Cara Panaskan Susu Badan Dengan Betul, Susu Tak Rosak & Khasiat Tak Hilang

Ibu-ibu yang menyusukan bayi dan menyimpan stok susu perlu tahu cara panaskan susu badan dengan betul untuk pastikan ia kekal berkhasiat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu-ibu baharu yang menyusu badan, pasti anda ingin tahu cara panaskan susu badan dengan betul kerana tidak mahu susu yang disimpan hilang khasiat untuk bayi.

Susu badan sangat sensitif, jadi perlu cara yang betul untuk mengendalikannya. Selain memastikan bayi mendapat khasiat yang maksimum ia juga bagi memastikan susu selamat untuk diminum.

Cara penyimpanan susu ibu juga perlu betul bagi memastikan susu sentiasa elok dan dalam keadaan baik untuk diminum oleh anak anda. 

Cara panaskan susu badan dengan betul, kekal khasiat untuk bayi

Ada beberapa pilihan cara untuk panaskan susu ibu. Ia bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa anda. 

Jika susu dalam keadaan beku, ibu perlu cairkan terlebih dulu. Susu beku yang cair ini tahan selama 24 jam sekiranya disimpan dalam peti sejuk bahagian chiller.

Cara cairkan susu badan

1.Tinggalkan semalaman dalam chiller

Ini merupakan kaedah terbaik untuk mencairkan susu beku kerana suhu susu ini berubah perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik.

2.Lalukan di bawah air paip yang mengalir

Kedah pertama adalah lebih baik dan mengekalkan khasiat susu. Tetapi, jika masih tidak cukup susu yang dicairkan dengan kaedah pertama  dan memerlukan susu dengan segera, ibu-ibu boleh gunakan kaedah kedua ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara panaskan susu ibu

Selepas susu beku cair, susu ibu perlu dipanaskan dengan cara yang betul sebelum diberikan kepada bayi. Ada dua kaedah memanaskan susu badan iaitu dengan merendamkan susu secara manual dengan merendamkan susu dalam air suam atau menggunakan bottle warmer khas untuk memanaskan susu.

1.Rendam dalam air suam

Rendamkan susu yang telah cair ke dalam air suam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2.Guna warmer elektrik

Ini kaedah paling mudah. Set warmer dan panaskan susu dalam warmer tersebut.

Paling penting:

  • Jangan panaskan susu di dalam microwave
  • Jangan panaskan susu di atas api dapur

Kedua-dua cara ini dilarang sama sekali untuk memanaskan susu ibu kerana ia akan merosakkan dan menghilangkan khasiatnya. Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Susu Ibu Sememangnya Yang Terbaik, Ini Sebab Mengapa & No.2 Mesti Buat Ibu Berkobar-Kobar

Baca juga: Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

Baca juga: Ibu WAJIB Tahu Pembuatan Susu Kehamilan, Demi Pembentukan Bayi Normal & Pelengkap Nutrisi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar