Jangan Biar Pasangan Merajuk Lama, Ini 6 Cara Pujuk Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu

Biasanya perempuan memang suka merajuk, terutamanya dengan orang yang dia paling sayang jadi ini cara pujuk perempuan yang anda perlu tahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pujukan merupakan satu cara untuk membujuk atau menyakinkan seseorang agar melakukan sesuatu yang kita kehendaki. Namun, pujukan tidak selalunya harus dilakukan dengan cara yang negatif atau merugikan orang lain terutamanya cara pujuk perempuan.

Memahami perangai dan pemikiran perempuan merajuk bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Sifat orang perempuan, mulutnya tak akan berhenti bercakap.

Selagi apa yang dalam otaknya tidak dikeluarkan lagi, selagi itulah dia akan bercakap. Itu adalah satu ketenangan baginya namun hati-hati kalau seorang perempuan itu diam, tidak bercakap langsung maksudnya ada sesuatu yang tak kena atau dia sedang merajuk!

Namun sebagai pasangan anda tak perlu salah faham dan hilang sabar dengan karenah pasangan anda kerana ia merupakan satu tindakan bahawa mereka sayang anda dan expect sesuatu dari anda.

Buat lelaki, ini 5 cara kami kongsikan untuk trick atau cara pujuk perempuan.

1. Tanya kalau ada yang tak kena

Sebaik sahaja anda perasan yang pasangan anda sedang merajuk, jangan tunggu lama-lama, cepat-cepat bertanya kalau ada apa yang tak kena. Tanya kalau anda ada lakukan apa-apa perkara yang menyebabkan dia terasa hati atau marah dengan anda.

Pada waktu ini mungkin pasangan anda akan berdiam diri dan tak melayan soalan anda, maklumlah orang tengah merajuk tapi jangan pula anda angkat kaki. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Puji pasangan anda

Kadangkala bila pasangan mula bermasam muka, mungkin ada terdetik di hati anda “Dia ni asyik merajuk jee”. Namun, jangan begitu; tepis dan elakkan perasaan negatif sebegitu.

Jangan disebabkan perkara kecil seperti rajukan si dia membuatkan anda terlupa segala kebaikan yang dimilikinya sebaliknya, pujuklah pasangan anda dengan cara memberi pujian tentang apa jua yang anda suka padanya. Ingatlah kembali kenapa anda suka pada pasangan di awal perkenalan dahulu.

Berikan pujian seperti pandai memasak, mempunyai senyuman manis atau apa-apa sahaja yang ikhlas dari hati anda, dan percayalah si dia pasti akan tersenyum ceria.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Minta maaf atas kesalahan yang dilakukan

Sesetengah orang, susah sangat nak minta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan walau pun dia sedar atas kesalahan yang dilakukan, dan dia sedar bahawa kesalahan itu akan melukakan hati orang yang tersayang. Puncanya? Keegoan. Rasa maruah diri akan jatuh kalau meminta maaf.

Kalau anda ada melakukan kesalahan kepada pasangan, jangan takut untuk minta maaf malah pasangan anda akan lebih menghargai anda. Gunakan kata-kata yang lembut dan baik ketika berbicara dengan perempuan yang ingin anda pujuk. Jangan menggunakan kata-kata yang kasar atau menyinggung perasaan mereka.

4. Belikan hadiah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini mungkin tips yang agak ‘klasik’ untuk memujuk pasangan anda, tapi cara inilah yang selalu berkesan! Selain daripada bunga dan coklat, apa kata anda beli sesuatu barang untuknya. Jika dia sukakan aksesori, belikan cincin, anting-anting ataupun bangle untuknya dan buat surprise delivery dan kirimkan kepada sesiapa untuk berikan pada si dia. Oh ya jangan lupa sertakan kad mohon maaf sekali!

5. Belanja makan 

Kalau sudah berkahwin, janganlah asyik makan di rumah sahaja bawalah dia makan di luar sekali-sekala.

Perempuan juga mahukan kelainan, tidaklah terlalu stereotaip. Jika dia selalu masak di rumah, hargai dia dengan beri kerehatan untuk makan di luar.

6. Jadi lelaki kelakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda pasti mengetahui apa yang mampu membuatkan pasangan tertawa kan? Jadi apa kata, ketika pasangan diam seribu bahasa dan mula menarik muka masam, cuba anda buatkan si dia tertawa dengan gurauan dan usikan manja.

Mana tahu, gurau senda anda mampu menceriakan suasana dan membuatkan si dia tersenyum?

Dengan melakukan pujukan dengan cara yang betul, kita dapat membuat pasangan merasa lebih terbuka dan menerima keputusan atau tindakan yang kita kehendaki. Itulah antara cara pujuk perempuan yang dapat kami kongsikan, semoga bermanfaat buat anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Anda Ada Ramai Anak Perempuan? Banyak Kebaikannya!

Baca juga : 6 Perkara Boleh Buat Kalau Nak Berjaya Pujuk Pasangan Yang Sedang Merajuk

Baca juga : Ini Hukum Isteri Merajuk Lebih 3 Hari, Tapi Suami Kena Pandai Pujuk Juga Ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi