Cuba Cara Tanam Serai Ikut Tips Ini, Hasilnya Gemuk-Gemuk!

Tanam pokok serai memang mudah tetapi bagaimana cara tanam serai supaya hasilnya gemuk-gemuk? Ikuti tips penanaman serai dalam artikel ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Serai merupakan tanaman yang mudah hidup namun untuk mendapatkan serai yang ‘gemuk’ agak sukar kalau tak tahu cara tanam serai yang sepatutnya.

Bagi yang tinggal di kawasan yang mempunyai tanah, mungkin tiada masalah untuk mendapatkan serai dengan mudah kerana anda boleh tanam sahaja di belakang rumah. Kami kongsikan tips penanaman pokok serai daripada seorang pengguna di Facebook, Tariq Syahman yang sangat berguna buat anda yang suka bercucuk tanam.

Bila dah ada pokok serai di rumah sendiri memang senang nak guna untuk memasak tak perlu beli lagi!

Cara Tanam Serai Yang Betul

Hari ni saya cabut rumpun serai terakhir yang ada di rumah saya. Lepas siap bersihkan semua, saya hantarkan dekat akak kedai tomyam lepas tu bagitau dia lagi 5-6 bulan baru ada balik serai ni.

Dekat dalam gambar ini, yang dah siap bersih tu saya hantar dekat dia, yang masih ada akar sikit-sikit tu saya rendam dalam air untuk saya tanam semula lepas ni. Jom saya nak cerita sikit cara saya tanam serai.

1. Untuk benih serai ni saya akan pilih serai yang paling gemuk & padat bahagian bawah dia tu.

2. Bila dah ditanam, dia akan keluarkan daun baru & bahagian tu akan mengurus sehinggalah pokok dah cukup matang daun & akarnya. Lepas tu dia akan gemuk balik dan keluarkan anak-anak di sekeliling.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Kalau kita tanam yang kurus-kurus, belum sempat daun baru nak matang – dia dah kiok dah sebab tak cukup energy reserve untuk digunakan semasa pembesaran.

4. Selalunya saya akan letak 2-3 batang serai dalam satu lubang.

5. Ada yang advice masa tanam tu kena condongkan batang dia so anak-anak serai nanti akan lebih banyak. Tapi saya selalu tanam tegak saja. Mana-mana pun boleh rasanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Pada peringkat awal, kita kena siram dengan kerap sebab masa ni akar serai tu belum fully developed. Lepas sebulan lebih, dah boleh biar dia. Siram bila cuaca terlalu kering saja.

7. Saya ada terbaca dalam group penanam serai, untuk pembajaan perlu letak baja NPK hijau secara berkala. Sebaiknya elakkan pakai baja tahi ayam untuk elakkan serai kena penyakit kulat.

8. Bila serai dah merimbun, biarkan saja. Tak perlu trim daun dia. Bila kita trim, pokok akan terpaksa keluarkan daun baru so batang dia akan jadi kurus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9. Untuk yang tanam kat rumah untuk kegunaan sendiri, mungkin boleh saja nak trim bagi nampak kemas. Tapi untuk yang tanam untuk jual macam saya ni, tak boleh lah nak trim sebab saya nak batang dia tu gemuk-gemuk, berat dan padu.

10. Ramai orang takut nak tanam serai sebab katanya ular selalu sembunyi dalam rumpun tu. Untuk yang duduk kat kawasan yang dekat dengan hutan & memang ada ular kat area situ – kena lah berhati-hati. Tapi kalau duduk tengah bandar, duduk kat apartment – tanam ajaaa..takde lah ular tu nak muncul tiba-tiba sebab awak tanam serai. Ahahahaa..

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ibu Ayah Perlu Berhati-Hati, Tanaman Snake Plant Mengandungi Racun Aktif Saponin!

Baca juga : Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

Baca juga : 5 Jenis Pokok Halau Nyamuk, Sesuai Untuk Tanam Di Rumah! Boleh Elak Denggi

Penulis

Nursyamimi