Bau mulut ketika puasa adalah perkara normal. Tapi bau mulut ini juga membuatkan kita rasa tidak yakin dan tidak selesa untuk berinteraksi dengan orang lain.
Tapi jangan risau lagi. Hari ini, kami sediakan tip untuk mencegah bau mulut semasa bulan puasa dari Dr. Nicholas seorang doktor di Hospital Panti Palimirma, Malang, Indonesia.
Selepas ini tiada lagi bau mulut ketika puasa yang kurang menyenangkan!
Punca bau mulut semasa puasa
Sebelum mengetahui cara untuk mencegah bau nafas yang busuk, kita perlu memahami apa punca terjadinya bau yang kurang enak ini.
Berikut antara sebab-sebabnya:
- Ada bakteria dan plak pada gigi, lidah, serta mukosa mulut.
- Tidak membersihkan gigi dan mulut dengan betul.
- Kondisi mulut kering sehingga aliran air liur dalam mulut berkurang. Jadi ia tidak boleh membersihkan mulut menggunakan air liur yang cukup.
- Makan makanan dan minuman yang berpotensi meninggalkan bau yang kuat.
- Masalah kesihatan yang terjadi bukan di mulut, misalnya di hidung, sinus, kerongkong, atau pencernaan.
Cara mengatasi bau mulut semasa berpuasa menurut doktor gigi
Dokter gigi Nicholas memberikan 7 langkah mudah untuk mengatasi bau mulut, iaitu:
#1. Menggosok gigi dengan betul dan teratur
via GIPHY
Walaupun jadual makan anda berubah, anda perlu pasikan yang anda masih gosok gigi secara teratur. Gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur.
Jangan lupa untuk gosok lidah anda. Sisa makanan yang tertinggal di area lidah dapat menyebabkan bakteria berkumpul.
Untuk anda kerap menggosok gigi ketika berpuasa juga dianggap makruh, jadi anda boleh berkumur di waktu tengahari.
#2. Bersihkan celah-celah gigi dengan dental floss
Plak dan kotoran yang berkumpul adalah penyebab utama bau mulut. Gunakan dental floss atau benang gigi untuk membersihkan sisa makanan yang tersorok di celah-celah gigi.
#3. Berkumur dengan mouthwash
Setelah menggosok gigi, kumur dengan mouthwash. Pilih ubat kumur perasa mint untuk menciptakan sensasi segar di mulut.
Berkumur apabila anda perlu berjumpa dengan orang, atau menyertai mensyuarat agar keadaan mulit sentiasa segar dan basah. Mulut juga mudah berbau ketika kering!
#4. Minum air banyak
Minum air yang cukup ketika buka puasa dan sahur. Anda juga boleh makan buah-buahan yang banyak mengandungi air.
Elakkan makan makanan masin ketika sahur kerana ia menyebabkan anda menjadi cepat haus.
#5. Kurangkan makanan berbau kuat, berminyak, dan melekit
Makanan berbau kuat seperti bawang putih, durian, dan makanan berempah boleh meninggalkan bau yang kuat di mulut. Selain itu, makanan berminyak dan melekit juga harus dielakkan. Mengapa?
Makanan tersebut akan mudah melekat di dalam mulut dan sukar dibersihkan. Ketika puasa, kondisi mulut cenderung menjadinya kering sehingga mekanisme self-cleansing di dalam mulut yang biasa dibantu oleh air minum menjadi kurang.
Akibatnya, timbul potensi pembentukan plak yang lebih tinggi jika kita sering makan makanan berminyak dan melekit.
#6. Jangan merokok
Kandungan zat-zat aktif dalam rokok mudah tertinggal dan melekat dalam mukosa mulut. Sisa yang tertinggal ini menyebabkan bau tidak sedap serta kotoran di permukaan gigi. Elakkanlah merokok ketika bulan puasa ni, gunakan waktu ini untuk mula berhenti.
#7. Pilih ubat gigi yang mengandungi florida
Kandungan florida dalam ubat gigi akan mengembalikan mineral yang hilang di gigi akibat zat asam yang berasal dari plak, bakteria, dan gula. Tanpa adanya penambahan mineral, gigi menjadi mudah rapuh dan hilang kestabilan.
Selain itu, florida juga berguna untuk menghilangkan akumulasi bakteria jahat yang menyebabkan nafas berbau.
Dalam Islam juga tak menggalakkan anda bercakap banyak ketika berpuasa, jadi ambillah waktu ini untuk kurangkan bercakap, lantas orang pun tidak dapat bau mulut anda tu!
Dengan langkah-langkah mudah di atas, semoga anda boleh menjalani ibadah puasa tanpa dihalang oleh bau mulut.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia
Baca juga:
Di Bulan Ramadan Pun Masih Boleh Berhubungan Intim, Ini Caranya