Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

Anda pernah tak buat urutan pada tubuh bayi ketika mereka sembelit atau kolik? Cara urut bayi yang betul dapat membantu si kecil rasa lebih selesa, tidur nyaman dan cerdas setiap hari!

Bayi sering alami muak susu (kolik) dan sembelit  masalah aliran susu atau saluran usus sekaligus menyebabkan bayi rasa kurang selesa. Untuk membantu kalian, hari ini kami di theAsianparent Malaysia akan mengajar anda cara urut bayi yang betul dan urutan untuk bayi berak supaya dapat mengurangkan ketidakselesaan ini. 

Pada peringkat terakhir kolik, bayi akan menangis lebih dari tiga jam sehari atau setiap minggu. Sekaligus, ia menimbulkan tekanan dari pelbagai sudut sama ada kepada bayi atau ibu bapa.

Sebelum urut bayi, perhatikan tanda-tanda sembelit seperti perut keras, menangis sebelum berak, kekeringan (najis keras) dan kurang membuang najis dalam seminggu. 

12 cara urut bayi kolik dan sembelit, jom kita cuba!

Urutan untuk bayi berak ini bukan sahaja mudah, malah bagus dilakukan setiap hari agar si kecil rasa lebih selesa, tidur nyaman dan cerdas.

Walaupun sembelit dan kolik sering mencetuskan rasa panik anda, namun ia adalah normal. Akan tetapi, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan cuba cara urut bayi yang berkesan ini supaya bantu ketidakselesaan si kecil. 

Cara urut bayi ini merupakan sesuatu yang baik kerana ia dapat melegakan gas perut dan membantu pergerakan najis bayi. Berikut adalah langkah-langkah urutan untuk bayi berak:

  1. Letakkan bayi dalam posisi berbaring dengan tubuhnya menghadap anda.
  2. Semasa mengurut, fikirkan perut bayi seperti jam dengan kedudukan jam 12 di atas bahagian perut dan jam 6 di pangkal paha serta jam 3 dan 9 di kiri kanan. 
  3. Gunakan hujung jari anda, dan perlahan-lahan lingkari kepala bayi. Kekalkan hubungan mata dan cari tanda atau isyarat bayi gembira untuk anda teruskan urutan. 
  4. Ambil sedikit minyak bayi dan letakkan sejumlah kecil di telapak tangan. Gosok tangan bersama minyak tersebut bagi menghasilkan haba terutama sekitar hujung jari. 
  5. Letak tangan kanan ke perut bayi dan perlahan-lahan licinkan tangan ke arah pangkal paha. Ulangi gerakan dengan tangan kiri sehingga anda mendapat gerakan ‘roda air’. 
  6. Seterusnya, letak ibu jari di tengah perut bayi dan luncurkan tangan ke arah pinggang. Pastikan tindakan anda tegas tapi penuh kelembutan. 
  7. Mulakan dengan ‘gerakan matahari’ iaitu tangan kiri berada di kedudukan jam 7. Kemudian ratakan telapak tangan dan gosok bulatan di sekitar perut yang berakhir pada jam 7.
  8. Bergerak ke ‘gerakan bulan sabit’ Dengan tangan kanan bermula pada jam 12 dan gerak di sekitar perut dan berakhir pada jam 6.
  9. Langkah seterusnya, gabungkan kedua-dua gerakan bulan dan sabit bulan dengan tangan kiri melakukan gerakan matahari, sementara tangan kanan lakukan bulan secara serentak.
  10. Untuk legakan perut pada kes kolik, tahan pergelangan kaki bayi dan urut perlahan. 
  11. Seterusnya perlahan-lahan tekan lutut ke arah perut dan tahan kira-kira lima saat. Ulang beberapa kali.
  12. Akhir sekali, letakkan kedua telapak tangan pada perut bayi selama beberapa saat. Selesai. 

Ibu kalau mencari minyak bayi, kami ada senaraikan yang terbaik di sini.

Cara urut bayi ini berkesan untuk memulihkan kolik dan sembelit si kecil. Tapi ia juga mewujudkan masa yang istimewa untuk ibu dan bayi dengan penjagaan yang penuh kasih sayang. Ibu digalakkan untuk lakukan urutan untuk bayi berak ini dengan minyak atau losyen agar anak rasa lebih lega.

cara urut bayi, cara mengurut anak, cara mengurut bayi, cara urutan badan bayi, cara urut tubuh si manja, mengurut anak, urut bayi, tips urut bayi, kaedah urutan pada bayi, cara-cara mengurut tubuh bayi

Apa itu sembelit bayi?

Sembelit biasanya berlaku kepada bayi yang baru mula makan makanan pepejal. Sembelit ialah masalah untuk membuang najis yang biasanya terjadi tidak kira usia. Najis biasanya akan menjadi keras, kering dan lebih berbau busuk.

Jika bayi kelihatan seperti tidak selesa atau sentiasa menangis periksa perut mereka. Sebagai ibu dan ayah, ambil perhatian sekiranya bayi anda kurang membuang dan najisnya menjadi keras. Bukan itu juga, cuba perhatikan jika terdapat darah ketika membuang najis.

Mungkin bayi anda sedang mengalami masalah sembelit. Ibu, anda perlu segera bertindak sekiranya bayi anda berkelakuan seperti itu kerana mereka tidak tahu untuk meluahkan kesakitan yang dirasainya.

Masalah sembelit di kalangan bayi adalah bersifat sementara dan bukan masalah yang serius. Namun, ia juga tetap mencetus kebimbangan di kalangan ibu jika masalah ini terjadi kepada bayi anda. Jadi selain berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut, ibu juga boleh cuba urutan untuk bayi berak di rumah.

Mengapa bayi boleh sembelit?

Masalah sembelit di kalangan bayi biasanya terjadi. Antara sebab masalah sembelit bayi ialah:

1# Kurang pengambilan makanan serat

Kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran akan menyebabkan masalah sembelit. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang mempunyai serat yang tinggi.

Contoh makanan yang berserat tinggi yang sesuai untuk bayi anda ialah buah naga, avocado, betik, brocoli dan sayuran lain. Jangan lupa berikan bayi anda minum air kosong selepas makan.

2# Tukar susu

Urutan untuk bayi berak ini bukan sahaja mudah, malah bagus dilakukan setiap hari agar si kecil rasa lebih selesa, tidur nyaman dan cerdas.

Tukar susu formula bayi juga merupakan antara sebab terjadinya sembelit. Jika masalah ini terjadi kepada bayi anda selepas tukar susu mereka cuba cairkan sedikit susu tersebut dan lihat perubahan pada bayi anda.

Jika masih sama dan tiada perubahan, ini bermaksud susu formula tersebut tidak sesuai dengan bayi anda. Cara terbaik tukar semula susu yang sesuai dengannya.

3# Banyakkan minum air kosong

Beri bayi anda minum air kosong selain susu air kosong juga merupakan bahan terpenting yang diperlukan dalam badan. Air kosong mempunyai banyak fungsi dalam badan selain memberikan oksigen dalam tubuh kita.

Cuba gunakan gelas atau botol yang menarik supaya anak lebih suka untuk minum air kosong. Lama kelamaan pasti mereka akan terbiasa untuk minum air kosong tanpa disuruh dan terpaksa.

Namun begitu, mesti ingat ya, hanya bayi 6 bulan ke atas sahaja boleh minum air kosong. 

Tanda-tanda anak sembelit

Sembelit bukan sahaja sukar untuk membuang air besar tetapi buang air besar dengan najis keras, najis berdarah ketika pada najis juga antara masalah sembelit. Tanda-tanda anak sembelit yang perlu ibu dan ayah tahu ialah:

  • Perubahan tingkah laku – contohnya bayi terlalu meneran ketika membuang air besar, menangis tidak tahu punca dan mengambil masa lama
  • Perut mengeras – sekiranya bayi anda sembelit perutnya akan mengeras untuk memastikannya ibu sila periksa perut bayi anda
  • Kurang selera makan dan tidak mahu menyusu – Bayi anda mungkin akan menjadi kurang selera makan jika mereka mengalami sembelit

Kami ada senarai susu yang bagus untuk mengelakkan masalah sembelit pada si comel anda di sini.

Tips lain untuk kurangkan bayi sembelit

Berikut adalah beberapa petua yang boleh membantu mengurangkan sembelit pada bayi:

  • Pastikan bayi anda mendapat cecair yang mencukupi, terutamanya jika mereka diberi susu formula. Tawarkan air atau jus buah-buahan yang dicairkan (seperti jus prun) untuk membantu melembutkan najis dan menggalakkan pergerakan usus.
  • Jika bayi anda telah mula makan pepejal, tambahkan makanan berserat tinggi ke dalam diet mereka seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Mulakan dengan jumlah yang kecil dan secara beransur-ansur meningkat seperti yang diterima.
  • Galakkan anak lakukan tummy time untuk membantu menggalakkan pergerakan usus.
  • Urut perlahan-lahan perut bayi anda mengikut arah jam untuk membantu merangsang pergerakan usus.
  • Galakkan pergerakan dengan membiarkan bayi anda bermain dan merangkak.
  • Jika bayi anda mengambil sebarang ubat, semak dengan pakar pediatrik anda untuk mengetahui sama ada mereka mungkin menyumbang kepada sembelit.
  • Jika bayi anda diberi susu formula, pastikan formula itu sesuai dengan umur dan keperluan mereka.
  • Jika sembelit bayi anda berterusan atau disertai dengan gejala lain seperti demam, muntah, atau darah dalam najis, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
  • Ibu yang menyusu badan pula juga boleh mengubah tabiat pemakanan ibu agar anak tidak sembelit. Pemakanan ibu secara tidak langsung memberi kesan kepada pencernaan anak.
  • Untuk ibu yang menyusu badan juga, digalakkan kurangkan minuman berkafein.

Manfaat mengurut bayi ibu perlu tahu

Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

Mengurut bayi anda mempunyai beberapa faedah, termasuk:

  • Mengurut bayi anda boleh membantu anda merapatkan hubungan dengan mereka, memberikan rasa selesa dan selamat.
  • Mengurut boleh membantu menenangkan bayi anda, mengurangkan keresahan dan menggalakkan anak lebih relaks.
  • Mengurut bayi anda sebelum tidur boleh membantu meningkatkan kualiti dan tempoh tidur.
  • Mengurut perut bayi anda mengikut arah jam boleh membantu melegakan gas dan sembelit, menggalakkan pencernaan yang sihat.
  • Mengurut boleh membantu merangsang sistem saraf bayi anda, yang boleh menggalakkan perkembangan otak dan meningkatkan kemahiran motor.
  • Urutan yang kerap boleh membantu meningkatkan sistem imun bayi anda, menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.
  • Mengurut boleh membantu mengurangkan tekanan anda dan bayi, sekaligus menggalakkan persekitaran yang positif dan damai.
  • Membantu meningkatkan tumbesaran bayi
  • Membuat bayi berasa tenang, keadaan otot menjadi lebih relaks.
  • Membantu mengurangkan masalah sembelit
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Meningkatkan berat badan
  • Tingkat rangsangan sentuhan antara bayi dan ibu

Secara keseluruhan, urutan untuk bayi perut kembung adalah salah satu cara terbaik untuk bonding dengan bayi anda. Ia membuatkan anak rasa lebih rapat dan selamat dengan anda.

 

Adakah penggunaan gripe water selamat untuk bayi perut kembung?

Gripe water untuk apa? Ini mungkin persoalan ramai ibu dan ayah apabila mencari tips untuk tenangkan anak sembelit.

Gripe water ialah ubat yang digunakan untuk bayi ketika mengalami masalah perut kembung, menghilangkan sedu dan ubat untuk sakit gusi semasa bayi tumbuh gigi. Antara bahan yang terdapat di dalam gripe water ialah, natrium bikarbonar, halia, adas, likuoris, kayu manis, air jintan, bunga chamomile, kapulaga, peppermint dan lemon. 

Gripe water untuk bayi selamat digunakan, keberkesanannya juga diperkatakan dari mulut ke mulut. Buat ibu baru yang mengalami masalah ini boleh cuba gripe water untuk bayi anda.

Perlu diingatkan, beri water gripe mengikut sukatan yang diberikan. Dapatkan nasihat doktor anda jika tidak pasti.

Jangan ambil mudah!

Sembelit di kalangan bayi boleh menjadi lebih teruk dan menyakitkan jika tidak dirawat. Sebagai ibu ayah, anda perlu memastikan keadaan dan pemakanan bayi teratur.

Segera dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor jika anda berasa bimbang dapatkan kepastian daripada doktor adalah lebih baik.

Sekiranya anda telah mencuba segala-galanya termasuk urutan untuk bayi berak ataupun menukar susu formulanya, namun masih tidak menjadi dan hadir juga simptom seperti demam, kami cadangkan untuk membawa berjumpa doktor.

Semoga perkongsian ini membantu anda!

1.BMJ Journal (n.d.). Intussusception in a 7-week-old baby https://Intussusception in a 7-week-old baby | BMJ Case Reports

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Kelebihannya Jika Anda Urut Bayi Sebelum Kena Cucuk Atau Ujian Darah – Kajian

Baca juga: Minyak Bayi Terbaik Untuk Masalah Perut Kembung, Buat Anak Rasa Lebih Lega & Selesa!

Baca juga: Buah Untuk Bayi 6 Bulan, Tinggi Kandungan Serat & Vitamin Elak Si Manja Sembelit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!