6 Cara Untuk Pastikan Bilik Tidur Anak Anda Selamat Lagi Sihat

Bilik tidur anak anda harus bebas dari bahan kimia atau aksesori bahaya. Semak artikel ini untuk pastikan 6 cara bilik tidur tersebut selamat buat si manja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana ingin pastikan bilik tidur anak anda selamat?

Amat penting untuk memastikan bilik tidur yang khas untuk si manja selamat buat mereka.

Bukan apa, bayi anda akan meluangkan masa sekurang-kurangnya 14 hingga 16 jam setiap hari dalam bilik tersebut. 

Keperluan bayi anda pada masa ini masih terhad kepada nutrisi, penjagaan dan kasih sayang dari keluarganya. Bayi anda tidak patut didedahkan kepada bahan kimia yang berbahaya pada kesihatannya.

Jadi, jom semak macam mana nak pastikan bilik mereka selamat lagi sihat. 

Berikut adalah beberapa petua yang anda boleh ikut:

1. Beli katil / “cot” bayi dengan pelepasan kimia yang rendah

Katil bayi dengan unsur kayu atau “particleboard” mengeluarkan bahan kimia yang berbahaya jadi adalah terbaik untuk mengelak guna katil berasaskan bahan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemasan berasaskan air adalah disyorkan sebagai pilihan yang lebih selamat.

Kami ada senarai katil bayi terbaik dan selamat yang ibu boleh dapatkan di sini.

2. Pastikan tilam berkualiti tinggi dan selamat

Bayi anda akan terdedah kepada bahan kimia dari dalam tilam yang berkualiti rendah.

Tilam-tilam ini mengandungi bahan kimia “fire retardant” yang digunakan untuk mengelak kebakaran dan sering disembur pada pokok Krismas malah juga perabot.

Tilam bayi organik yang berkualiti tinggi adalah disyorkan untuk keselamatan bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Dapatkan perabot dengan kayu asli 

Kayu yang ditekan dan kayu berlamina semuanya sangat berbahaya kerana ia membebaskan bahan kimia ke udara yang boleh dihidu oleh bayi anda.

Perabot buatan kayu asli adalah lebih selamat walaupun ia mungkin lebih mahal.

Jika anda tak dapat membeli perabot kayu asli, anda boleh mengecat atau menyembur perabot anda dengan “safety coating” yang boleh menghalang bahan kimia daripada dibebaskan ke udara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Safety coating” senang didapati dari kedai perkakasan berdekatan anda.

4. Elakkan aksesori dalam katil yang berbahaya

Ada kanak-kanak yang maut kerana lemas dalam katil sendiri, ya!

Aksesori seperti kusyen atau mainan lembut boleh mendedahkan bayi anda kepada bahan kimia berbahaya malah memberi risiko mereka lemas.

Belilah kusyen dan mainan yang diperbuat daripada kapas organik untuk memastikan keselamatan bayi anda.

Jika kapas organik tidak dapat dijumpai, pastikan anda vakum dan basuh aksesori dengan kerap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Pilih cat dengan tahap VOC yang rendah atau tiada VOC langsung

Cat susu semulajadi, cat semulajadi atau organik, cat tiada VOC atau cat rendah VOC adalah lebih baik daripada cat stoksik bukan organik atau cat yang mengandungi tahap VOC tinggi yang boleh didapati secara meluas di kedai-kedai.

Anak anda bakal duduk lama dalam bilik mereka. Jangan undang bahaya yang tak disedari!

6. Amalkan langkah keselamatan

Elakkan daripada mengguna plastik, terutamanya PVC, di dalam bilik anak anda.

Selepas menyiapkan bilik untuk anak anda, termasuklah cat, biarlah bau toksik cat hilang sebelum memindahkan bayi dan barangan bayi ke dalam bilik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba untuk menggunakan bahan-bahan organik seperti rami, kapas organik, dan buluh untuk keperluan bayi anda.

Selamat mencuba, ibu bapa semua!

Baca juga:

Bayi maut kerana lemas dalam selimut, ibu ini berkongsi kisahnya

Penulis

Michelle Goh