Solat sunat istisqa’ ialah solat meminta hujan yang biasanya berlaku waktu kemarau. Seharusnya kita mempelajari cara solat istisqa supaya dapat dilaksanakan mengikut tertib yang betul.
Isi Kandungan
Maksud Solat Istisqa’
Secara bahasa, istisqa’ bermaksud meminta siraman air. Ia dilakukan dengan penuh harap dan bersungguh-sunggu kepada Allah SWT supaya diampunkan dosa dan diturunkan hujan berserta rahmat daripadaNya. Hukum mendirikan solat ini adalah sunat muakkad.
Niat Solat Sunat Istisqa’
1.Niat Solat Istisqa’ Untuk Solat Bersendirian
“Usolli Sunnatal Istisqoo-ie Rak’ataini Lillahi Ta’ala”
Maksudnya: Sahaja aku Solat Sunat Istisqa’ dua rakaat kerana Allah Taala
2.Niat Solat Istisqa’ Sebagai Makmum
“Usolli Sunnatal Istisqoo-ie Rak’ataini Makmuman Lillahi Ta’ala”
Maksudnya: Sahaja aku Solat Sunat Istisqa’ dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala
3.Niat Solat Istisqa’ Sebagai Imam
“Usolli Sunnatal Istisqoo-ie Rak’ataini Imaman Lillahi Ta’ala”
Maksudnya: Sahaja aku Solat Sunat Istisqa’ dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala
Cara Mengerjakan Solat Sunat Istisqa’
Cara solat istisqa boleh dikerjakan secara seorang diri atau berjemaah. Setiap rakaat ada dua kali berdiri (qiam), dua kali rukuk dan dua kali sujud.
- Rakaat Pertama – Membaca Al-Fatihah dan sebarang surah (boleh dinyaringkan bacaannya), kemudian rukuk. Berdiri tegak sekali lagi selepas rukuk dan membaca Al-Fatihah lagi sekali berserta surah. Selepas itu rukuk, iktidal dan sujud.
- Rakaat Kedua – Lakukan sama seperti rakaat pertama. Surah yang dibaca sebaik-baiknya surah yang panjang.
Doa Minta Hujan
Doa Pertama
اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا
Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami.” [Riwayat al-Bukhari (1014)]
Doa Kedua
اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا، مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami secara merata, menyegarkan, menyuburkan tanaman, bermanfaat tanpa mudharat serta kami mohon agar diturunkan hujan dengan segera tanpa ditangguh-tangguh.” [Riwayat Abu Daud (1169)]
Doa Ketiga
اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ، وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah hujan kepada hamba-hamba-Mu, binatang ternakan serta luaskanlah rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati.” [Riwayat Abu Daud (1176)]
Khutbah Solat Istisqa’
Disunatkan imam membaca khutbah atau peringatan, memuji-muji kebesaran Allah SWT yang menjadikan matahari dan bulan yang merupakan tanda kebesaranNya, memberi nasihat memperbanyakkan amal baik, menjauhi dosa dan maksiat.
Hukum Solat Istisqa’
Hukum mendirikan solat ini adalah sunat muakkad.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Solat Sunat Rawatib, Ini Panduan Lengkap Berserta Doa & Bacaan Dalam Solat
Baca juga: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM
Baca juga: Niat Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh) 13, 14 & 15 Bulan Islam, Umpama Puasa Sepanjang Tahun