Cara Simpan Daun Pandan Supaya Kekal Segar, Ikut Tips Ini Tahan Berbulan Lamanya, Memang Jimat!

Cara simpan daun pandan tahan lama penting untuk mengekalkan kesegaran dan mengelakkan pembaziran berlaku, tak perlu beli banyak kali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beli seikat daun pandan di kedai tapi bila nak pakai bukan banyak sangat. Kalau ada lebihan, jangan dibuang sebaliknya cuba cara simpan daun pandan tahan lama dan segar berbulan-bulan seperti hantaran DLa AMaya di Facebook.

Daun pandan masih segar, sihat, dan elok walaupun disimpan berbulan-bulan. Nak masak, ambil sahaja sebanyak mana yang diperlukan kerana sudah siap dipotong. Sangat mudah.

Cara Simpan Daun Pandan Tahan Lama & Kekal Wangi

1. Bersihkan Daun Pandan

Tidak kira apa jenis daun sekalipun, anda perlu membersihkannya terlebih dahulu. Ini penting untuk menghilangkan kotoran yang mungkin melekat pada daun tersebut.

2. Potong Pendek-Pendek

 Setelah dibersihkan, daun pandan perlu dipotong menjadi kepingan kecil atau pendek supaya mudah disimpan dan digunakan untuk memasak nanti.

3. Masukkan Dalam Plastik Kedap Udara Atau Tupperware

 Masukkan daun pandan yang telah dipotong ke dalam bekas plastik yang kedap udara seperti tupperware. Ia dapat mengekalkan kesegaran daun pandan yang boleh menyebabkan daun cepat

4. Simpan Dalam Peti Ais Sejuk Beku (Bahagian Freezer)

Cara ini tidak ramai yang tahu. Simpan bekas berisi daun pandan tersebut dalam peti ais di bahagian sejuk beku (freezer). Suhu rendah dapat memperlahankan proses pereputan dan pertumbuhan mikroorganisma yang boleh merosakkan daun.

Berikut antara tips lain yang boleh juga digunakan untuk menyimpan daun pandan. Caranya lebih kurang sama seperti di atas tetapi sedikit berbeza. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Cuci bersih daun pandan.
  2. Simpul dan simpan di tempat beku.

Atau

1. Cuci Bersih Seperti Biasa

Mula-mula, cuci daun pandan dengan air bersih seperti biasa untuk menghilangkan kotoran dan debu yang  melekat pada daun.

2. Kisar Halus

Selepas dicuci bersih, kisar daun pandan sehingga halus. Proses pengisaran ini bertujuan untuk mengeluarkan pati dan aroma dari daun pandan dengan lebih efisien.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Ambil Pati Dan Masukkan Ke Dalam Plastik.

Setelah dikisar halus, ambil pati daun pandan yang dihasilkan dan masukkan ke dalam plastik atau bekas penyimpanan yang sesuai.

Pastikan plastik atau bekas tersebut bersih dan kedap udara untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti pati daun pandan.

4. Bekukan Di Dalam Peti Sejuk Beku.

Simpan plastik yang berisi pati daun pandan dalam bahagian beku peti ais. Bekukan pati ini membantu mengekalkan kestabilan dan kesegaran pati daun pandan untuk tempoh yang lebih lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Best kan! Dah tak perlu buang lagi daun pandan kering kerana dengan cara ini anda boleh menyimpan dan menggunakan pati daun pandan tanpa perlu membazir.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Petua Dapur Orang Lama Yang Berkesan & Memudahkan Kerja Di Dapur

Baca juga: 9 Cara Simpan Bahan Dapur Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama & Elak Pembaziran

Baca juga: Cara Simpan Bubur Nasi Bayi & Makanan Puree Agar Tahan Lama, Tak Perlu Ibu Masak Selalu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah