Mana-mana wanita pasti inginkan rambut yang menawan, sihat dan kuat. Lagi-lagi selepas melahirkan anak, hormon yang berubah sewaktu hamil menyebabkan rambut mudah gugur dan raput. Jadi kita akan cuba pelbagai cara penjagaan rambut bagi mengembalikan rambut idaman.
Sebenarnya ada beberapa cara mudah yang ramai terlepas pandang. Malah jika anda lakukan beberapa perubahan mudah dalam cara penjagaan rambut ini, nescaya rambut pasti akan kembali lebat dan terurai.
5 Cara Penjagaan Rambut Mudah Untuk Rambut Menawan
1# Elak guna pemanas rambut sekerap mungkin
Pengering rambut dan pelurus rambut antara alat pemanas rambut yang sering digunakan oleh mana-mana. Lagi-lagi buat mereka yang berhijab, anda perlu menggunakan pengering rambut agar rambut cepat kering dan tidak berbau.
Sekiranya anda perlu menggunakan alat ini dengan kerap, pastikan anda menggunakan pemanas yang paling rendah dan jangan terlalu dekat dengan kulit kepala. Bagi mereka yang gemar memakai pelurus rambut atau pengeriting rambut (hair curler), pastikan anda guna penyembur bagi melindungi rambut agar tidak mudah rosak.
2# Rambut perlu sentiasa bersih
Mungkin anda pernah dengar ramai yang ujar bawa rambut tidak boleh dicuci terlalu kerap. Ini betul sebenarnya, tapi ia semuanya bergantung dengan produk yang anda guna.
Jika anda guna produk penjagaan rambut berkualiti tinggi, setiap cucian memastikan rambut jadi lebih lembut, bersih, bersinar dan paling penting mampu kurangkan rambut hujung pecah!
Jika anda tinggal di kawasan bandar atau tempat yang panas terik, ataupun selalu bersenam setiap hari, anda perlu cuci rambut setiap hari! Tetapi jika anda tinggal di kampung dan dikeliling oleh suasana damai menghijau, cuci rambut setiap beberapa hari pun tidak mengapa.
Yang penting, apabila memakai perapi rambut, jangan letak pada akar rambut. Sebaliknya letak sahaja pada hujung-hujung rambut.
3# Jaga pemakanan
Untuk rambut yang lebih menawan, kita perlu beri perhatian lebih kepada folikel rambut. Jadi untuk folikel rambut lebih sihat, kita perlu menjaga pemakanan.
Menurut Dr. Robert Dorin, diplomat Lembaga Pemulihan Rambut Amerika Syarikat yang diperakui oleh Dewan Bandaraya New York, pemakanan kita memainkan peranan besar dalam pertumbuhan, sinaran dan volum rambut.
Diet pemakanan yang mementingkan besi, zink, asid lemak Omega-3 dan proten mengalakkan folikel rambut untuk tumbuh dengan lebih baik. Dr. Robert juga mencadangkan untuk makan daging merah, ayam dan ikan selang seli sepanjang minggu bagi memastikan rambut sihat.
4# Tidak gunakan air panas untuk cuci rambut
Apabila anda mencuci rambut, elak guna air yang terlalu panas kerana ini boleh menyebabkan rambut nampak tidak bermaya selain mengurangkan volum rambut. Sebaliknya, guna air suam kerana suhu ini membenarkan anda mencuci rambut dengan baik tanpa meninggalkan kesan.
Selepas menyapu perapi pada hujung rambut, cuci perapi itu dengan air sejuk ya! Air sejuk ini mengunci nutrisi dalam setiap helaian rambut agar rambut idaman anda menjadi kenyataan.
5# Guna produk yang betul
Sebelum anda membeli mana-mana produk di pasaran, semak label terlebih dahulu dan belajar jenis rambut anda. Tidak semua jenis rambut guna produk yang sama ya! Oleh sebab itu, kami lebih gemar untuk gunakan kombo penjagaan rambut SAFI Shayla SUPA iaitu Syampu dan Krim Tanpa Bilas Supa Lembut & Wangi.
Produk ini merupakan penjagaan menyeluruh yang dirumus khas bagi memberikan rambut berhijab kelembutan yang lebih hebat dan rasa supa ringan, digandingkan dengan haruman yang berkekalan sehingga 72 jam lamanya!
Rambut Supa, Hari Supa
Pakar penjagaan rambut wanita berhijab, Safi melancarkan rangkaian Penjagaan Rambut SUPA baharu yang mampu memberikan hasil rambut yang teramat hebat setiap hari dalam 2 langkah mudah.
Kombo penjagaan rambut SAFI Shayla SUPA yang terbaharu ini iaitu Syampu dan Krim Tanpa Bilas Supa Lembut & Wangi merupakan penjagaan menyeluruh yang dirumus khas bagi memberikan rambut berhijab kelembutan yang lebih hebat dan rasa supa ringan, digandingkan dengan haruman yang berkekalan sehingga 72 jam lamanya.
Selain memiliki Minyak Habbatus Sauda Organik yang penuh bernutrisi, formulasi rangkaian ini juga ditambah dengan kombinasi 11 Minyak Pati semula jadi yang mampu memberikan anda rambut yang 11X lebih berkhasiat!
Cuba dua langkah mudah ini untuk miliki rambut menawan setiap hari:
- Gunakan Syampu SAFI SUPA Smooth & Fragrant agar rambut lebih lembut bak sutera. Produk ini bertindak menjadikan rambut lebih lembut, lebih mudah diurus, tidak berminyak dan ringan, serta haruman menawan yang berkekalan sehingga 72 jam!
- Sapukan Krim Tanpa Bilas SAFI SUPA Smooth & Fragrant pada rambut yang lembap untuk mengubah rambut kusut dan tidak terurus kepada belaian rambut yang lembut bak sutera dengan haruman menawan! Menjimatkan masa tanpa perlu bilas, mudah dan tanpa rasa melekit!
Krim Tanpa Bilas SAFI Supa ini memiliki pelbagai kegunaan seperti pelindung haba, penggaya dan pembaiki rambut sebelum dan selepas membuka tudung ataupun bila-bila masa jua!
Bagi mereka yang mengalami masalah rambut gugur, Krim Tanpa Bilas SAFI Supa juga terdapat dalam variasi lainnya iaitu Kawalan Rambut Gugur dan Wangi yang mempunyai kandungan tambahan bunga calendula bagi membantu mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan masalah keguguran rambut.
Saksikan video #SafiSupa di sini:
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Banyak Rambut Gugur Selepas Bersalin, Adakah Ia Petanda Yang Tidak Baik?