Demi Sesuap Nasi, Budak Darjah 6 Sanggup Jual Cendawan Tiram Dari Rumah Ke Rumah

Cendawan tiram yang dijual budak sekolah menjadi viral apabila dia dikatakan sanggup 'cuti' sekolah semata-mata ingin mendapatkan sesuap nasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah seorang kanak-kanak yang menjual cendawan tiram dari rumah ke rumah menjadi tular apabila ramai berasa kasihan dan ingin membantunya.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Johor Bahru. Seorang wanita, Rosmaliana Roslan memuat naik perkongsian di Facebook bersama beberapa keping gambar yang tidak mempamerkan wajah sebenar kanak-kanak berkenaan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Wanita kongsi kisah sedih budak jual cendawan tiram.
  • Mengundang pelbagai persoalan dan juga persepsi.

Wanita kongsi kisah sedih budak jual cendawan tiram

Hasil perkongsian oleh Puan Rosmaliana Roslan di laman Facebook miliknya telah mengundang perasaan sebak di hati semua netizen. Menurutnya, budak ini telah datang ke rumah untuk menjual cendawan tiram.

“Dia bagi salam depan rumah datang nak jual cendawan tiram. Saya dekat dalam pada mulanya tak nak beli. Tapi agak lama dia depan rumah sambil duduk dan bagi salam tak putus-putus.

Saya buka pagar dan tengok air muka, Ya Allah kesiannya. Tanya dah makan belum, katanya belum. Saya tanya nak makan tak? Dia kata nak. Saya pelawa masuk dan ajak makan kuey teow goreng (masak untuk sarapan pagi tadi). Alhamdulillah habis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya sempat tanya dia masa makan. Tinggal mana? Ayah dan mak ada tak? Ayah kerja apa? Sekolah ke tak? Katanya tinggal kat Cahaya Baru. Ayah kerja Rela. Mak ada tapi kerja kat Pahang. Balik seminggu sekali.

Adik-adik pun ada lagi, sorang darjah 5 jual cendawan juga tapi kawasan lain. Dia sekolah lagi, darjah 6 tapi katanya ayah suruh cuti harini suruh jual cendawan. Allahuakbar umur lebih kurang anak saya je ni, tapi dah berkorban tolong keluarga.

Mungkin Allah sedang menguji keluarga ini, tapi dalam tak sedar Allah sedang menguji saya juga. Kadang Allah nak uji kita melalui orang lain.

Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki untuk adik ini. Kalau ada terjumpa adik ni, beli lah walaupun satu. Kesian sebenarnya.” Akhirinya.

Mengundang pelbagai persoalan dan juga persepsi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasil perkongsian tersebut telah pun mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen di hantarannya itu ada yang turut bersimpati nasibnya malah ada juga yang mengecam kedua ibu bapa budak ini.

Murah rezeki akak. Hebat. Moga adik ni membesar dengan sihat dan jadi anak yang hebat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Area mana ni. Sepaket berapa? Ada info boleh khabar nanti nak borong.

Tak faham aku dengan mak bapak manusia ni. Anak pulak yang kena cari duit untuk keluarga. Kadang mak bapak sihat jew tapi dah selesa hidup macam tu. Dengan budak ni orang cepat kesian tak beli tapi bagi duit sedekah ke budak.

Sepatutnya tanggungjawab bapa mencari rezeki untuk keluarga. Kenapa suruh anak yang jual bapa buat ape. Rela bukan hari-hari keje pun. Kesian adik ni.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau apa pun, semoga adik ini membesar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berjaya dalam hidup dan sentiasa sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan.

Kepada ibu dan ayah, sentiasalah tunjukkan contoh terbaik untuk anak-anak, bertanggungjawab dan bangkit hadapi ujian hidup demi masa depan yang cerah. Sesungguhnya tiada kerugian dalam kepenatan berusaha.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Sanggup Berhujan & Berpanas Teman Ayah Jual Aiskrim, Tertidur Kerana Kesejukan

Baca juga:  Isteri Pergi Tanpa Berita, Lelaki Ini Tabah Dukung Anak Perempuan Sambil Jual Keropok

Baca juga: Dengan Duit Menjual Teh, Lelaki Ini Bawa Isteri Melancong Ke 18 Buah Negara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani