam hubungan intim.
7. Posisi 69
Walaupun posisi 69 lebih kepada rangsangan oral, ia boleh menjadi langkah awal sebelum hubungan seks sebenar. Ia membantu meningkatkan keghairahan dan kesediaan sebelum melakukan posisi lain yang lebih efektif untuk kehamilan.
Mengetahui cara nak buat anak dalam bilik tidur yang betul boleh membantu meningkatkan peluang kehamilan. Namun, selain daripada posisi, faktor lain seperti waktu subur, kesihatan sperma dan ovum juga memainkan peranan penting dalam proses kehamilan.
Jika anda telah mencuba pelbagai cara tetapi masih belum dikurniakan zuriat, berjumpalah dengan pakar untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pssst… Ini 10 Posisi Seks Kegemaran Suami Yang Isteri Wajib Tahu Dan Cuba!
Baca juga: 8 Posisi Seks Kegemaran Wanita, Isteri Jangan Malu Untuk Minta Dari Suami!
Baca juga: Hubungan Intim Selepas Berkahwin Lama Makin Hambar, Ini Yang Perlu Anda Suami Isteri Buat