Solat Dhuha: Panduan Lengkap Cara Solat Dhuha Beserta Doa Dhuha (JAKIM)

Solat dhuha sangat mudah untuk dikerjakan namun ganjarannya sangat besar buat kita, bukan sahaja di dunia namun di akhirat juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang sangat digalakkan untuk diamalkan oleh setiap Muslim. Dikenali sebagai ‘amalan pembuka rezeki’, solat ini mempunyai banyak keistimewaan. Ia juga disebut sebagai solat al-Awwabin.

Berikut disertakan maklumat lanjut mengenai Solat Sunat Dhuha bersama panduan doa Dhuha yang lengkap.

Waktu Solat Dhuha

Waktu Solat Sunat Dhuha bermula sebaik sahaja matahari terbit (selepas waktu syuruk) hingga sebelum masuknya waktu Zuhur.

Waktu paling afdal untuk melaksanakannya adalah ketika pasir mulai panas akibat sinaran matahari yang semakin terik.

Solat Dhuha yang didirikan pada waktu ini dikenali sebagai Solat Awwabin.

Bilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha boleh dilaksanakan dengan minimum dua rakaat dan maksimum dua belas rakaat, mengikut kemampuan dan keselesaan individu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasulullah SAW biasa mengerjakan dua hingga empat rakaat pada waktu Dhuha.

Namun, tidak ada had bilangan yang tetap, dan amalan ini disesuaikan dengan niat seseorang untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Cara Solat Dhuha Dan Doa Dhuha

1. Lafaz Niat Solat Sunat Dhuha

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

“Usolli sunnatad dhuha rak’ataini lillahi ta‘ala.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

Niat adalah asas dalam setiap ibadah, dan lafaz niat di atas boleh dilafazkan secara lisan atau di dalam hati. Yang penting adalah tekad seseorang untuk menunaikan solat dengan ikhlas dan fokus kepada Allah SWT.

2. Membaca Surah Al-Fatihah

Selepas mengangkat takbir (Takbiratul Ihram), solat dimulakan seperti biasa dengan membaca Surah Al-Fatihah pada setiap rakaat. Bacaan Al-Fatihah adalah wajib dan perlu dihayati kerana ia merupakan dialog antara hamba dengan Allah SWT.

3. Membaca Surah Lazim

Selepas membaca Al-Fatihah, disarankan untuk membaca surah-surah tertentu. Pada rakaat pertama, bacalah Surah Asy-Syams:

وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا
وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا
وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا
وَالْأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada rakaat kedua, bacalah Surah Ad-Duha:

Surah Ad-Duha (Dalam Bahasa Arab):

وَالضُّحَى
وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى
وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى
وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى
فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ
وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Namun, jika tidak menghafal surah-surah ini, boleh membaca mana-mana surah yang dihafal kerana yang penting adalah kesempurnaan solat itu sendiri.

4. Bacaan Semasa Sujud Akhir

Bacaan sujud dalam Solat Dhuha adalah sama seperti bacaan sujud dalam solat-solat lain, iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan dengan segala pujian bagi-Nya.”

Pada sujud terakhir, dianjurkan juga untuk berdoa dan meminta kepada Allah SWT, terutamanya untuk dilapangkan rezeki, dipermudahkan urusan dan diberi keberkatan dalam kehidupan.

5. Zikir & Doa Dhuha

Selepas selesai solat, disarankan untuk membaca Doa Dhuha sebagai penutup. Berikut adalah bacaan Doa Dhuha yang masyhur:

Doa Dhuha:

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَى ضُحَاؤُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ فِي الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ، آتِنِي مَا آتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ.

“Allahumma inna dhuhaa dhuhaaka, wal bahaa-a bahaa-uka, wal jamaala jamaaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka, wal ‘ismata ‘ismatuka.
Allahumma in kaana rizqii fis-samaai fa-anzilhu, wa in kaana fil-ardhi fa-akhrijhu, wa in kaana mu’asiran fa-yassirhu, wa in kaana haraaman fa-tahhirhu, wa in kaana ba’iidan fa-qarribhu.
Bi haqqi dhuhaaika, wa bahaaika, wa jamaalika, wa quwwatika, wa qudratika, aatinii maa ataita ‘ibaadakas-saaliheen.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, keagungan itu keagungan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, jika di bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah.
Dengan kebenaran waktu Dhuha-Mu, keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”

Kelebihan Solat Sunat Dhuha 

1. Diwasiatkan oleh Nabi SAW

كُلُّ سُلَامَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ، كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ: تَعْدِلُ بَيْنَ الاِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَتُعِينُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا، أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ، وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمْشِيهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ، وَتُمِيطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ

Maksud:“Pada tiap-tiap sendi tubuh badan seseorang di antara kamu terdapat sedekah, maka pada tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, tiap-tiap takbir adalah sedekah, dan sebagai ganti bagi yang demikian itu, cukuplah dengan mengerjakan dua rakaat Dhuha.”
(Hadis Riwayat Muslim)

2. Menyamai Sedekah Terhadap 360 Sendi

Amalan Solat Dhuha menyamai sedekah untuk setiap sendi dalam tubuh manusia, iaitu sebanyak 360 sendi.

3. Diberi Kecukupan

يَا بْنَ آدَمَ، ارْكَعْ لِي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ، أَكْفِكَ آخِرَهُ

Maksud: “Wahai anak Adam, janganlah engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan hari (Dhuha), nescaya Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

Solat Dhuha membawa banyak kelebihan dan ganjaran. Dengan menunaikannya secara konsisten, seseorang Muslim dapat memperoleh kecukupan rezeki dan manfaat yang banyak di dunia dan akhirat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Khatam Al-Quran Selama 30 Hari Di Bulan Puasa Dengan Mudah Ikut Waktu Solat

Baca juga: Doa Rabiul Awal & Memperbanyak Zikir Amalan Terbaik Bulan Rabiul Awal

Baca juga: Adakah Makan Membatal Wudhu? Ini Penjelasan Mengikut Mufti WP

Penulis

Anis