Cara Solat Jenazah Ghaib, Panduan Lengkap Dengan Niat & Doa Mengikut Mufti WP

Cara solat jenazah ghaib adalah solat yang dilakukan ketika ketiadaan jenazah seperti jenazah berada di tempat yang jauh atau tidak dijumpai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Solat jenazah ghaib bermaksud solat yang dilaksanakan di negeri yang lain yang berada jauh dari negeri asalnya. Cara solat jenazah ghaib berserta doa merupakan penghormatan terakhir daripada waris dan kenalan yang tidak dapat menatap wajah si mati.

Cara Solat Jenazah Ghaib

Pelaksanaan solat jenazah ghaib adalah sama dengan solat jenazah yang biasa. Berikut panduan lengkap dan cara solat jenazah ghaib:

1. Takbiratul Ihram Dan Niat Solat Jenazah Ghaib

Contoh lafaz niat solat jenazah ghaib adalah: “Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala.”

2. Baca Al-Fatihah

Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian bacalah Al fatihah. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin Abdullah bin `Auf seperti berikut:

صَلَّيْتُ خَلْفَ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا عَلَى جَنَازَةٍ فَقَرَأَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ قَالَ لِيَعْلَمُوا أَنَّهَا سُنَّةٌ

Maksudnya: “Aku bersolat Jenazah di belakang Ibn Abbas R.A, dia membaca Fatihah. Kemudian katanya: Supaya mereka tahu itulah sunnah.”- Riwayat al-Bukhari (1335)

3. Takbir Kali Kedua Dan Selawat

Setelah selesai membaca al-Fatihah, bertakbir pula kali kedua sambil mengangkat kedua-dua tangan hingga ke cuping telinga, kemudian meletakannya semula ke dada, dan bacalah apa-apa selawat ke atas Nabi SAW.

Selawat yang afdhal ialah selawat Ibrahimiyah sebagaimana yang telah disebutkan dalam bab hukum-hukum solat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Takbir Kali Ketiga Dan Mendoakan Jenazah

Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan jenazah. Mendoakan jenazah adalah maksud utama solat jenazah. Perkara ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Umamah bin Sahal R.A:

أَنَّهُ أَخْبَرَهُ رَجُلٌ مِنْ أَصْخَابِ النَّبِيِّ أَنَّ السُّنَةَ فِي الصَّلاَةِ عَلَى الجَنَاَزَةِ أَنْ يُكَبِّرَ الإِمَامُ، ثُمَّ يَقْرَأُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ بَعْدَ التَكْبِيْرَةِ الأُوْلَى سِرًّا فِي نَفْسِهِ ثُمَّ يُصَلِّى عَلَى النَّبِيِّ وَيُخَلِّصَ الدُّعَاءَ لِلْجَنَازَةِ فِي التَكْبِيْرَاتِ وَلاَ يَقْرَأَ فِي شَيْءٍ مِنْهُنَّ ثُمَّ يُسَلِّمَ سِرًّا فِي نَفْسِهِ

 

Maksudnya: “Bahawa dia telah diberitahu oleh seorang lelaki di kalangan sahabat Nabi SAW bahawa solah jenazah menurut sunnah ialah imam bertakbir, kemudian membaca al-Fatihah dengan perlahan selepas takbir pertama, seterusnya berselawat ke atas Nabi SAW dan mendoakan jenazah semata-mata dalam takbir-takbir tersebut tanpa apa-apa bacaan yang lain. kemudian mengucapkan salam dengan perlahan.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 4/39)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Demikian juga, sekurang-kurang bacaan doa adalah:

اللَّهُمَّ ارْحَمهُ أوِ اغْفِرلَه

Maksudnya: “Ya Allah! Rahmatilah dia. Atau Ya Allah! Ampunilah dia.” (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 1/602)

5. Takbir Kali Keempat Dan Berdoa

Bertakbir kali keempat, kemudian berdoa:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ

Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.”- Riwayat Abu Daud (3201).

6. Ucapan Salam

Mengucap salam sebanyak dua kali, iaitu ke kanan dan ke kiri sebagaimana salam solat-solat yang lain.

Waktu Solat Ghaib

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari. Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh bertakziah menurut yang maklum dari kitab-kitab fiqh.

Namun pendapat yang muktamad adalah harus solat jenazah ghaib selama mana beliau adalah ahli solat ketika kematian berlaku. (Rujuk al-Tanbih hal. 38, al-Umm 1/244 dan Mughni al-Muhtaj,1/346)

Syarat Solat Jenazah Ghaib

Antara syarat solat jenazah ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Solat jenazah ghaib tersebut dilaksanakan setelah dimandikan mayat tersebut.
  2. Solat jenazah ghaib dilakukan di negeri yang berlainan dengan keberadaan mayat.

Doa Selepas Solat Jenazah

Bacaan dalam kurungan (……) dengan tanda ‘*‘ adalah untuk jenazah wanita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ وَعَلَى أَلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ وَآلَ مُحَمَّدٍ أَلَا تُعَذِّبَ هَذَا الْمَيِّتِ *(الْمَيِّتَةِ). اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ *(قَبْرَهَا) رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ وَلَا تَجْعَل قَبْرَهُ *(قَبْرَهَا) حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النِّيْرَانِ. وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Doa Selepas Solat Jenazah Dalam Rumi:

Bismillahi Rahmanirrahim

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil ‘Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Allahumma Bihaqqi Muhammadin Wa Ali Muhammadin Ala Tuazziba Hazal Mayyiti *(Mayyitati).

Allahummaj-‘Al Qobrohu *(Qobraha) Raudhotan Min Riyadhil Jannati Walaa Taj’al Qobrohu *(Qobraha) Hufratan Min Hufarinniirani.

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Ashaabihi Ajmain Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.

Maksud Doa Selepas Solat Jenazah:

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia rasul dan ke atas kaum keluarga serta para Sahabat sekalian.

Ya Allah, dengan kemuliaan Nabi Muhammad dan ahli keluarganya, janganlah Engkau siksa jenazah ini. Ya Allah jadikan kuburnya sebagai taman daripada taman-taman syurga dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebagai lubang daripada lubang neraka.

Selawat dan salam Allah ke atas Junjungan kami Muhammad, dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Kesimpulannya, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bila-bila masa setelah jenazah dimandikan. Syaratnya juga mestilah solat jenazah itu dilakukan di negeri yang lain daripada tempat jenazah itu berada.

Manakala pelaksanaan solat tersebut pula sama seperti solat jenazah yang biasa yang dilaksanakan dengan cara berdiri tanpa rukuk, sujud dan duduk.

Kredit foto: TVS

Baca juga:  Niat Wudhu & Doa Selepas Wuduk Mengikut Panduan JAKIM Berserta Cara Wuduk Yang Betul

Baca juga:  Adakah Makan Membatal Wudhu? Ini Penjelasan Mengikut Mufti WP

Baca juga:  Aurat Lelaki Terdedah Ketika Solat Kerana Baju Terselak Bila Sujud Atau Rukuk, Sah Tak Ibadah?