Mickey Mouse Yang Berusia 91 Tahun Kini Datang Lagi Dengan Siri Episod Baru!

lead image

Program kartun tv bersiri tikus comel yang diberi nama Mickey Mouse datang lagi dengan episod yang lebih menarik!

Cerita kartun memang tak dapat dipisahkan dengan kanak-kanak. Mereka beranggapan menonton kartun itu menghiburkan hati dengan watak yang disampaikan.

Malah si kecil juga mampu mengingati setiap nama watak dan dialog yang dituturkan daripada cerita kartun berkenaan. 

Apatah lagi kebanyakan daripada kita membesar dengan cerita kartun Mickey Mouse. Atas sebab itu juga, ramai seluruh keluarga di Kuala Lumpur berpusu-pusu ke Mid Valley Megamall Center Court untuk bersama-sama memeriahkan karnival Disney Junior’s Mickey and The Roaster Racers at the Super Charged yang telah diadakan baru-baru ini. 

Cerita kartun Mickey Mouse sambil menyertai aktiviti menarik 

cerita kartun, mickey mouse, mickey, minnie, cerita kartun kanak-kanak, siri episod mickey mouse, mickey & minnie, kartun kegemaran, kartun kegemaran anak, kartun kegemaran kanak-kanak, sejarah mickeymouse, sejarah kartun mickey, Walt Disney

Apa yang menarik pada karnival ini adalah kanak-kanak dan seisi keluarga berpeluang mereka bentuk roadster mereka sendiri, mengimbas ciptaan mereka dan menyaksikannya berubah dalam bentuk 3D seterusnya berlumba atas litar Hotdog Hills dan mercu tanda Kuala Lumpur. 

Pelumba muda berkenaan juga berpeluang menyertai Mickey and Roadster Racers bertemakan kraf dan keseniaan “Lego Duplo”. 

Lebih menyeronokkan apabila kanak-kanak dan orang awam berpeluang bertemu Mickey Mouse dan Minnie Mouse dalam sesi bertemu dan beramah mesra hanya di Karnival Disney Junior’s Mickey and The Roaster Racers at the Super Charged pada 11 hingga 13 Januari lalu. 

Pelanggan Astro boleh menonton cerita kartun bersiri ini di saluran CH 613 setiap Isnin jam 2.30 petang bermula dari 7 Januari. 

Dalam episod tersebut Mickey, Donald, Goofy, Minnie dan Daisy menjalankan aktiviti di garaj bagi menukar kenderaan mereka kepada kereta litar yang luar biasa dan bertenaga. Seterusnya mereka berlumba di lokasi baru yang menggerunkan!

Kronologi animasi Mickey Mouse 

cerita kartun, mickey mouse, mickey, minnie, cerita kartun kanak-kanak, siri episod mickey mouse, mickey & minnie, kartun kegemaran, kartun kegemaran anak, kartun kegemaran kanak-kanak, sejarah mickeymouse, sejarah kartun mickey, Walt Disney

  • Sebelum Walt Disney mencipta Mickey Mouse, beliau dan Ub Iwerks membuat rekaan kartun dengan watak utama seekor arnab yang diberi nama Oswald the Lucky Rabbit. Namun, berlaku pertelingkahan hingga Disney hilang hak ke atas Oswald the Lucky Rabbit. 
  • Bagi mengubati luka dan bersaing dengan watak arnab itu, Walt Disney menubuhkan Walt Disney Animation Studio. 
  • Kemudian, beliau menghasilkan watak serupa Oswald. Namun kali ini, ia merupakan seekor tikus dan namanya Mickey Mouse.
  • Meskipun Mickey dan Minnie Mouse telah berkahwin, namun tiada sebarang majlis perkahwinan ditayangkan dalam kartun bersiri itu. 
  • Mickey dan Minnie telah bernikah sejak tahun 1928. Wah, lamanya perkahwinan mereka dan hidup bahagia hingga kini! 

Jom kenali watak animasi Mickey Mouse ini! 

cerita kartun, mickey mouse, mickey, minnie, cerita kartun kanak-kanak, siri episod mickey mouse, mickey & minnie, kartun kegemaran, kartun kegemaran anak, kartun kegemaran kanak-kanak, sejarah mickeymouse, sejarah kartun mickey, Walt Disney

  • Sejak diciptakan pada 18 November 1928, Mickey Mouse tidak pernah bercakap. Dia hanya tahu ketawa, itupun sekali sekala.
  • Namun, pelukis akhirnya beri kebebasan untuk Mickey bercakap dalam filem yang kesembilan berjudul The Karnival Kid. 
  • Perkataan pertama yang dituturkan adalah Hot Dog! Suara yang dirakam menggunakan suara Walt Disney sendiri. 
  • Perasan tak, Mickey dan Minnie suka pakai sarung tangan? Sebab utama adalah bagi membezakan bahagian badan mereka kerana sewaktu itu TV dan panggung wayang adalah hitam putih. 

Apa yang pasti, Mickey Mouse mempunyai kuasa tersendiri selain watak utama Disney dan ikon kepada Disney Channel. Mickey telah melahirkan ramai artis terkenal seperti Justin Timberlake, Christina Aguilera, Britney Spears, Keri Russell dan ramai lagi. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Iluminasi

Baca juga:

Festival Pokemon Serang Genting Highlands Musim Cuti Sekolah Ini, Jom Bawa Family Pergi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner