Menjahit lencana nampak senang tapi sebenarnya boleh memakan masa yang lama jika tak pandai menggayakannya. Bagi ibu yang masih belum letakkan lencana pada baju seragam sekolah anak, ini cara tampal lencana sekolah yang ramai ibu-ibu sudah cuba dan menjadi.
Isi Kandungan
Cara Tampal Lencana Sekolah Paling Mudah
Cara tampal lencana sekolah dan tag nama ini menerusi perkongsian Facebook oleh Puan Akmar Laily Omar ternyata kelihatan lebih kemas dan rapi.
Masa yang diambil untuk menyiapkan satu lencana pun lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang memakan masa 15-20 minit untuk satu lencana.
Selain itu, berdasarkan pengalamannya cara ini akan membuatkan lencana kekal melekat lebih lama kira-kira 10 bulan dalam tempoh persekolahan walaupun baju dibasuh dengan mesin basuh.
Namun sekiranya tertanggal, anda boleh ulang kaedah yang sama untuk menampalkan lencana semula.
Bahan yang diperlukan:
- Gam UHU
- Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
- Kertas tebal/cardboard/manila kad
- Seterika
Cara-caranya:
- Letakkan kertas keras dalam poket baju. Bagi baju kurung dan tudung, letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
- Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
- Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
- Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
- Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
- Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana.
- Gosok beberapa kali. Ketika ini, seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
- Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam.
- Siap.
Tips Sebelum Tampal Lencana Pada Baju Seragam Anak
- Pastikan anda menyemak terlebih dahulu kedudukan lencana sekolah yang terkini bagi mengelakkan kesilapan berlaku. Ia berisiko tinggi untuk merosakkan fabrik baju atau kesan tampalan.
- Tampal lencana dengan kemas dan kukuh supaya tidak mudah tertanggal.
- Pastikan baju dan lencana dalam keadaan bersih supaya tiada kesan kotor melekat pada baju.
- Pertimbangkan jenis fabrik baju sebelum memutuskan untuk menampal lencana sekolah anak menggunakan teknik gam.
- Sebaiknya seterika baju terlebih dahulu supaya bahagian dalam baju tidak ronyok selepas lencana dilekatkan.
Selamat mencuba!
Facebook Puan Akmar Laily Omar
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Persediaan Sebelum Masuk Darjah 1, Ibu Kena Pastikan Anak Ada 5 Skil Penting Ini, Sangat Membantu!
Baca juga: Kalau Anak Tak Nak Pergi Sekolah, Ikuti Tips Berkesan Dari Pakar Terapi Ini
Baca juga: Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 & Tarikh Cuti Sekolah 2024 Yang Dikeluarkan KPM