Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda

Perasaan nak balik raya itu memang seronok, tapi ibu pasti akan dibelenggu dengan perkara ini, checklist barang-barang si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak kiralah sama ada ini merupakan kali pertama anda pulang bersama anak kecil, ataupun sudah berpengalaman, realitinya, setiap kali hendak balik kampung, hati mesti tak keruan memikirkan checklist barang-barang yang perlu dibawa pulang supaya tidak huru-hara di kampung nanti.

Memang mencabar travel bersama anak kecil, segala keperluan yang biasanya ada di rumah perlu ada di dalam beg bayi supaya perubahan rutin ini tidak terlalu mengganggu sensorinya. Sebagai ibu, anda pasti tahu bahawa keselesaan si manja anda adalah sangat penting untuk memastikan pengalaman balik kampung anda sekeluarga berjalan dengan lancar. Persiapan ini juga penting untuk mengelak daripada anak meragam, tidak selesa dan sebagainya. 

Usah risau. Kami di theAsianparent sangat memahami situasi balik kampung ibu-ibu sekalian, jadi kami dah pun siapkan checklist balik kampung terbaik untuk keselesaan si manja anda!

5 Barang Wajib Ada Balik Kampung Ini Untuk Si Manja Anda

Memahami situasi ibu bapa bersama anak kecil yang akan pulang beraya Aidilfitri ini, jenama produk bayi organik terkemuka, Offspring telah melancarkan kempen ‘Wonder Raya’ yang bertujuan memudahkan urusan ibu bapa untuk balik raya bersama si manja menerusi rangkaian produknya yang mesra bayi, dan paling penting, certified organic, ya! 

Selain baju raya, kasut raya, biskut raya dan duit raya, kami highly-recommend anda untuk membawa bersama 5 produk hebat daripada Offspring ini:

  1. Berasaskan tumbuhan dan kalis peluh, semburan penghalau serangga ini terbukti selamat dan berkesan untuk kanak-kanak. Produk ini juga tidak berminyak, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Jadi, tak perlulah anda risau jika si manja anda ingin bermain di halaman rumah bersama sepupu-sepupu di hari raya nanti! 

    Ketahui lebih lanjut tentang Offspring Buzz Away Spray di sini. 

  2. Rinse- Free Baby Bum Cleansing Spray

    Ini kegemaran kami! Dengan adanya Baby Bum Cleansing Spray ini di dalam beg bayi anda, anda tak perlu lagi risau tentang kebersihan si manja anda selepas menukar lampinnya, terutama sekali ketika dalam perjalanan ke kampung. Hanya semburkan, lap dan siap! Si manja anda akan berasa bersih dan segar semula, tiada bau yang mengganggu, dan paling utama, semburan ini selamat untuk semua jenis kulit bayi kerana ianya organik dan bersifat hipoalergenik. 

    Ketahui lebih lanjut tentang Offspring Baby Bum Cleansing Spray di sini.

  3. Plant-based Wipes

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

    Bukan sahaja baik untuk bayi, tetapi untuk seisi keluarga juga ketika travelling. Plant-based Wipes daripada Offspring ini tidak sama seperti yang lain di pasaran. Diperbuat daripada 99% air, produk ini juga bebas daripada pewangi, paraben, alkohol dan klorin. Ianya lembut dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit, dan turut disahkan bebas alahan. Plant-based Wipes ini juga merupakan produk mesra alam kerana ianya boleh terbiodegrasi.

    Ketahui lebih lanjut tentang Offspring Plant-based Wipes di sini. 

  4. Soothing Nappy Balm

    Ruam lampin merupakan salah satu punca utama bayi meragam, jadi pastikan ini tidak berlaku pada hari raya nanti, ya! Soothing Nappy Balm daripada Offspring ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti lilin lebah, minyak zaitun dan jojoba serta minyak pati. Formulasinya telah disahkan selamat untuk alahan, dan juga telah diuji secara dermatologi. Ianya selamat digunakan untuk semua jenis kulit bayi, termasuk yang mudah terdedah pada ekzema. Selain itu, produk ini juga sesuai untuk melembabkan kulit kering, bibir merekah dan masalah kulit kering lain, jadi ianya sesuai digunakan oleh seisi keluarga!

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

    Ketahui lebih lanjut tentang Offspring Soothing Nappy Balm di sini.

  5. Multi-Surface Cleaner Cleaner

    Walaupun kita sudah berada dalam fasa endemik Covid-19, jangan pandang remeh soal kebersihan, kerana virus tersebut dan yang lain tetap ada di mana-mana. Selalunya, ketika musim perayaanlah kanak-kanak mudah mendapat jangkitan virus kerana terdedah kepada orang ramai untuk masa yang lama. Jadi, pastikan anda membawa bersama Multi-Surface Cleaner ini untuk membasmi kuman di mana saja anda berada. Produk ini selamat dan sesuai disembur pada katil bayi, bantal, perabot, kereta, stroller…apa saja! Dengan formulasi 3-dalam-1 yang berkesan, anda hanya perlukan satu semburan untuk membasmi kuman dan menghilangkan bau. Dan jangan risau, sudah tentu produk ini dirumus khas dengan bahan-bahan semula jadi yang mesra kulit, bebas alahan dan semestinya organik serta mesra alam. 

    Ketahui lebih lanjut tentang Offspring Multi-Surface Spray di sini. 

Raikan Wonder Raya bersama Offspring!

Selari dengan slogannya ‘Little Things Matter’, Offspring Inc telus dalam usaha mereka untuk membantu ibu bapa mencipta memori Hari Raya yang terindah bersama si manja. Dengan mengetengahkan produk-produk bayi yang organik, selamat dan berkesan untuk si manja dan seisi keluarga, diharapkan ibu bapa sekalian dapatlah menikmati ‘Wonder Raya’ yang cukup bermakna bersama keluarga tercinta! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sempena kempen ‘Wonder Raya’ ini, Offspring menyediakan promosi hebat yang anda tidak patut lepaskan. Pelbagai barangan mereka yang berkualiti ditawarkan pada harga yang sangat menarik! Tunggu apa lagi? Jom dapatkan promosi Wonder Raya di sini.

Layari https://offspringinc.com untuk maklumat lanjut tentang Offspring dan katalog penuh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

chamlixian