Semua orang tahu bahawa punca utama masalah kolesterol adalah daripada pemakanan yang tidak sihat dan tahukah anda cara turunkan kolestrol?
Jika anda suka mengambil makanan yang berlemak, jarang bersenam, mempunyai berat badan berlebihan, sering merokok dan minum minuman beralkohol, anda berisiko mendapat masalah kolesterol tinggi.
Tidak dinafikan, makanan tertentu boleh merendahkan tahap kolesterol badan dan mengurangkan lemak dalam darah. Salah satunya adalah kacang bendi.
Menerusi sebuah posting di Facebook oleh Salmah Muhamad, wanita ini berkongsi cara turunkan kolestrol dengan petua orang dahulu menggunakan air rendaman kacang bendi.
Kacang bendi mempunyai banyak kelebihannya. Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minum air rendaman kacang bendi ini saya tidak lagi alami kebas kaki, kolestrol saya juga telah turun. Berbaloi dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.
Selain membantu menurunkan kadar kolestrol, Kacang bendi juga mengandungi Asid Folik yang sangat bagus diamalkan untuk ibu mengandung mahupun ibu yang menyusukan bayi. Saya berjaya menyusukan anak sehingga dia berumur 3 tahun!
Selain itu ia juga bagus untuk :
- Mengurangkan kolesterol
- Membantu dalam kes diabetes
- Memperkuat sistem kekebalan tubuh
- Mencegah penyakit buah pinggang
- Meredakan asma
- Mengurangkan jumlah glukosa yang diserap oleh makanan melalui saluran pencernaan
Petua untuk kencing manis ialah minum air rebusan kacang bendi 1 gelas 3 kali sehari.
Air kacang bendi memanglah berlendir tapi khasiat utamanya ialah pada lendir lendirnya.jika tiada lendir seperti makan hampasnya lah..sebaiknya dicuci dan terus dipotong.
Cara Turunkan Kolestrol Dengan Kacang Bendi
Terdapat tiga cara yang boleh anda cuba untuk menurunkan paras kolestrol menerusi manfaat kacang bendi.
Bahan-bahan :
- 10 hingga 15 batang kacang bendi
- Satu liter air
Cara penyediaan 1 :
Bendi harus dipotong terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas rendaman air.
- Basuhkan kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil seperti dalam gambar.
- Masukkan bendi yang sudah dipotong itu ke dalam air atau bekas yang anda suka.
- Simpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk
- Air akan berkurangan selepas direndam, apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh. Pastikan menambah air hanya 3 kali tambahan sahaja.
-
Air rendaman bendi yang telah siap dan dimasukkan ke dalam peti ais. Anda tidak perlu bimbang sekiranya air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar.
Cara penyediaan 2 :
- Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air.
- Simpan di dalam peti sejuk.
- Minum selalu.
- Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja
- Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar. Cubalah.
- Anda boleh rendam dalam air yang agak banyak supaya tidak kering ( guna bekas yg besar). Kemudian masukkan kedalam Peti ais semalaman.minum 30 minit sebelum sarapan.
Khasiat Lain Kacang Bendi
- Air rendaman bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes.
- Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
- Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
- Mencuci hati.
- Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
- Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
- Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
- Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!
Baca juga : Petua Hilangkan Sakit Gigi Kanak-Kanak & Orang Dewasa, Terbukti Berkesan Tanpa Perlu Ke Klinik!
Baca juga : Belum Bersedia Untuk Hamil? Ini Petua Tradisional Yang Boleh Anda & Suami Amalkan