Anda merancang untuk pasang IUD? Jom tengok video cara pasang IUD dulu

Jika anda berhasrat untuk menggunakan perancang keluarga IUD (intra-uterine device), lihat dulu video cara pasang IUD ini sebelum melakukannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mahu menggunakan perancang keluarga tapi tak tahu jenis apa yang sesuai? Salah satu perancang keluarga yang mempunyai risiko yang rendah adalah peranti IUD (intra-uterine device), lebih-lebih lagi jenis IUD jenis tembaga.

Keberkesanan IUD tembaga ini dapat mencegah kehamilan selama lima ke 10 tahun. Peranti IUD sesuai untuk wanita yang pernah mengandung kerana saiz serviks mereka yang lebih besar.

Bagi ibu yang menyusukan anak, doktor akan menyaran supaya menggunakan peranti IUD ini selepas hampir dua bulan melahirkan anak.

Adakah anda tahu bagaimana cara pasang IUD hormon atau IUD tembaga ini? Video yang dikongsi oleh Doctor Skin berikut menunjukkan bagaimana cara pasang IUD.

Cara pasang IUD: Kelebihan IUD hormon dan IUD tembaga

  • Boleh dibuka pada bila-bila masa dengan bantuan doktor.
  • Jika anda memasang IUD dalam masa lima hari selepas melakukan seks, anda boleh cegah kehamilan.
  • Tetap subur selepas dibuka.
  • Mengurangkan risiko kanser endometrium dan kanser serviks.
  • Tak mempunyai kesan sampingan seperti perancang keluarga hormon yang lain.

Walaupun mempunyai risiko yang rendah, namun IUD ini tetap ada risikonya. Berikut antara risiko yang boleh dialami dan cara untuk mengatasinya.

Cara pasang IUD: Risiko dan cara mengatasinya

1. Perut rasa sakit

Pada awal pemasangan, mungkin anda akan rasa sakit di bahagian perut. Ini kerana ia memerlukan penyesuaian dengan badan anda.

Ada juga dalam beberapa kes, rasa sakit ini berterusan hingga enam bulan. Untuk mengurangkan rasa sakit, tekan perut dengan air hangat untuk melegakan otot-otot anda.

2. Keputihan yang berlebihan dari faraj

Adalah normal jika keputihan anda semakin bertambah selepas pemasangan IUD. Pada awal bulan selepas pemasangan, ia akan membuatkan anda mengeluarkan keputihan fisiologis.

Lendir berwarna jernih, tak berbau dan tak gatal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gunakan seluar dalam kain kapas untuk mengurangkan rasa selesa dan pantyliner untuk serap keputihan.

Anda juga dinasihatkan untuk tak menggunakan seluar dalam yang ketat untuk tak membuatkan faraj anda lembab.

Jika keputihan anda berubah bau dan membuatkan anda gatal, segera rujuk dengan doktor anda.

3. Suami mengeluh semasa melakukan seks

Beberapa wanita perlu buka kembali IUD kerana suami mengeluh rasa tak selesa semasa melakukan seks.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini berlaku kerana benang IUD masih keras. Jika suami boleh bersabar, selepas dua minggu, benang IUD ini akan menjadi lembut.

Jika dua minggu adalah terlalu lama untuk anda, anda boleh menyuruh suami menggunakan kondom atau lubricant. Ini akan mengurangkan rasa tak selesa pada suami semasa gesekan.

Pada ibu-ibu yang sedang atau pernah menggunakan peranti IUD ini, boleh komen untuk kongsi pengalaman anda dengan ibu ibu lain.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar