X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Siapa Cakap Seks Ketika Bulan Puasa Tidak Dibenarkan? Ada Caranya Tau!

4 min bacaan
Siapa Cakap Seks Ketika Bulan Puasa Tidak Dibenarkan? Ada Caranya Tau!

Jika anda ikut 6 tips berguna ini, hubungan seks ketika bulan puasa anda pasti akan lebih umppp. Tiada lagi alasan penat atau tidak larat kerana berpuasa!

Seks ketika bulan puasa bagi suami isteri bukanlah perkara yang dilarang. Namun, mestilah ada aturan tertentu yang harus diikut, kan? 

Salah satunya ialah seks ketika bulan puasa tidak boleh dilakukan pada waktu siang. Aturan tentang hubungan seks ini telah diterangkan dalam al-Qur’an, yakni dalam surah Al-Baqarah ayat 187 yang berbunyi:

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa untuk bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.

Ayat di atas jelas menyentuh tentang hubungan seks ketika bulan puasa, di mana suami isteri haruslah melakukannya di malam hari. Tapi, apa pandangan pakar psikologi mengenai hal ini?

Menurut pakar, ini waktu yang tepat untuk bersetubuh malam puasa

seks ketika bulan puasa

Kredit: iStock

Dr. Boyke Dian Nugraha, seorang pakar psikologi mendedahkan, untuk menjaga keintiman ketika bulan puasa, suami wajarlah membantu isteri melakukan kerja rumah selepas berbuka. Ini supaya isteri tidak kepenatan dan masih ada nafsu untuk berjimak.

Untuk waktu yang paling tepat bagi melakukan seks ketika bulan puasa pula, pakar mengutarakan pelbagai pendapat berbeza.

Profesor Dr Wimple Pangkahila menyarankan suami isteri berjimak selepas berbuka puasa kerana ketika ini, anda sudah bertenaga selepas berbuka. 

Namun, Dr. Boyke pula menyarankan agar hubungan intim dilakukan pada pukul 3 pagi ke atas. Ini supaya anda boleh terus bersahur dan solat subuh. Tapi jangan lupa mandi wajib, ya!

6 tips berguna untuk melakukan seks ketika bulan puasa

Siapa Cakap Seks Ketika Bulan Puasa Tidak Dibenarkan? Ada Caranya Tau!

Kredit: Unsplash

1. Niat sebagai ibadah

Di bulan Ramadhan, setiap amalan yang diniat sebagai ibadah akan mendapat pahala yang berlipat ganda. Begitu juga dengan hubungan jimak suami isteri. 

Lipat gandakan pahala anda dengan berniat melakukan sex malam puasa ini sebagai ibadah dan bukannya untuk melampiaskan nafsu semata-mata.

2. Jangan buat di siang hari

Larangan yang harus diikut oleh umat Islam selama berpuasa ialah tidak makan, minum serta berhubungan intim di siang hari. 

Jika anda mahu mengalihkan perhatian, cuba tambah pahala puasa anda dengan membaca al-Qu’ran mahupun melakukan solat sunat.

3. Berusaha memahami pasangan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Memahami keperluan pasangan adalah salah satu cara untuk anda memperoleh keberkatan itu. Jika pasangan tidak ghairah untuk bersenggama atau untuk lakukan seks bulan puasa, cubalah faham dan jangan memaksanya. 

4. Mandi wajib dengan air panas

seks ketika bulan puasa, bersetubuh di bulan puasa, seks ketika puasa, seks di bulan puasa, seks di bulan ramadhan, bulan ramadhan, bulan ramadan,

Anda wajib mandi junub atau mandi wajib selepas melakukan hubungan seks. Mandi wajib diklasifikasi sebagai membersihkan tubuh dari hadas besar. Mandi wajib dengan air panas boleh membantu membuatkan tubuh kembali segar dan anda boleh bersedia untuk solat.

Jadi, jangan lupa untuk bersihkan diri betul-betul selepas bersama ketika bulan puasa ya.

5. Atur masa dengan bijak

Anda harus menghargai masa ketika di bulan puasa. Bincang dengan pasangan waktu yang terbaik untuk melakukan hubungan intim bila. Adakah lepas berbuka puasa, selepas solat terawih atau ketika waktu sahur?

6. Makan makanan yang berkhasiat

Untuk tubuh anda kekal fit dan bertenaga sepanjang berpuasa, makanlah makanan yang berkhasiat ketika berbuka atau ketika sahur.

Makanan yang berkhasiat dan seimbang mampu membantu mengekalkan tubuh anda agar kekal sihat. Jangan lupa buat senaman ringan ketika ingin berbuka ya!

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Dengan ini juga, anda akan ada lebih banyak tenaga untuk bersetubuh di malam puasa. Cuma ingat, semasa berbuka itu, janganlah makan sehingga tidak ingat dunia.

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: MIMPI BASAH Ketika Puasa, Akan Terbatal Puasa? Wanita Juga Alaminya, Take Note Ya!

Baca juga: Muat Turun Aplikasi Kehamilan Terbaik Ini Dan Ikuti Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Setiap Minggu

Baca juga: Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Siapa Cakap Seks Ketika Bulan Puasa Tidak Dibenarkan? Ada Caranya Tau!
Kongsikan:
  • 6 Tips Puasa Ibu Mengandung Dari Pakar, Supaya Anda Kekal Bertenaga & Sihat Sepanjang Hari!

    6 Tips Puasa Ibu Mengandung Dari Pakar, Supaya Anda Kekal Bertenaga & Sihat Sepanjang Hari!

  • Perut Ngilu, Janin Kurang Gerak, 2 Tanda Ibu Hamil Jangan Teruskan Usaha Puasa, Berbuka Segera!

    Perut Ngilu, Janin Kurang Gerak, 2 Tanda Ibu Hamil Jangan Teruskan Usaha Puasa, Berbuka Segera!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 6 Tips Puasa Ibu Mengandung Dari Pakar, Supaya Anda Kekal Bertenaga & Sihat Sepanjang Hari!

    6 Tips Puasa Ibu Mengandung Dari Pakar, Supaya Anda Kekal Bertenaga & Sihat Sepanjang Hari!

  • Perut Ngilu, Janin Kurang Gerak, 2 Tanda Ibu Hamil Jangan Teruskan Usaha Puasa, Berbuka Segera!

    Perut Ngilu, Janin Kurang Gerak, 2 Tanda Ibu Hamil Jangan Teruskan Usaha Puasa, Berbuka Segera!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.