Cara Solat Tarawih Sendiri Di Rumah, Panduan Untuk Ibu Yang Tidak Dapat Ke Masjid

Cara solat tarawih sendiri di rumah ini boleh dijadikan panduan buat para ibu yang ada anak kecil dan tidak berpeluang untuk ke masjid

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahang kemuliaan bulan Ramadan semakin terasa dan tidak lama lagi umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Bagaimana perancangan ibu-ibu untuk Ramadan kali ini? Bagi mereka yang mempunyai anak kecil atau bayi dan menunaikan solat sunat tarawih di rumah, di sini kami sediakan cara solat tarawih sendiri di rumah untuk panduan ibu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara solat tarawih sendiri di rumah, panduan lengkap buat ibu yang ada anak kecil dan tidak dapat ke masjid
  • Hukum solat tarawih
  • Cara solat tarawih sendiri di rumah
  • Cara menunaikan solat witir
  • Bacaan tahlil pendek selepas solat witir
  • Doa selepas solat witir

Walaupun tidak dapat solat tarawih secara berjemaah, ibu masih boleh merebut pahala di bulan mulia ini beribadah di rumah.

Cara solat tarawih sendiri di rumah, panduan lengkap buat ibu yang ada anak kecil dan tidak dapat ke masjid

Tarawih berasal daripada perkataan ( تَرْوِيحَة ) yang bermaksud berehat. Dinamakan solat tarawih kerana orang yang bersolat tarawih ini berehat setiap empat rakaat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.

#1) Hukum solat tarawih

Solat Tarawih adalah solat sunat muakkad yang sangat dituntut dalam Islam dan ia hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja.

Rasulullah SAW sangat menggalakkan para sahabat dan umatnya untuk bersolat pada malam bulan Ramadan.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesiapa yang melakukan solat malam (tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu Hadis riwayat Muslim

Solat sunat tarawih adalah satu ibadah qiamullail yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan sehingga Nabi SAW menggelarkan ia qiam ramadan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia sangat istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran keampunan kepada mereka yang mengerjakannya.

  • Waktu solat tarawih

Waktu untuk mengerjakan solat sunat tarawih adalah selepas solat sunat ba’diyyah isyak sehinggalah terbit fajar.

Solat ini hendaklah dilakukan dengan dua rakaat dan satu salam.

  • Bilangan rakaat

Ada beberapa pendapat yang berbeza dari segi jumlah rakaat solat tarawih, sebagaimana berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 8 Rakaat
  • 20 Rakaat
  • 36 Rakaat

Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat yang perlu dilakukan. Solat sunat tarawih ialah ibadah tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah.

Ia adalah satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.

Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan 8 rakaat sahaja. Selepas itu, Solat Sunat Terawih akan diakhiri dengan solat witir.

Bilangan rakaat Solat Sunat Terawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat terdiri daripada 8 rakaat solat tarawih dan 3 rakaat solat sunat witir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia. Solat sunat tarawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.

#2. Cara solat tarawih sendiri di rumah

  • Niat solat tarawih bersendirian

 Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

Maksudnya: ”Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

  • Cara menunaikan solat

Cara solat sunat ini adalah sama seperti rukun solat fardu atau solat sunat yang lain. Jika terdapat beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.

Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.

  • Pemilihan surah

Tiada penetapan khusus berkenaan surah, boleh membaca surah kegemaran anda. Antara cadangan surah-surah yang biasa dibaca dalam solat tarawih:

  • Surah at-Takatsur (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakan kedua)
  • Surah al-Asr (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua)
  • Surah al-Humazah (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua)
  • Surah al-Fiil (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua)

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bacaan doa selepas tarawih

#3. Cara menunaikan solat witir

Niat bahagian solat witir dua rakaat:

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

 

Niat bahagian solat witir satu rakaat:

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Nota: Pada malam ke-16 Ramadan, rakaat ketiga solat witir disunatkan membaca doa qunut selepas bangun daripada rukuk.

#4) Bacaan tahlil pendek selepas solat witir

 

#5) Doa selepas solat witir

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Mengandung Berpuasa Di Bulan Ramadhan? Ini Nasihat Doktor!

Baca juga: Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!

Baca juga: Berbuka Puasa Dengan Makanan Pencuci Mulut Lazat, Tak Sabarnya!