Panik Bila Anak Tiba-Tiba Hilang Dari Pandangan, Ini Panduan Cari Anak Di Tempat Ramai Orang

Cari anak hilang ketika di tempat yang penuh sesak boleh membuatkan ibu ayah panik. Beberapa tips ini amat berguna untuk anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes cari anak hilang sememangnya menjadi salah satu masalah yang sering dihadapi oleh segelintir ibu bapa, terutamanya yang mempunyai ramai anak. Kadang kala itu sampai berjam-jam mencari anak di tempat awam, tapi masih tidak berjaya ditemui. Risau sungguh.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tips untuk ibu ayah lakukan untuk memastikan anak sentiasa selamat
  • Tips lain untuk cari anak hilang dengan cara yang betul

Sekarang ini pula musim berbelanja sempena lebaran yang bakal menjelang tiba, makin ramailah keluarga di luar sana yang keluar berbelanja barangan keperluan untuk menyambut hari raya.

Tips mudah cari anak yang hilang di kawasan terbuka

Jadi, ibu ayah di luar sana perlu tahu beberapa tips untuk memastikan anak-anak kecil anda sentiasa selamat ketika berada di tempat keramaian di luar sana.

Jangan risau, kami akan memberikan beberapa tips berguna untuk ibu ayah di luar sana. Mungkin boleh bermula untuk praktik tips-tips ini jika anda ada perancangan untuk keluar ber-shopping nanti.

Anak yang sedang membesar sememangnya aktif. Anda sebagai ibu ayah pun kadang-kadang tak akan mampu mengawal pergerakan mereka yang berlari dan kejar-mengejar ke sana ke sini. Lebih-lebih lagi jika mereka berada di dalam fasa membesar dan menerokai dunia sekeliling.

Seorang pengguna TikTok, Jess Martini ibu ayah boleh lakukan tips-tips yang kami sediakan ini sebelum keluar dari rumah jika ingin ke kawasan yang ramai orang. Perkongsian ini telah diberikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu Jess Martini.

  • Pakaikan anak-anak anda dengan baju yang warna terang. Contohnya kuning, oren, merah, ungu, dan sebagainya. Yang penting, jangan hitam, biru gelap, atau putih. Sukar untuk mencari mereka nanti.
  • Ambil gambar anak-anak terlebih dahulu dengan menampakkan pakaian mereka dari kepala hingga ke kaki. Pastikan nampak warna baju mereka dengan jelas.
  • Tuliskan nama anda/pasangan berserta dengan nombor telefon anda, jikalau mereka hilang dari pandangan, mungkin orang lain boleh menghubungi anda.

Tips lain untuk cari anak hilang dengan cara yang betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini pula merupakan tips jika anak anda hilang dari pandangan dan anda tidak menjumpai anak anda.

  • Cuba untuk mengingati tempat terakhir anda melihat kelibat anak. Jangan pergi terlalu jauh lagi, cuba untuk cari anak di sekitar kawasan berkenaan dahulu.
  • Mula untuk mencari dengan 'kuat'. Maksudnya, teriakkan nama anak sekeras yang mungkin sambil memberikan ciri-ciri anak anda supaya didengari oleh orang ramai. Mana tahu ada yang ternampak, boleh mereka membantu anda cari anak yang hilang.
  • Pergi ke meja informasi dan beritahu pihak di situ bahawa anak anda telah hilang.
  • Semak ke tandas juga, kadang-kala anak-anak akan mengikut orang lain ke tandas dan tempat tertutup.

Perlu diingatkan bahawa tindakan bersuara lantang ini amat penting kerana dapat memberi tahu kepada semua orang bahawa seorang kanak-kanak telah hilang dan secara tidak langsung anda melibatkan orang sekeliling dengan pencarian.

Semoga artikel ini memberikan manfaat buat ibu ayah di luar sana. Pesanan kami, lebih baik nampak sebodoh mungkin ketika mencari anak, daripada berasa kesal di kemudian hari gara-gara anak hilang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jaga diri dan jaga anak masing-masing ya, ibu ayah sekalian! :)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Jerit Kuat-Kuat & Libatkan Orang Ramai, Petua BERKESAN Jika Mencari Anak Hilang di Tempat Sesak

Baca Juga: Kanak-Kanak Hilang Ketika Berkhemah Bersama Keluarga Ditemui Selamat Selepas 18 Hari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca Juga: Kanak-Kanak Hilang Selepas Ditinggalkan Tidur Berseorangan Dalam Bilik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.