Ini Cara Renew Passport Online, Tak Perlu Walk In Lagi Di Pejabat Imigresen

Sejak Mei tahun lalu, tiada lagi walk in untuk renew passport di pejabat Imigresen dan kami kongsikan cara renew passport online.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasanya mungkin dah ramai tahu sejak Mei tahun lalu, pihak Imigresen telah menetapkan kesemua urusan perbaharui atau renew passport hanya boleh dilakukan secara online sahaja kecuali untuk beberapa keadaan. Jangan risau, kami kongsikan cara renew passport online untuk anda ya?

Kategori Walk-In

Ini bermaksud jika pasport anda sudah tamat tempoh, anda hanya boleh renew secara atas talian sahaja dan tidak dibenarkan lakukan di kaunter kecuali jika anda dalam kategori berikut :

  1. Buat permohonan pertama kali
  2. Warga emas
  3. OKU
  4. Kanak-kanak
  5. Kes kehilangan dan kerosakan pasport

Untuk kategorI ini, anda perlu datang ke mana-mana cawangan Imigresen atau UTC berhampiran dan perlu beratur panjang menunggu giliran di kaunter.

Berbeza dengan permohonan online, di mana segala urusan permohonan dan tangkap gambar boleh dilakukan di rumah sahaja. Jadi anda boleh skip beratur panjang ketika ingin ambil passport anda kelak jika sudah diluluskan. Jimat masa dan jimat tenaga!

Cara Renew Passport Online

Berikut merupakan cara renew passport online, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

1. Buka portal MyImigresen

2. Klik ‘SETUJU’ selepas membaca terma dan syarat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Isi semua maklumat. Untuk mudahkan anda, sediakan passport lama untuk mudah membuat rujukan.

4. Dalam permohonan tersebut terdapat senarai pejabat Imigresen yang boleh anda pilih untuk ambil passport nanti apabila sudah siap. Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat. Jika anda renew sebelum pukul 3 petang hari bekerja, anda boleh dapatkan passport dalam hari yang sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Kemudian muat turun gambar mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu :

  • Latar belakang foto mesti berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.
  • Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.

6. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

7. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

8. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.

9. Pasport pembaharuan masih sah laku atau tamat tempoh di dalam keadaan baik sahaja.

10. Buku Pasport masih sah laku atau tamat tempoh mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

11. Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

12. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.

13. Permohonan yang tidak memiliki visa/pas yang sah untuk menetap di sesebuah negara, tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

14. Permohonan yang tidak menepati mana-mana syarat diatas, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. (No Refund Policy)

Keperluan Tambahan:

1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Nenek 90 Tahun Larat Kembara Banyak Negara, Apa Rahsianya? 5 Tips Travel Solo Dengan Bayi!

Baca juga : Adakah Travel Semasa Hamil Selamat? Ini Tip Travel Di Udara, Darat & Air

Baca juga : Travel Hacks : Tips Beli Tiket Flight Murah Yang Ramai Tak Tahu!

Penulis

Nursyamimi