Apa yang anda fikirkan sekarang untuk checklist barang baby ke hospital mungkin tak berapa penting sehinggalah anda benar-benar di hospital nanti.
Percayalah, membuat checklist terlebih dahulu dapat membantu anda ketika bersalin nanti, lagi-lagi di musim PKP ini, yang mana kebanyakan hospital tidak membenarkan suami anda untuk menemani. Jadi barang-barang perlulah lengkap agar semuanya berjalan lancar.
Ketahui apa yang asas terlebih dahulu, dan jika ada muatan lebih barulah masukkan apa yang dimahukan.
Senaraikan apa keperluan yang penting saja, dan jangan risau bakal ibu semua, kami boleh bantu sediakan checklist barang baby ke hospital!
Bila waktu yang tepat untuk membuat checklist barang baby ke hospital?
Tahukah anda, hanya 5% bayi dilahirkan mengikut tarikh yang dijangka (EDD)? Dan selebihnya sama ada lahir awal atau lahir lebih lewat.
Yang pasti untuk lebih selamat, dinasihatkan anda kemas beg bersalin dan beg bayi seawal tiga minggu sebelum tarikh dijangka bersalin.
Apa yang perlu ada dalam checklist barang baby ke hospital?
Kredit: iStock
Pack barang bayi di dalam beg lampin yang anda ingin gunakan setelah si kecil dilahirkan.
1# Pakaian bayi yang selesa
Sentiasa pilih pakaian bayi yang diperbuat daripada kapas. Pastikan juga suhu di hospital bersalin anda bagaimana, selalunya hospital menyediakan bilik yang sejuk lengkap berhawa dingin, jadi sediakan pakaian berlengan panjang untuk si kecil.
2# Selimut & bedung bayi (swaddle)
Percayalah, anda memerlukan bedung bayi ini untuk memastikan bayi tidur lena. Ya, memang bayi baru lahir akan terjaga setiap 2 jam ini kerana mereka perlu disusukan. Dan kita mahu tidur mereka yang hanya beberapa jam itu menjadi tidur yang berkualiti.
Jadi, swaddle inilah penyelamat anda wahai ibu-ibu. Bila bayi tidur lena, ibu pun dapat berehat secukupnya!
3# Sarung tangan & kaki bayi
Sesetengah ibu bapa mungkin tidak rasakan ini adalah item yang penting. Namun anda perlu ingat bayi baru lahir kuku mereka agak panjang. Jadi untuk mengelakkan mereka mencakar muka mereka sendiri, anda perlu sediakan sarung tangan!
Sarung kaki pula bagi memastikan kaki bayi tidak sejuk dan kekal selesa sepanjang hari.
4# Susu formula dan botol
Susu formula selalunya disediakan di hospital, dan anda juga perlu peka dengan peraturan hospital yang mana ada sesetengah sangat menggalakkan penyusuan badan lantas formula dan botol susu tidak dibenarkan bawa. Ya, lebih-lebih hospital kerajaan.
Tapi anda boleh ambil langkah awal dengan menyediakan saja, tak perlu dikeluarkan pun, simpan saja di dalam beg sehinggalah betul-betul perlu.
5# Kerusi keselamatan bayi
Anda mesti memasang tempat duduk keselamatan bayi di dalam kereta sebelum keluar dari hospital. Cuba pasangkan ia di dalam kereta beberapa minggu sebelum tarikh bersalin anda. Ingat, keselamatan bayi adalah segalanya!
6# Lampin yang berkualiti
Lampin bayi antara item yang paling penting untuk bayi baru lahir. Kulit mereka masih lagi sensitif apabila lahir, baru beberapa minit dilahirkan ke dunia ini, itulah item pertama yang akan dipakaikan pada bayi.
Jadi ia mestilah selesa, tidak mengakibatkan rengsaan pada kulit bayi malah bebas kebocoran!
Ketahui kualiti lampin terbaik!
Kredit: iStock
Kualiti lampin terbaik bukan saja yang mampu mengelak kebocoran. Ada pelbagai faktor dan ciri yang perlu dipertimbangkan baik dari segi kesesuaian hinggalah perlindungan. Antaranya adalah seperti berikut:
1# Jenis lampin
Ibu-ibu mesti tahu bahawa terdapat dua jenis lampin bayi pakai buang, iaitu lampin jenis berpelekat dengan jenis seluar.
Untuk bayi baru lahir, anda dinasihatkan untuk mengguna lampin berpelekat kerana si manja lebih kerap menukar lampin dan mempunyai keperluan khas. Jenis seluar pula serasi untuk anak yang lebih berusia dan lebih aktif.
2# Saiz lampin
Saiz lampin bayi baru lahir selalunya New Born adalah pilihan yang tepat. Ia mempunyai ciri khas dalam penjagaan bayi baru lahir terutamanya di bahagian pusat.
Pemilihan saiz lampin yang tepat juga adalah penting bagi mengelakkan kebocoran.
3# Penyerapan yang baik
Lampin pakai buang sepatutnya dapat menyerap kencing dan menampung najis tanpa sebarang kebocoran. Lampin yang bocor dan basah boleh menyebabkan kulit bayi menjadi rengsa dan akhirnya muncul ruam lampin.
Oleh sebab kulit bayi halus dan sensitif, bahan lampin sangat penting jadi pastikan lampin dibuat daripada bahan lembut dan berkualiti yang membantu aliran udara agar bahagian bawah bayi anda lebih selesa.
#4. Bebas rengsaan pada kulit
Sama seperti produk penjagaan kulit yang ada di pasaran, tidak semua bayi sesuai untuk pakai jenama lampin pakai buang yang sama.
Ada sesetengah bayi kulit mereka lebih sensitif lantas akan memberi tindak balas yang berbeza ketika memakai lampin tertentu, contohnya mudah bocor atau timbul ruam pada kulit si kecil.
Masa untuk cuba Drypers Wee Wee Dry Newborn Baharu!
Apa yang menjadikan Drypers Wee Wee Dry (Newborn) ini unik?
Navel Care: Reka bentuk potongan khas pada pusat untuk melindungi baki tali pusat bayi agar proses penyembuhan lebih cepat.
Stool Lock System™: Memerangkap najis bayi yang cair serta-merta supaya kulit bayi boleh kekal kering dan selesa.
(BARU) 6 AbsorbDRY Layers™: Daya penyerapan yang kuat supaya kulit bayi kekal kering sehingga 10 jam.
(BARU) Penunjuk Kebasahan: Masa untuk menukar lampin baru apabila penunjuk kuning bertukar menjadi biru. Ini membantu ibu bapa agar tidak lagi risau bila waktu tepat untuk menukar lampin.
(BARU) Pro-Skin™ pH Balanced Layer: Melindungi bayi dari kerengsaan kulit dengan menyediakan permukaan yang kurang berasid, untuk kulit bayi yang lebih sihat.
(BARU) Eco Green: Drypers Wee Wee Dry adalah produk biobased yang diperakui USDA, ia mengandungi 39% bahan bio yang boleh diperbaharui, terbiodegradasi dan berasaskan tumbuhan. Paling penting, Drypers adalah jenama lampin bayi pertama di Asia yang diperakui oleh USDA!
TummyFIT Guide™: Petunjuk yang amat berguna terutamanya untuk ibu bapa baru kerana ia memudahkan penggunaan Flexi-Tape™ pada kedudukan yang ideal untuk memastikan keserasian sempurna disamping mencegah kebocoran. Setelah mencapai ‘Next Size’, ibu bapa akan tahu sudah tiba masanya untuk menukar saiz lampin.
Pelbagai ganjaran menanti anda di Drypers Baby Club!
Daftar dengan Drypers Baby Club hari ini untuk mendapatkan sampel percuma lampin Drypers Wee Wee Dry Newborn yang merupakan pemenang anugerah!
Selain itu, anda juga boleh mendapat petua keibubapaan yang bermanfaat dan pelbagai faedah menarik yang lain.
Selamat menjalani detik keibubapaan yang bermakna dengan Drypers Baby Club. Jangan tunggu lagi, daftar sekarang di sini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Lapan Tip Mengenai Pakaian Bayi
Baca juga: Selepas Bersalin – Untuk Ibu
Baca juga: Cara Untuk Sendawakan Bayi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!