20 cara untuk membuatkan anak anda bijak IQ dan EQ sejak dalam kandungan

Amalkan 20 tip berikut sebagai cara untuk menjadikan anak bijak dari segi IQ (Intelek) dan EQ (Emosi). Ia sesuai diamalkan sejak hamil sehingga anak membesar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mendapat anak yang pintar adalah impian setiap ibu ayah. Kita semua tahu anak yang mempunyai intelektual tinggi cenderung membesar menjadi insan yang berjaya. Di sini, kami kongsikan cara untuk anak bijak yang boleh anda praktikkan bermula dari hari ini.

Tip yang kami kongsikan ini bukan saja cara untuk buat anak bijak dari segi intelek (IQ) atau akademik, malah pintar dari segi emosi atau EQ (emotional quotient).

Panduan yang komprehensif – 20 cara untuk anak bijak

Malah, dengan mencuba panduan di bawah, si kecil anda mungkin akan jadi lebih “street-smart” dan tahu bagaimana untuk mengatasi masalah yang mendatang dalam hidupnya.

Kebijaksaan ini boleh dipupuk sejak anda hamil lagi dan seterusnya apabila si kecil melalui fasa bayi dan kanak-kanak.

Di sini, kami kongsikan dengan anda 20 cara untuk menjadikan anak anda seorang yang pintar dari segi IQ dan EQ.

Semasa dalam kandungan

1. Senaman 

Kredit: Momjunction.com

Kajian menunjukkan senaman semasa hamil mampu menstimulasi pertumbuhan kognitif bayi yang masih dalam rahim.

Cumanya, dapatkan nasihat doktor sebelum anda melakukan sebarang jenis senaman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Asid lemak omega 3

Ibu yang sedang hamil juga digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3. Ia cara untuk anak bijak yang sesuai diamalkan sejak hamil.

Makanan seperti salmon, bayam, flaxseeds, kacang walnut dan sebagainya adalah bagus untuk bayi anda.

3. Bercakap dengan bayi dalam kandungan

Ibu yang hamil juga digalakkan untuk banyak bercakap dengan bayi dalam kandungan sebagai cara untuk anak bijak.

Suara anda akan dibalas dengan tendangan lembut oleh si kecil dan pada masa yang sama, anda sedang menstimulasi emosi mereka. Ketika ini, kemahiran EQnya sedang diasah!

4. Dapatkan bekalan nutrisi yang mencukupi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Ctvnews.ca

Pakar juga menyatakan bekalan nutrisi semasa kehamilan, seperti asid folik, dapat membantu membina sel “bijak” dalam otak bayi anda.

Malah, ia turut membantu mengelak risiko spina bifida dan membantu tumbesaran sel otak.

Dengan perkembangan minda yang sihat, bayi anda cenderung untuk membesar menjadi seorang kanak-kanak yang pintar.

5. Tempoh kehamilan yang lengkap

Kalau anda nak tahu, semakin lama bayi anda kekal dalam rahim (selama 40 minggu), semakin baik perkembangan otak si kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia 35 minggu, saiz otak anak anda hanyalah 2/3 daripada saiz yang sepatutnya yang akan berkembang pada usia 39 atau 40 minggu.

Semasa bayi berusia 0-1 tahun

6. Penyusuan badan

Para pengkaji percaya ada kaitan antara tumbesaran minda bayi dengan durasi penyusuan badan yang anda berikan padanya.

Jadi, cuba amalkan penyusuan badan selama yang mungkin selepas bersalin. Proses penyusuan ini juga membantu membina kemahiran emosi melalui hubungan bonding.

7. Buat eye contact dengan bayi

Kredit: Mom365.com

Ya, penglihatan bayi anda masih terbatas selepas beberapa minggu dilahirkan.

Tapi, ia tidak bermaksud yang dia tidak dapat mengenal insan paling penting dalam hidupnya – anda sebagai ibu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan melakukan hubungan eye contact secara kerap dengan si kecil anda, anda telah membantu menstimulasi otak dan membina memorinya.

8. Menyanyi

Ini juga adalah cara untuk anak bijak: menyanyi. Bayi dapat mengenal suara anda sejak dari dalam kandungan lagi.

Dengan selalu mendengar nyanyian anda, si kecil dapat melihat semula memori lama.

Malah, belajar irama nyanyian juga ada dikaitkan dengan kebolehan belajar matematik! Ia sedikit sebanyak membantu melahirkan kanak-kanak yang tinggi IQnya.

9. Stimulasi pergerakan objek sekeliling

Letakkan mainan gantung pada katil bayi dan biarkan ia bergerak. Mata anak akan mengikuti pergerakan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan ini, si kecil anda dapat melatih mata dan otaknya untuk menghantar dan menerima isyarat koordinasi serta belajar konsep dekat dan jauh.

10. Bercakap bahasa bayi

Ya, kita memang suka bercakap bahasa bayi dengan anak kita. Antara cara untuk anak bijak adalah dengan “bersembang” dengan si kecil menggunakan bahasanya.

Dengan melakukan aktiviti ini, saintis percaya yang anda sedang menstimulasi bahagian otak si kecil yang berkaitan dengan bahasa dan pertuturan!

Semasa usia kanak-kanak 1-5 tahun

11. Baca kisah kanak-kanak

Kredit: Healthyfamiliesbc.ca

Antara cara untuk anak bijak adalah meluangkan masa dan membaca kisah kanak-kanak dengannya.

Bukan saja ia membantu meningkatkan kemahiran fokus si kecil, malah dia turut boleh belajar bahasa, membaca, dan pertuturan.

Nilai moral dan pengajaran dalam kisah kanak-kanak juga dapat dipupuk bagi membina kemahiran EQ si kecil. 

12. Pupuk sikap suka meneroka

Biarkan si kecil meneroka kawasan sekelilingnya, walaupun ia bermakna yang dia akan membuat sepah dalam rumah.

Anda hanya perlu memastikan keadaan rumah cukup selamat untuk diterokai oleh anak anda.

Proses meneroka ini akan menstimulasi memori dan beberapa fungsi kognitif yang lain di mana ia penting bagi IQ dirinya.

13. Latih anak anda membeli-belah

Aktiviti membeli-belah juga boleh dijadikan sebagai platform untuk memupuk perkembangan IQ dan EQ si kecil.

Ia akan memperkenalkannya dengan bunyi, objek dan melatihnya konsep warna serta nombor.

Sambil membeli-belah, ajarinya tentang konsep di atas dengan cara berikut:

  • Katakan padanya “Wah, tengok epal merah itu
  • Katakan juga padanya “Ibu perlukan lima biji kentang, jom kita kira. Satu, dua, tiga, empat dan lima!” 
  • Ketika membayar, katakan padanya “Kita perlu beratur dan tunggu giliran untuk bayar. Jangan potong barisan, tak baik.

14. Bermain baa-cak dengan anak

Kredit: Montessorikidsugarland.com

Bermain peek-a-boo atau “baa-cak!” dengan anak juga bagus untuk perkembangan IQnya.

Ia bukan sahaja mendidik si kecil untuk peka, fokus, dan melatih kemahiran jangkaan dirinya, malah turut membantu “separation anxiety“!

15. Bawa anak melihat alam

Pada hujung minggu, bawa anak anda bermain di luar. Dedahkan dirinya dengan alam seperti hutan, sungai, tasik, laut dan gunung-ganang.

Ia membantu menstimulasi minda dan derianya. Ajarinya juga nama-nama bunga dan pokok dan lihatlah anak anda menjadi seorang kanak-kanak yang bijak!

16. Banyakkan mengira bersama anak

Didik anak anda konsep nombor dan mengira sedari awal. Masukkan aktiviti mengira dalam setiap perkara yang anda lakukan bersama anak anda.

Contohnya, kira berapa banyak anggur di dalam pinggannya, kira berapa mainan yang ada dalam bakul, dan sebagainya.

Lambat laun, anda akan perasan yang si kecil anda mampu mengira dan kenal nombor dengan cepat!

17. Memberikan tugasan kecil

Kredit: Wonderma.sg

Dengan memberikan tugasan mudah pada anak anda, ia dapat memupuk EQ yang tinggi.

Sikap matang, berdikari, dan bertanggungjawab sudah dipelajarinya dari kecil. Antara tugasan mudah yang boleh diberikan kepadanya adalah:

  • Menyusun semula mainan dalam kotak
  • Membawa keluar baju dari bakul
  • Mengangkat cawan dan pinggan plastik ke sinki
  • Menyapu atau mengemop lantai

18. Membela haiwan

Jika anak anda tidak alah pada haiwan dan kebetulan anda ada membela haiwan peliharaan, anda boleh melibatkan si kecil dalam hal penjagaan haiwan tersebut.

Ia penting untuk perkembangan EQ dirinya di mana ia mengajar sifat baik hati dan tanggungjawab dari usia kecil!

19. Bercakap tentang emosi dengan anak

Antara cara untuk anak bijak dari segi EQ adalah dengan melatih dirinya berbincang tentang emosi yang dirasainya.

Adakah dia gembira dan mengapa? Kenapa dia menangis dan bersedih? Semua ini bagus untuk perkembangan emosi dirinya.

Malah, anak anda akan membesar menjadi insan yang sensitif dengan perasaan orang di sekeliling.

20. Banyakkan bermain!

Melompat, memanjat, berlari…semua ini bagus untuk perkembangan fizikal dan kemahiran motor dirinya.

Bawa anak anda ke taman pada waktu petang dan biarkan anak bersosial dengan rakan-rakan lain. Ia bagus untuk EQ si kecil!

Setiap aktiviti di atas adalah cara untuk anak bijak dan pada masa yang sama, membina hubungan bonding antara ibu ayah dan anak-anak. Mari kita amalkan!

 

 

 

 

Terjemahan dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anak Bermain Di Luar Rumah: Manfaat Outdoor Play, Jenis Aktiviti & Apa Yang Dipelajari

Penulis

Noor