Tidak lama lagi bulan Ramadhan bakal berkunjung tiba dan kami pasti ramai yang teruja untuk menyambutnya! Tetapi, bagi yang tengah berbadan dua, mesti tertanya-tanya, bolehkah ibu mengandung berpuasa pada bulan mulia ini?
Bulan Ramadhan adalah salah satu bulan di dalam kalender Islam yang memberi ruang untuk para keluarga yang mempunyai jadual yang sibuk untuk makan bersama pada waktu sahur atau waktu berbuka. Boleh dikatakan juga, bulan Ramadhan inilah bulan yang dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga.
Tambahan pula, ia juga dapat merapatkan hubungan antara kita dan jiran tetangga terutamanya apabila tiba waktu tarawih, di mana kebanyakan orang akan ke masjid atau ke surau bagai menunaikan solat tarawih, dan sesetengahnya akan duduk sebentar di masjid atau surau bagi menikmati waktu moreh bersama jiran-jiran.
Semoga bulan Ramadhan kali ini dipenuhi dengan keberkatan dan keseronokan, walaupun dikelilingi oleh endemik Covid-19.
Walaupun bulan Ramadhan disambut meriah dan diterujai ketibaannya, kami pasti ada sesetengah pihak yang risaukan kehadirannya. Ya, berbalik pada soalan asal, ibu-ibu mengandung pasti sedang ligat berfikir jika mereka dibolehkan berpuasa pada bulan mula ini. Ya lah, pasti malas hendak ganti puasa setelah selesainya bulan Ramadhan, kan?
Oleh sebab itu, kami di theAsianparent Malaysia akan membantu anda menjawab persoalan sekiranya anda boleh berpuasa atau tidak di bulan Ramadhan. Sebelum itu, mari kita lihat apakah rukun puasa serta syarat wajib bagi kaum muslimin dan muslimat pada bulan puasa ini.
Rukun dan syarat wajib puasa
Rukun puasa
- Niat. Niat puasa perlu dilafazkan pada malam hari sehingga sebelum waktu sahur.
- Menahan diri dari hal yang membatalkan puasa. Puasa bukan bermakna kita menahan diri dari makan dan minum sahaja. Malah, pada bulan puasa, kita perlu menahan diri dari segala yang boleh melalaikan dan dikhuatirkan boleh menjadikan puasa makruh atau terbatal terus.
Syarat wajib puasa
- Beragama Islam. Sebagai umat Islam, kita diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Sepertimana yang disebutkan di dalam al-Quran, seruan untuk berpuasa diwajibkan kepada orang-orang beriman iaitu muslimin dan muslimat sekalian. Manakala, orang bukan Islam tentulah tidak wajib berpuasa.
- Baligh. Syarat kedua bagi mereka yang wajib berpuasa ialah sudah baligh. Kanak-kanak yang masih belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, tetapi ibu bapa perlulah perlahan-lahan memperkenalkan anak kepada keadaan berpuasa dengan membenarkan si manja berpuasa selama separuh hari sebagai permulaan.
- Berakal. Muslimin dan muslimat yang waras adalah diwajibkan berpuasa. Makanya, orang yang tidak siuman tidak diwajibkan berpuasa.
- Sihat. Umat Islam yang sihat secara fizikal diwajibkan berpuasa. Sekiranya sedang sakit, atau sedang sembuh dari sesuatu penyakit, maka mereka tidak diwajibkan berpuasa tetapi sesudah sihat, mereka haruslah mengganti puasa tersebut.
- Tidak berhijrah. Orang yang sedang dalam perjalanan jauh boleh meninggalkan puasa tapi wajib baginya untuk mengganti di lain hari sejumlah puasa yang ditinggalkan.
- Suci dari haid dan nifas. Menurut ijma’ para ulama, wanita yang sedang haid dan nifas tidak diwajibkan untuk berpuasa. Bahkan haram hukumnya apabila mereka menjalankan puasa.
- Mampu. Puasa adalah diwajibkan bagi mereka yang mampu. Bukanlah dari segi kewangan, tetapi dari segi kesihatan, usia dan sebagainya. Sebagai contoh, warga tua yang pasti tidak larat untuk berpuasa, khuatir akan merisikokan kesihatannya tidak wajib untuk berpuasa.
Dari segi kemampuan berpuasa, seorang ibu mengandung boleh berpuasa sekiranya dia mampu dan tidak mempunyai apa-apa komplikasi. Walaupun begitu, kebanyakan doktor akan menasihati supaya si ibu tidak berpuasa supaya tidak membahayakan kandungan.
Walaupun si ibu mampu untuk bertahan tanpa makanan dan minuman untuk beberapa jam satu hari, tetapi kandungan tersebut mungkin tidak dapat bertahan dek kerana kekurangan nutrisi yang diperoleh dari si ibu.
Adakah ibu mengandung boleh berpuasa dan siapa pula yang tidak boleh berpuasa?
Secara amnya, ada beberapa ibu mengandung yang tidak digalakkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
- Mempunyai GDM dengan kawalan insulin
- Berisiko tinggi untuk mendapat darah beku, atau pernah didiagnosa VTE dan sedang diberikan ubat cucuk cairkan darah Clexane
- Mempunyai Ovarian Hyperstimulation Syndrome
- Mempunyai alahan teruk, tidak kira pada penggal keberapa hamil
- Mempunyai pendarahan
- Yang tidak sihat (demam, dijangkiti virus Covid-19)
- Kandungan yang mempunyai masalah tumbesaran
- Ibu yang mengandung kembar
Bagi ibu-ibu mengandung yang boleh dan hendak berpuasa, pastikan anda mengamalkan amalan-amalan ini untuk memastikan kesihatan kandungan!
Ibu mengandung berpuasa boleh amalkan ini
- Makan lebih dari 2 kali antara masa berbuka dan sahur. Pilih makanan seimbang dan berkhasiat utk elak sembelit, masalah penghadaman, heartburn
- Berbuka dengan 3 biji tamar dan jus buah (boleh ganti dengan sup atau yogurt rendah lemak), Kemudian, sambung dengan pemakanan yang seimbang yang mempunyai sayuran, dan protein yang tinggi serta karbohidrat. Elakkan makanan berminyak dan berlemak.
- Jangan tinggal sahur!
- Elak minum teh atau kopi ketika sahur; kopi akan menyebabkan ibu kerap berasa hendak kencing sekaligus boleh menyebabkan dehidrasi.
- Minum air masak yang mencukupi ketika sahur dan berbuka.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.
Baca juga: 10 Checklist Persiapkan Diri Menjelang Ramadhan, Sudah Anda Bersedia?
Baca juga: 10 Nama Bayi Bertemakan Bulan Ramadan – Indah Sekali!
Baca juga: Ramadan Hampir Tiba, Cuba Tips Ini Untuk Galakkan Anak Puasa!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!