TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Isteri Pergi Tanpa Berita, Lelaki Ini Tabah Dukung Anak Perempuan Sambil Jual Keropok

14 Jul, 2021
Isteri Pergi Tanpa Berita, Lelaki Ini Tabah Dukung Anak Perempuan Sambil Jual Keropok

Pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan anak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi perlu melaluinya tanpa bantuan seorang isteri

Dalam hidup setiap anak amat memerlukan kasih sayang dan perhatian secukupnya dari ibu ayah. Namun tidak semua dapat merasainya, ada yang sudah ‘kehilangan’ ibu sejak kecil dan menyaksikan pengorbanan seorang ayah yang bekerja keras membesarkan mereka.

Meskipun agak sukar, inilah realiti yang terpaksa dilalui. Masalah suami isteri sehingga berlaku perpisahan sekaligus memberi kesan mendalam terhadap kehidupan anak-anak.

Pengorbanan seorang ayah dalam mencari rezeki

Baru-baru ini telah tular video yang memaparkan seorang lelaki sedang berniaga dalam sebuah kedai makan sambil mendukung anak perempuannya di negara jiran, Indonesia.

pengorbanan ayah

Video dimuat naik menerusi laman Instagram tersebut mendapat perhatian warganet apabila lelaki berkenaan yang memakai kemeja-T berwarna kelabu menggalas beg besar di belakangnya, sambil menggendong anak perempuan dan kedua-dua tangan membawa beberapa plastik keropok kecil untuk dijual.

Kemudian, dua beranak ini dilihat duduk di sebuah meja untuk mengalas perut yang lapar dengan semangkuk bakso dan segelas air sahaja.

Menurut individu yang merakam video tersebut, dia bertanya mengapa lelaki berkenaan membawa anak kecil bersama ketika berniaga. Ternyata jawapan yang diperoleh membuatkannya begitu sebak.

”Ketika ditanya, Mengapa ayah ini membawa anaknya menjual, kerana isterinya tidak tahu pergi ke mana. Jadi tidak ada yang menjaga anak mereka.”

Lelaki berkenaan mendedahkan bahawa dia terpaksa membawa anak bersama ketika keluar mencari rezeki disebabkan oleh isterinya menghilangkan diri tanpa sebarang berita.

Pengorbanan seorang ayah, tidak pernah meminta dari orang lain

Walaupun berdepan ujian hidup sukar, lelaki berkenaan sanggup menolak pertolongan orang ramai yang berasa kasihan melihat keadaannya.

pengorbanan ayah

”Ketika kami ingin menghulurkan sedikit bantuan, Dia berkata sambil tersenyum, Lebih baik beri kepada mereka yang lebih memerlukan.

Disebabkan oleh dia yang tidak meminta-minta dan berhati mulia, pemilik kedai juga nekad memberikan makanan secara percuma.

Dan ketika saya hendak membayar makanan untuk mereka, pemilik kedai mengatakan tidak perlu kerana dia sudah belanja.”

Tanpa disuruh, lelaki berkenaan terus membantu mengangkat pinggan mangkuk serta membersihkan sendiri meja makan yang didudukinya. Pepatah ada mengatakan, ‘orang berbudi, kita berbahasa’.

Pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan anak-anak

Sebagai ketua keluarga dan ‘hero’ kepada anak-anak, sebenarnya terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah. Meskipun pada wajahnya kelihatan tenang, dalam fikiran tersimpan seribu satu masalah yang perlu dihadapi.

Ada beberapa pengorbanan seorang ayah yang tidak pernah mereka beritahu pada anak-anak. Antaranya:

#1. Ayah kecewa bila tidak mampu beli mainan atau makanan kesukaan anak

Setiap ayah yang baik akan berusaha sehabis mungkin untuk melihat anak gembira. Jika mampu, satu kedai mainan mahu diberikan kepada si kecil.

Namun oleh kerana masalah kewangan, ayah akan rasa bersalah apabila tidak dapat memenuhi permintaan anak yang inginkan sesuatu. Tapi bila dapat gaji lebih, perkara pertama sekali ayah akan beli adalah keperluan seisi keluarga!

#2. Ayah berasa sangat penat

isteri tinggal suami

Bebanan tugas harian di pejabat ataupun bekerja sendiri kadangkala membuatkan ayah tidak sempat untuk menjamah nasi. Setiap lelaki bergelar bapa akan berusaha sehabis mungkin mengerah kudrat yang ada bagi mendapatkan sedikit wang.

Bagaimana dia dapat menempuhi rutin sebegini setiap hari, itu adalah rahsia dia. Sebab itulah waktu malam ayah akan lebih mudah tidur kerana siang hari sudah penat bekerja.

#3. Ayah sudah berikan sehabis baik untuk keluarga

Bagi memastikan perbelanjaan seisi keluarga sentiasa cukup, seorang bapa juga sanggup buat overtime sehingga tiada masa untuk bersama.

Meskipun sibuk bekerja, percayalah bahawa ayah hanya ingin berikan yang terbaik demi masa depan anak-anak.

Kadang-kadang situasi ini sukar untuk diterima oleh anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian ibu ayah. Cuti hujung minggu juga tidak dapat duduk bersama sehingga ada anak sanggup tunjuk tanda protes dan meragam di rumah.

Stories Rakan Kongsi
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?
Tips untuk Menjagakan Kulit Bayi Anda. Ibu Ayah, Cuba Tips Ini! No.3 MESTI Buat
Tips untuk Menjagakan Kulit Bayi Anda. Ibu Ayah, Cuba Tips Ini! No.3 MESTI Buat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sebak! Ayah Meninggal Dunia Dalam Kereta Ketika Tunggu Anak Temuduga Kerja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Isteri Pergi Tanpa Berita, Lelaki Ini Tabah Dukung Anak Perempuan Sambil Jual Keropok
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham