TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Posisi Bersama Ketika Hamil Trimester 3 Yang Selamat, Ini 8 Posisi Seks Boleh Cuba!

5 min bacaan
Posisi Bersama Ketika Hamil Trimester 3 Yang Selamat, Ini 8 Posisi Seks Boleh Cuba!

Posisi bersama ketika hamil trimester 3 yang sesuai adalah spooning, side-by-side, table top, kneeling, reverse cowgirl dan cowgirl’s helper.

Sakit pinggang dan keletihan adalah simptom biasa dalam trimester ketiga, tetapi itu tidak bermakna keinginan seksual anda perlu diabaikan. Jom ketahui posisi bersama ketika hamil trimester 3 yang selamat dan selesa untuk anda!

Isi Kandungan

  • Seks Pada Trimester Ketiga
  • Posisi Seks Trimester Ketiga Wanita Hamil Harus Cuba
  • Waspada Dengan Gejala Ini
  • Keinginan Seksual Ada Pasang Surutnya

Seks Pada Trimester Ketiga

Masuk trimester ketiga, kebanyakan pasangan cenderung memilih posisi seks side by side berbanding posisi di atas (on top) kerana kebimbangan terhadap kontraksi atau ketidakselesaan.

Walaupun hubungan seks mungkin terasa sukar akibat perubahan tubuh dan rasa kurang menarik, masih ada posisi bersama ketika hamil trimester 3 yang selesa dan tidak mengorbankan kepuasan. Ketahui lebih lanjut untuk memastikan hubungan intim tetap selamat dan menyenangkan!

Posisi Seks Trimester Ketiga Wanita Hamil Harus Cuba

Di trimester terakhir, anda masih boleh mencuba posisi bersama ketika hamil trimester 3 yang selesa, namun ada beberapa gaya seks yang mungkin lebih mencabar. Berikut 5 posisi seks yang boleh dicuba tanpa mengabaikan keselesaan anda!

1.Side-by-side

Posisi ini sangat popular kerana ia memberikan ruang untuk berbaring sambil tetap intim. Kedua-dua pasangan berbaring menghadap sisi masing-masing, memberi sokongan pada perut dan mengurangkan tekanan pada tubuh.

2.Spooning

Posisi ini juga sangat selesa, di mana suami isteri berbaring menghadap sisi dengan pasangan di belakang. Posisi ini mengurangkan tekanan pada perut dan memberikan rasa intim tanpa rasa terbeban.

Ini kerana spooning adalah gaya seks lembut dan tidak membenarkan tujahan yang terlalu mendalam yang menjadi punca ketidakselesaan ketika hubungan intim pada wanita hamil.

3.Table Top

Posisi ini memerlukan wanita berada di atas meja atau permukaan tinggi yang selesa. Ia memberikan kebebasan pergerakan untuk pasangan dan mengurangkan tekanan pada tubuh. Pastikan permukaan cukup kukuh untuk keselamatan!

Pastikan terdapat bantal di belakang tubuh untuk memberi sokongan pada belakang badan bagi mengelakkan anda berbaring terlentang bahaya kerana memberikan bebanan pada tulang belakang.

4.Cowgirl’s Helper

Dalam posisi ini, wanita berada di atas tetapi dengan sokongan tangan pada lutut atau permukaan lain untuk keseimbangan. Posisi ini memberi lebih kawalan kepada wanita dan membolehkan pasangan menyesuaikan sudut untuk keselesaan.

5.Missionary with Pillow Support

Untuk posisi ini, suami berbaring di bawah manakala isteri berada di atas, tetapi dengan bantal diletakkan di bawah pinggul wanita untuk menyokong perut dan mengurangkan tekanan pada badan.

6.Edge of the Bed

Wanita duduk di pinggir katil dengan pasangan berdiri di antara kakinya. Posisi ini memberi ruang bagi wanita untuk duduk sambil masih menikmati kedekatan intim, dengan sokongan penuh pada tubuh.

7.Kneeling

Posisi ini membolehkan pasangan saling berhadapan dengan satu sama lain, dengan wanita berada dalam posisi bertumpu pada lutut. Ia memberi kebebasan pergerakan sambil mengurangkan tekanan pada perut.

8. Reverse Cowgirl

Ini juga sebenarnya merupakan antara aksi yang paling digemari lelaki dalam hubungan seksual. Dalam posisi ini, tiada eye-contact dengan pasangan, namun masih ada kehangatan seks yang dapat dirasai.

Kelebihan di sini adalah si suami boleh menggunakan tangan mereka untuk menyentuh dan merangsang tubuh anda, khususnya pada bahagian payudara.

Waspada Dengan Gejala Ini

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan keinginan seksual anda mungkin perlu dilupakan semasa hamil. Jika anda mengalami pendarahan faraj, ia penting untuk diperiksa oleh doktor sebelum meneruskan aktiviti seksual.

Selain itu, air ketuban pecah juga menjadi satu isu, kerana selepas ketuban pecah, bayi dalam kandungan berisiko terdedah kepada jangkitan. Anda perlu segera mendapatkan perhatian perubatan jika ini berlaku.

Keadaan lain seperti serviks lemah atau cervical insufficiency, yang menyebabkan serviks mengembang terlalu cepat, juga boleh menghalang aktiviti seksual.

Begitu juga, jika anda mengalami tanda-tanda kelahiran pramatang, seperti cecair faraj berlebihan, tekanan pada pelvis, atau kontraksi yang kerap, posisi bersama ketika hamil trimester 3 mungkin perlu dielakkan.

Selain itu, plasenta previa di mana plasenta berada terlalu rendah di dalam rahim dan menutupi serviks boleh menyebabkan pendarahan serta komplikasi serius, yang memerlukan perhatian perubatan segera.

Dalam keadaan ini, adalah penting untuk berbincang dengan doktor tentang pilihan posisi bersama yang selamat dan sesuai bagi mengelakkan risiko kesihatan.

Keinginan Seksual Ada Pasang Surutnya

Kadang-kadang, walaupun anda tidak mengalami sebarang komplikasi kehamilan, keinginan untuk bersama pasangan mungkin tiada. Jangan risau, itu adalah keadaan yang normal!

Ramai bakal ibu mengalami penurunan libido atas pelbagai sebab sama ada disebabkan perubahan hormon semasa kehamilan atau fikiran yang lebih fokus pada perkara lain. Jika anda mengalami situasi ini, berbincanglah dengan pasangan. Yang paling penting sekarang adalah saling memberi sokongan.

Ingat, hubungan tidak hanya bergantung pada seks. Terdapat banyak cara lain untuk mengeratkan ikatan antara kalian, seperti pelukan, ciuman, atau sekadar menghabiskan masa bersama.

Jika anda masih ingin menikmati keintiman, posisi bersama ketika hamil trimester 3 yang selesa dan selamat juga boleh dicuba untuk memastikan hubungan tetap intim tanpa mengorbankan keselesaan. Keintiman boleh tercipta dalam pelbagai bentuk!

medical news today, mayo clinic

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

Baca juga: PANCUT Dalam Masa Hamil Baik Untuk Ibu Hamil? Ia Boleh Kurangkan Morning Sickness!

Baca juga: Elak Terlalu Gelojoh, Ini Posisi Seks Ibu Hamil Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Posisi Bersama Ketika Hamil Trimester 3 Yang Selamat, Ini 8 Posisi Seks Boleh Cuba!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham