Ibu Keluar Ambil Juadah Berbuka, Balik Rumah Meraung Anak MAUT Terjatuh Tingkat 12!

Cerita sedih yang cukup menyayat hati apabila anak meninggal dunia selepas terjatuh di kediaman mereka di sebuah kondominium sewaktu ibu keluar mengambil juadah berbuka puasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbagai cerita sedih yang kita dengar terutama bila membabitkan bayi dan kanak-kanak. Seperti mana kejadian yang sekelip mata saja berlaku pada satu keluarga ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cerita sedih anak jatuh tingkat 12 kondominium
  • Tinggal sekejap dengan adik 7 bulan
  • Tak kunci pintu bilik
  • Rawatan yang boleh dilakukan
  • Langkah pencegahan untuk elak anak terjatuh

Difahamkan, semasa kejadian berlaku, ibu kepada dua beradik ini baru saja meninggalkan mereka sekejap di dalam rumah disebabkan dia ingin turun untuk mengambil juadah berbuka puasa.

Namun sepulangnya ke rumah semula, ibu tersebut terkejut apabila mendapati anak perempuannya yang berumur 4 tahun, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 12 di sebuah kondominium yang terletak di Ampang Utama, Selangor.

Cerita sedih anak jatuh tingkat 12 kondominium

Melalui laporan media, kejadian cerita sedih ini disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas di kondominium tersebut.

Pengawal keselamatan itu, menjumpai mayat seorang kanak-kanak perempuan itu sebelum melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof berkata, sebaik sahaja menerima laporan berkenaan daripada pengawal tersebut, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian.

Tinggal sekejap dengan adik 7 bulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut cerita, mangsa merupakan anak sulung daripada dua adik beradik dan semasa itu bapanya yang berumur 51 tahun keluar untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.

Sementara itu, ibunya yang berumur 27 tahun pula tinggal bersama anak-anaknya di rumah iaitu mangsa dan anaknya yang seorang lagi berumur tujuh bulan pada sekitar pukul 5.30 petang.

Tak kunci pintu bilik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara ibunya keluar sekejap meninggalkan anak-anaknya untuk mengambil juadah berbuka puasa di tingkat bawah tanpa mengunci pintu bilik.

Tapi malangnya, selepas pulang semula ke rumah dia terkejut melihat pintu koridor rumah terbuka lalu mendapati anak perempuannya itu telah jatuh dari balkoni rumah mereka ke tingkat tiga bangunan berkenaan.

Lantas dengan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan tengkorak pecah lalu disahkan meninggal dunia pada jam 7.33 malam.

Mangsa juga mengalami kecederaan di bahagian luaran dan dalaman di atas kesan jatuh dari tempat tinggi.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 33 di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

***********

Jatuh adalah kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia terutama yang berumur 1 hingga 4 tahun.

Contoh boleh berlaku di mana sahaja misalnya dari perabot, tangga, beranda, baby walker, di padang permainan atau semasa menggunakan alat permainan mereka.

Akibat dari jatuh tersebut, kanak-kanak mudah mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti calar, terseliuh, kulit menggelupas, patah, pengsan, bengkak kepala, berdarah telinga, kecederaan organ dalaman dan kematian.

Rawatan yang boleh dilakukan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika berlakunya kecederaan yang teruk, ibu bapa boleh melakukan rawatan awal seperti berikut:

– Jika anak mengalami kecederaan kecil seperti calar dan terseliuh, tekap kawasan yang cedera itu dengan air batu. Kemudian, berikan anak ubat tahan sakit seperti paracetamol bagi mengurangkan kesakitan. Kemudian, rehatkan anggota badan yang tercedera itu.

– Sekiranya anak mendapat luka, cuci dengan air dan tekap kawasan cedera dengan ibu jari dalam beberapa minit bagi menghentikan darah yang mengalir dan rehatkan anggota yang tercedera. Kemudian, balut dengan kain bersih.

– Jika mengesyaki tulang anak patah, balut dahulu dengan selimut dan kain yang tebal atau bantal bagi menghalang pergerakan. Gunakan kain untuk ampu bahagian tulang yang patah sebelum dibawa ke hospital.

– Perhatikan kawasan yang dibalut tadi supaya pergerakan darah dalam keadaan baik. Longgarkan balutan jika kulit anak menjadi sejuk atau berubah warna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Jika anak cedera teruk sampai pengsan dan tidak sedarkan diri, segera bawa ke hospital.

Langkah pencegahan untuk elak anak terjatuh

Bagi mengurangkan risiko kecederaan anak terjatuh, berikut langkah pencegahan yang ibu ayah boleh lakukan

  • Pagarkan anak tangga bawah dan pintu rumah. Serta letak lampu tangga di semua tempat tersebut.
  • Pastikan anda tidak membiarkan anak berseorangan di tempat tinggi seperti tangga, beranda dan lain-lain.
  • Lap lantai jika ada tertumpah air supaya tidak lincin.
  • Elakkan meletak perabot berdekatan dengan tingkap
  • Cuci lantai bilik mandi dengan kerap bagi elak ia berlumut dan menjadi lincin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lagi Kes Budak Maut Terjatuh Dari Bangunan, Ibu STOP Tinggalkan Anak Sendirian Di Rumah!

Baca juga: Gara-Gara Rapatkan Katil Ke Tingkap, Bayi 11 Bulan Dilapor MATI Terjatuh Dari Tingkat 3

Baca juga: Budak Lelaki Selamba Berdiri Di Belakang Kereta, Netizen Gerun Tengok Takut Terjatuh!