Bagi yang baru pertama kali ingin renew insurans kereta, pasti anda tertanya-tanya prosedur apa yang perlu dilakukan. Rasa gugup pun ada juga kan memikirkan perlindungan yang bagaimana harus diambil.
Sebenarnya tidaklah serumit mana. Namun beberapa perkara penting perlu anda ketahui bagi memastiklah perlindungan yang diambil lengkap untuk kereta dan tuan badan sendiri.
Perlu anda tahu, lain kereta, lainlah spesifikasi yang diperlukan semasa renew insurans kereta. Jadi, jangan pelik kalau rakan, abang atau kakak anda bayar insurans kereta mereka murah, tapi anda pula mahal.
Renew Insurans Kereta, Perkara Penting Anda Perlu Tahu
1.Harga
Harga insurans kereta ditentukan oleh:
- Jenis model dan kapasiti enjin kereta anda – Anda perlu tahun bukan setakat jenama kereta saja tetapi kapasiti enjin (cc) kereta Contohnya, adakah ia 1.3 cc atau 1.5 cc? Semakin tinggi kapasiti enjin kereta itu, semakin mahal harga insurans yang akan dikenakan.
- NCD (No Claim Discount) – Jika anda tidak pernah kemalangan dan tidak pernah buat tuntutan NCD sepanjang polisi diskaun NCD akan meningkat tahun ke tahun yang membantu mengurangkan premium insurans pemilik kenderaan. Jika kereta anda baru dibeli, maka NCD anda masih di kadar 0% jadi anda perlu membayar insurans kereta pada harga penuh. Namun, selepas kereta anda memasuki tahun kedua dan seterusnya ada pengurangan
Renew Insuran Kereta – Bermula Di Sini
2.Adakah harga insurans dan roadtax (cukai jalan) sama?
Tidak. Harga insurans lebih mahal berbanding harga roadtax kereta anda. Harga insurans akan berubah-ubah pada setiap tahun manakala, harga roadtax pula akan sama setiap tahun selagi anda memiliki kereta dengan model dan kapasiti enjin yang sama.
3.Nak renew roadtax dulu atau insurans?
Perlu perbaharui insurans dahulu, barulah roadtax anda dapat diproses dan diaktifkan semula. Tanpa insurans, anda tidak akan boleh mendapatkan roadtax.
Bilakah Perlu Renew Insurans Kereta?
Anda boleh renew insurans anda seawal dua bulan sebelum tarikh polisi insurans anda tamat. Elakkan diri anda daripada memperbaharui insurans di saat-saat akhir atau selepas ia tamat tempoh.
Perlindungan Tambahan Yang Perlu?
Paling penting pastikan anda tambah perlindungan ‘special perils‘ untuk bencana alam seperti banjir dan perlindungan cermin.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Insurans Simpanan Terbaik Di Malaysia Yang Boleh Anda Pilih!
Baca juga: Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil