Apabila bayi tumbuh gigi…
Kalau setiap kali anak atau bayi anda kesakitan kerana tumbuh gigi, anda kena pergi berjumpa doktor… habislah!
Ibu bapa boleh bankrupt kena bayar bil lawatan doktor!
Jadi, untuk mengelak dari membazirkan wang, ibu bapa boleh mencari jalan lain untuk merawat kesakitan bayi tumbuh gigi di rumah.
Mujurlah, terdapat banyak cara yang boleh melegakan rasa sakit apabila tumbuh gigi.
Di sini ada 10 cara yang ibu bapa boleh cuba:
Cara 1 – Daging kering (beef jerky)
Mungkin ramai yang tak kenal daging lembu kering atau beef jerky tapi ia boleh dijadikan teether gigi yang bagus!
Ini sebab daging kering sukar untuk digigit tapi sangat sedap untuk dimakan.
Bayi suka gigit daging kering ini tanpa henti dan ia seakan gusi mereka sedang “diurut”.
Tapi, selepas beberapa minit ia dikunyah bayi, ibu bapa perlu gantikan dengan daging baru untuk mengelak kemalangan tercekik.
Cara 2 – Buah pisang yang sejuk atau yang telah dibeku
Pisang yang telah dibeku atau disejukkan adalah alternatif yang baik untuk melegakan kesakitan.
Oleh sebab pisang adalah buah yang lembut, ia boleh ditelan dengan selamat oleh bayi anda. Tapi untuk keselamatan, ibu bapa digalakkan untuk memantau anak mereka dengan teliti apabila mereka makan.
Artikel berkaitan: Baby Led Weaning Atau Bayi Makan Dari Tangan Sendiri – Bagus Atau Tidak?
Cara 3 – Rantai leher Amber (Amber Teething Necklace)
Rantai leher yang dibuat dari amber dianggap sebagai salah satu cara yang biasa untuk merawat anak tumbuh gigi.
Amber boleh mengeluarkan asid succinic ke dalam kulit dan mengurangkan kesakitan.
Asid succinic juga boleh mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka.
Selain itu, bentuk manik pada rantai boleh melegakan tekanan pada gusi.
Cara 4 – Ekstrak vanila semulajadi
Sama seperti minyak cengkih, vanila mempunyai ciri-ciri yang boleh melegakan kesakitan tumbuh gigi. Gosokkan ia pada gusi bayi sekali sehari untuk melihat kesannya.
Cara 5 – Tuala kecil bersimpul
Tuala kecil yang sejuk juga pilihan yang baik.
Fabrik yang sejuk dan lembut boleh membantu melegakan kesakitan.
Teksturnya juga boleh diubah dengan mengikat beberapa simpul pada hujung kain lap untuk bayi yang sedang merengek.
Cara 6 – Ais kisar
Ais kisar (berperisa atau tanpa perisa) adalah remedi kegemaran berbanding pilihan lain.
Ibu-ibu juga boleh mengisar susu badan yang telah dibekukan sebagai alternatif yang sedap untuk anak.
Ais boleh mengurangkan gusi bengkak serta mengebaskan kesakitan. Ais kisar ini boleh diberi dengan menggunakan sudu atau diberi sebagai minuman.
Cara 7 – Wafel beku
Ibu bapa juga boleh cuba beri wafel beku yang sedap.
Ibu bapa masih boleh tolong lenyekkan wafel tersebut supaya ia senang dan selamat untuk ditelan.
Cara 8 – Batang lobak merah yang mentah
Lobak mentah yang sejuk adalah remedi yang hebat dan sihat untuk kanak-kanak yang tumbuh gigi.
Bayi suka mengigit teksturnya yang kukuh dan sejuk. Tetapi ibu bapa haruslah memerhati anak mereka semasa mereka makan untuk memastikan mereka tidak tercekik cebisan-cebisan kecil.
Cara 9 – Puri Epal
Makanan seperti puri epal yang disejukkan dalam peti sejuk boleh melegakan gusi anak.
Cara 10 – Berus gigi
Dengan menggunakan berus gigi, kesakitan bayi dapat dikurangkan kerana ia boleh mengurut bahagian gusi yang sakit.
Perbuatan mengunyah berus gigi juga merupakan cara yang baik untuk melegakan kesakitan.
Adakah anda sanggup mencuba cara-cara semulajadi ini?
Beritahu kami pilihan anda dalam bahagian komen di bawah. Adakah anda memerlukan lebih banyak idea mengenai ubat untuk tumbuh gigi?
Cuba tengok video dibawah ini:
Sumber: TheAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.combahan-semulajadi-untuk-rawat-selesema/