Sudah Miliki 39 Isteri, 94 Anak & 33 Cucu, Kini Dia Mencari Calon Yang Ke-40, Ada Yang Berminat?

Setiap wanita pastinya tidak sanggup untuk berkongsi kasih suami. Namun, siapa kata cerita poligami tidak menjamin kebahagiaan? Jom baca artikel ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sebelum ini anda hanya mengetahui tentang cerita poligami paling ramai hanya 4 orang sahaja di Malaysia. Namun, berbeza kisahnya dengan seorang lelaki dari India ini.

Dia berjaya memiliki isteri seramai 39 orang, anak 94 orang dan 33 orang cucu masih merasakan bahawa kehidupan keluarga masih tidak lengkap.

Bukan itu sahaja, lelaki yang dikenali sebagai Ziona Chana benar-benar mengatakan secara terbuka untuk menambah seorang lagi isteri bagi mencapai kesemua jumlah isterinya menjadi 40 orang.

Cerita poligami tentang Ziona bersama kesemua isteri, anak-anak dan cucu-cucunya adalah mereka dikatakan tinggal bersama di kawasan daerah timur laut terpencil India iaitu Mizoram.

Cerita poligami yang ‘rare’

kredit foto: sumber

Berdasarkan laporan Reuters, seluruh keluarga besar ini tinggal di sebuah bangunan yang setinggi empat tingkat.

Dengan menyediakan 100 buah bilik, ia menjadi sebuah kediaman bahagia yang menghimpunkan keseluruhan keluarga Ziona dan dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam bangunan ini, dia memiliki sebuah bilik peribadinya. Manakala bilik anak-anak Ziona akan disediakan asing mengikut ibu mereka di rumah tersebut.

Antara ruang yang menghimpunkan kesemua ahli keluarga adalah di bahagian dapur. Rutin harian mereka amat sibuk dan anak-anak Ziona saling bekerjasama melakukan kerja rumah.

Contohnya, anak perempuan akan diberikan tugas untuk mencuci pakaian dan membersihkan rumah.

Tugas memasak dan menyediakan hidangan setiap kali waktu makan diberikan sepenuhnya kepada 39 orang isteri Ziona.

Anak-anak lelaki pula diberikan tanggungjwab untuk terlibat dengan menternak binatang serta bercucuk tanam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keperluan asasi seluruh keluarga besar ini seperti nasi memerlukan 90 kg dan 58kg kentang bagi setiap hari.

Meskipun memiliki keluarga yang seramai beratus orang ini jarang diketahui dan begitu unik bagi segelintir masyarakat, ia adalah sesuatu perkara yang biasa dalam kelompok agama yang dipimpin oleh dirinya sendiri iaitu dikenali sebagai ‘’Chana’’.

Bukan itu sahaja, pegangan mazhab ini didirikan sekitar tahun 1942. Penduduk setempat juga berkongsikan bahawa dia melihat Ziona gemar memiliki banyak isteri yang menemaninya ke mana sahaja dia pergi.

Ziona menikahi isteri pertamanya ketika dia berusia 17 tahun dan isterinya pula 20 tahun. Hari kian berganti begitu juga dengan Ziona yang menambah jumlah isteri dengan begitu cepat saban tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: sumber

Bahkan dia dikatakan pernah menikahi 10 orang wanita hanya dalam tempoh satu tahun. Bagi meneruskan legasi keluarganya, Ziona begitu serius untuk mendapat seorang lagi isteri yang ke-40. 

‘’Saya sudah lama bersedia untuk memperbanyakkan bilangan ahli keluarga dan bersedia untuk pergi jauh lagi dengan sesiapa yang menerima saya sebagai suami,’’ katanya.

Tambah Ziona lagi, dia memiliki kelebihan berbanding lelaki lain kerana dia berkebolehan dalam merawat orang yang memerlukan bantuannya.

Hal ini sekaligus menyebabkan sesiapa yang menjadi isterinya adalah insan yang paling beruntung!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips melayan isteri ramai

Kredit foto: sumber

Untuk suami-suami di luar sana, bukan wang ringgit yang isteri mahukan. Anda tersilap jika memanjakan isteri dengan wang ringgit dan intan permata.

Jauh di sudut hati seorang isteri sebenarnya dia menginginkan perkara lain. Antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Sediakan nafkah batin secukupnya

Segelintir berpendapat bahawa nafkah batin adalah hanya di atas katil sahaja. Sebenarnya tugas untuk melindungi keseluruhan isteri dan keluarga terletak pada bahu anda.

Sentiasa ada untuk isteri di saat mereka memerlukan anda seperti menemani mereka ketika melalui detik-detik kecemasan atau menjadi mangsa jenayah.

#2. Memberikan pelukan mesra

Masa yang paling terbaik adalah dengan menyelitkan kejutan buat isteri. Jika isteri sibuk mencuci pinggan mangkuk di dapur, suami perlulah memberika pelukan secara spontan.

Pastinya isteri akan berasa teruja dan lebih dihargai. Pelukan sebegini tidak akan sama dengan pelukan ketika di ranjang.

#3. Sentiasa menghargai pasangan

Jangan pernah lupa akan tarikh-tarikh penting pasangan anda. Sekiranya pada hari berkenaan adalah hari lahir isteri, sambutlah ikut kemampuan anda tanda anda begitu menghargai kehadiran dirinya dalam hidup anda.

Untuk lebih menceriakan hati isteri, berikan hadiah yang isteri gemari seperti bunga atau coklat mahupun koleksi pakaian baru.

Sebenarnya, bukan harga barangan yang diberikan membuatkan isteri gembira, tapi nilai penghargaan seorang suami yang tiada tandingan.

#4. Perhatikan perubahan yang berlaku pada isteri

Ramai lelaki tidak mengambil berat akan hal ini. Sebagai suami yang penyayang, anda perlu memerhatikan jika terdapat perubahan kecil yang berlaku.

Anda perlu pandai menilai perkara yang telah berbeza dari semalam seperti jika isteri memotong rambutnya, berikan pujian bagi menambat hatinya.

#5. Mengadakan percutian keluarga

Dalam menjaga setiap keharmonian rumah tangga, anda perlulah merancang sebuah percutian yang cukup bermakna buat setiap isteri.

Ia mampu mengurangkan segala beban mahupun tekanan yang dihadapi oleh isteri dan anak, selain mampu menambahkan kenangan-kenangan manis bersama anda.

Menjalani kehidupan bermadu bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, sebagai suami yang bertanggungjawab anda perlu bijak menjaga hubungan bagi setiap isteri serta memenuhi setiap permintaan mereka.

Jika layanan yang baik dan adil diberikan kepada setiap isteri, sudah tentu mereka akan menjaga anda dengan sebaik mungkin tanpa sengaja mewujudkan persengketaan.

Sumber: Kepoid, Sirap Limau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperasaan-isteri-pertama-dimadukan