Kesan pandemik telah menjejaskan orang ramai dalam pelbagai aspek, terutamanya pendapatan keluarga. Bagi yang hilang punca rezeki, mereka pastinya terpaksa keluar cari kerja baharu bagi menyara anak-anak.
Meskipun agak sukar namun hidup perlu diteruskan. Sebagai ketua keluarga, anda semestinya memainkan peranan penting dalam mencari rezeki dan memenuhi keperluan seisi keluarga.
Bapa cari kerja diuji dengan tayar motosikal pancit
Menurut perkongsian lelaki yang dikenali sebagai Syed Hassen, dia telah ditakdirkan terjumpa dengan dua beranak ketika berada di jalan raya.
Aku jumpa atas jambatan Penang menghala ke pulau tadi. Seorang ayah bersama anak berusia enam tahun menaiki motosikal RC jenis lama tengah panas rembang.
Mereka datang dari Bagan Datoh, Perak. Datang ke Pulau Pinang nak pusing-pusing sebab tengah cari kerja. Anak dia lapan orang, umur abang ni lingkungan hujung 40 tahun.
Motosikal dinaiki oleh mereka telah mengalami tayar pancit pada bahagian tayar belakang. Aku minta nak tumpangkan mereka, tetapi ditolak. Mungkin dia takut aku bawa lari anak dia.
Kemudian aku bawa dia ke bengkel motosikal dekat Jelutong, tukar tayar luar dan dalam. Separuh jalan dah teruk sagat tayar dia. Lebih 10km dia tolak motor dan anak dia duduk dekat depan.
Lepas itu bawalah mereka makan dekat Nasi Kandar Deen. Setelah siap, dia bagi nombor telefon dan ingin teruskan perjalanan untuk balik ke rumah.
Mungkin dia dah terlalu penat dan letih sangat. Aku cuma dapat tolong dia tukar tayar dan belanja makan. Semoga urusan dia dipermudahkan.
Lepas aku minta nombor telefon dia, aku ada call tapi tiada sebarang bunyi. Dia pun keluarkan telefon, rupanya bateri telah kong.
Dia macam guna telefon brand China yang paling murah. Memang tekan pun plastik semata-mata.
Sedih betul teman dia tadi. Sepanjang aku duduk dengan dia, dia senyum sentiasa walaupun aku faham, dia datang dari jauh memang betul-betul perlukan bantuan.
Pengorbanan seorang ayah yang jarang kita nampak
Jika peranan ibu sentiasa disanjung, pengorbanan seorang ayah juga tidak boleh dilupakan dalam keluarga.
Meskipun ramai tidak nampak apa yang seorang ayah lakukan dalam keluarga, namun sebenarnya terlalu banyak dia berusaha bagi memastikan segala keperluan isteri dan anak-anak dipenuhi.
#1. Duit yang diperoleh bukan untuknya lagi
Jika anda perasan kebanyakan lelaki atau ayah sentiasa pakai pakaian yang sama sahaja. Dia bukannya tidak mahu beli yang baharu, tapi memikirkan adalah lebih baik simpan duit yang ada untuk beli lampin anak, barang dapur atau simpan untuk belanja sekolah.
#2. 24 jam sehari tidak cukup
Ayah perlukan lebih banyak masa. Memandangkan mereka memikul tanggungjawab besar terhadap keluarga, nafkah makan dan minum anak-anak hendaklah disediakan.
Masa tidak lagi ditentukannya sendiri, kerap kali keluarga yang menentukan masa ayah, di mana dia perlu berada dan pada waktu bila.
#3. Ayah seorang yang berahsia
Salah satu kelebihan ayah ialah pandai menyorokkan segala kesengsaraan daripada keluarga. Biar dia seorang yang risau tentang duit cukup atau tidak bulan ini, biar ayah yang pening kepala nak rancang masa depan keluarga.
Bila penat atau tertekan, dia cuba sembunyikan dari anak-anak. Sampai sahaja depan pintu rumah, segala masalah ditinggalkan dan akan tersenyum seperti tiada apa-apa berlaku.
#4. Ayah seorang lelaki yang sering dianggap hero untuk anak-anak
Setiap anak pasti berasa sangat bangga apabila memiliki ayah yang mampu melakukan apa sahaja buat mereka. Misalnya mengangkat barangan berat, mencipta mainan dan melindungi anak-anak dalam ketakutan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Sanggup Berhujan & Berpanas Teman Ayah Jual Aiskrim, Tertidur Kerana Kesejukan
Baca juga: Jatuh Air Mata Seorang Ibu, Anak Berlari Bawa Anugerah Cemerlang Ke Pusara Ayahnya
Baca juga: Ibu Dah Meninggal, Kini Ayah Yang Uruskan Anak Sampai Tersalah Beli Saiz Baju Sekolah