Cerita suami isteri kadang-kadang lebih banyak kepada sikap masing-masing yang tidak kelihatan masa mula-mula perkenalan.
Tapi, selepas dua ke tiga tahun perkahwinan, belang masing-masing jelas terpancar hingga membuatkan pasangan rasa jelik dengan perangai anda.
Bagi kaum isteri, biasanya terkenal dengan sikap yang suka membebel yang sememangnya sangat sebati dalam rutin harian masing-masing.
Sementara bagi suami pula, sikap suka mendiamkan diri dalam apa saja keadaan tidak kira sewaktu tengah tegang, sewaktu isteri tengah marah-mara atau apa saja. Mereka lebih suka memilih jalan untuk mendiamkan diri.
Cerita suami isteri
Walaubagaimanapun, sebagai orang perempuan, sudah tentu anda mengharapkan tindak balas daripada suami walaupun semasa itu mungkin kalian berada dalam fasa ketegangan dan memuncak untuk bertelingkah.
Ini kerana wanita ini berbeza sedikit pemikirannya, kerana anda mahu menyuarakan sesuatu dan mahu pasangan juga boleh mempertahankan dirinya sendiri.
Tapi ia berlainan pula dengan lelaki yang lebih suka mendiamkan diri.
Bayangkan bukan waktu marah saja, semasa nak beromantis pun susah betul nak dengar ungkapan perkataan sayang daripada si suami.
Cerita suami isteri – Inilah beberapa sebab mengapa suami suka sangat berdiam diri
#1. Enggan masalah bertambah besar
Alasan pertama mengapa suami lebih suka memilih untuk berdiam diri adalah kerana bagi mengelak perkara yang berlaku menjadi bertambah rumit dan sukar.
Ini kerana, bila bertambah rumit dirinya juga yang akan nampak salah. Jadi dengan memilih untuk senyapkan diri berbanding bercakap, adalah jalan terbaik.
Sebabnya kalau berdiam, lambat laun isteri akan senyap dengan sendirinya.
#2. Untuk menenangkan diri
Bila isteri duk berletiaq tak sudah-sudah, suami tentunya akan panas telinga, bukan?
Tapi walau apa cara pun, suami lebih suka memilih untuk senyapkan diri dan berlagak tenang walaupun dalam hati tuhan saja yang tahu rasa marahnya.
Ini kerana kalau menjawab sudah tentu keadaan bertambah parah jadi jalan terbaik adalah dengan berdiam diri meskipun sakit dengan butiran kata yang keluar daripada mulut isteri.
#3. Bimbang kalau hilang kawalan seterusnya memburukkan situasi
Kalau orang perempuan terkenal dengan beleter, orang lelaki pula lebih terkenal dengan sikap panas baran.
Sebab itu, rata-ratanya suami memilih untuk berdiam diri apabila berlaku sebarang persengketaan dengan isteri.
Ini kerana orang perempuan ini kalau dibalas apa yang diperkatakan dia pasti secara tak langsung mencabar kesabaran lelaki tersebut.
Jadi bagi mengawal kemarahan, suami lebih suka diamkan diri, lagi-lagi kalau isteri suka cabar kemarahan dan kewarasan si suami.
#4. Suami hargai isterinya
Demi rasa cinta dan menghargai isteri, lantas suami memilih jalan dengan berdiam diri.
Sebab itu, dia membenarkan sahaja apa yang keluar dari mulut isteri meskipun tidak berpuas hati.
Dia juga tahu apa saja yang keluar dari mulut isteri walaupun sukar diterima dengan menganggap itu adalah nasihat sebagai tanda isteri menyayanginya.
#5. Takut isteri pergi meninggalkannya
Tahu sajalah kan orang perempuan kalau merajuk suka lari balik kampung atau tiba-tiba saja minta nak keluar dari rumah. Kononnya sakit hati dengan suami.
Sebab itu bila bergaduh suami lebih suka pendam dan diamkan diri sahaja kerana tak mahu isteri ambil keputusan pulang ke kampung tanpa kehadiran mereka.
Paling tidak mahu bila anda membuat keputusan terburu-buru seperti perceraian, menjatuhkan talak, memukul, membaling barang rumah dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, menjadi lumrah bahawa isteri lebih suka bercakap manakala suami pula lebih suka mendengar dan berdiam.
Hal ini kerana, penelitian yang dijalankan mendapati wanita ini lebih suka berfikir menggunakan emosi dan perasaan. Sementara lelaki pula lebih suka berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan.
Justeru, jangan salahkan suami jika mereka memilih untuk mendiamkan diri kerana semuanya demi hubungan yang dibina itu.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Baitul Jannah
Gambar: Una House Studio
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga