X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bawa isteri keluar jalan kejap pun mampu hilangkan penat, bosan dan stres dia

4 min bacaan
Bawa isteri keluar jalan kejap pun mampu hilangkan penat, bosan dan stres dia

Isteri tertekan melakukan kerja rumah yang tak pernah habis dan melayan anak. Suami bawa keluar jalan sekejap pun sebenarnya dah boleh menggembirakan...

Isteri tertekan memang isu yang tak boleh lari dalam rumah tangga. Tapi kalau suami bijak dan faham nak bahagiakan hati isteri yang tertekan, pasti lebih mudah dan aman rumah tangga anda.

Para suami ramai yang tidak faham mengapa isteri cepat tertekan. Mana tidaknya, isteri anda itu pasti akan penat, bosan dan stress jika seminggu menjaga anak tidak berehat.

Itu kalau isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa. Seminggu tak berehat langsung dari ragam anak. Kalau isteri yang bekerja pula macam mana? Merekalah yang keluar bekerja, balik kerja kena uruskan rumah dan anak-anak pula.

Isteri tertekan boleh diatasi dengan cara yang mudah ini

Sebenarnya, nak bahagiakan hati isteri ini senang saja. Mereka tak minta banyak pun.

Percaya tak kalau kami cakap anda bawa isteri jalan-jalan sekejap pun sudah cukup untuk buat stress dan tekanannya hilang?

Ya betul! Cukuplah dengan bawa isteri berjalan-jalan sekejap ja! Janganlah berkira dengan isteri anda itu yang sebenarnya telah berkorban segala-galanya untuk jadi isteri dan ibu terbaik buat anda sekeluarga.

isteri tertekan, isteri stress, isteri tertekan dengan sikap suami, isteri tertekan dengan suami, bawa isteri jalan jalan, bawa isteri keluar jalan

Ramai suami mengelak untuk ajak isteri keluar dan jalan-jalan sekejap dek alasan kalau keluar nanti pakai duit banyak dan suami kepenatan. 

Advertisement

Tapi, ada saja cara untuk bawa isteri tertekan keluar jalan-jalan tanpa mengeluarkan duit. Lagi satu, ya suami mungkin sibuk bekerja dan mencari wang.

Namun ia pasti tak tertanding dengan penat si isteri yang terpaksa menguruskan anak-anak, rumah dan kerja dalam satu masa. Tak percaya cuba anda buat semua tugas isteri itu dalam satu hari.

Pasti mengeluh panjang anda!

Fahamilah isteri tertekan, hiburkan hati mereka…

Sebenarnya, emosi isteri yang tertekan ini sudah boleh dihibur dan ditenangkan jika suami meluangkan masa untuk bawa mereka keluar berjalan-jalan sekejap. Tak payah pergi shopping mall pun tak mengapa!

Anda cuba bawa mereka ke 5 tempat ini dan lihat bagaimana mood isteri tertekan anda boleh berubah dan perkahwinan anda lebih bahagia.

#1 Bawa pusing-pusing taman di rumah

Aktiviti bawa isteri dan anak-anak jalan pusing taman pun sudah cukup menghiburkan buat mereka. Isteri dapat melihat pemandangan, anak-anak juga gembira.

Sementara berpusing dalam taman, kalian juga boleh membeli makanan yang dijual di tepi jalan. Makan dalam kereta sambil melihat pandangan, pasti hilang stress bini itu!

#2 Bawa jalan-jalan ke taman permainan

Tak kelakar ke bawa isteri dan anak-anak ke taman permainan? Eh siapa kata kelakar pula! Okay saja.

Lagipun, taman permainan tempat paling ideal untuk anda seisi keluarga. Anda boleh bawa sebarang bekal untuk dimakan di sana.

Kemudian, bagi anak main papan gelongsor atau buaian. Mesti mereka seronok!

#3 Bawa berkelah

isteri tertekan, isteri stress, isteri tertekan dengan sikap suami, isteri tertekan dengan suami, bawa isteri jalan jalan, bawa isteri keluar jalan

Isteri tertekan kerana asyik terperuk di rumah menghadap kerja rumah yang takkan habis dan kerenah anak yang kadang-kadang menguji kesabaran.

Tapi kalau suami bawa berkelah di hujung minggu pasti rasa seronok sikit hati isteri. Cubalah bawa mereka ke pantai atau mandi air terjun ke… 

Sambil itu, anda buat BBQ atau hidangkan nasi lemak. Wow! Mesti mereka akan berterima kasih pada anda.

#4 Bawa pulang ke kampung

Bawa isteri dan anak-anak pulang ke kampung mesti lagi best. Tapi jangan asyik kampung anda saja ye! Gilir-gilir lagilah bagus.

#5 Window shopping pun sudah cukup!

Bawa isteri keluar jalan kejap pun mampu hilangkan penat, bosan dan stres dia

shutterstock

Siapa kata nak bawa isteri keluar jalan-jalan pasti akan “menelan belanja”? Kalau anda pergi shopping mall, cukuplah sekadar window shopping.

Wanita ini sebenarnya bijak menyesuaikan diri. Jika mereka tahu yang mereka (atau suami) tiada duit, tak adanya mereka nak boros dalam belanja.

Kalau suami susah, isteri juga yang susah! Betul tak?

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?

Anda pula sebagai suami janganlah terlalu berkira dengan isteri. Fahamilah kepenatan dan tekanan yang mereka rasa jika asyik “terperuk” di dalam rumah menguruskan rumah tangga.

Kadang-kadang, mereka pun nak ambil angin dan melihat pemandangan. Jadi jangan berkira untuk bawa mereka berjalan-jalan, ya?

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Suami jangan kedekut dengan isteri, beri semua gaji pada mereka, rezeki lebih banyak! – Luah suami ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Bawa isteri keluar jalan kejap pun mampu hilangkan penat, bosan dan stres dia
Kongsikan:
  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

    Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

    Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham