Gajah Ini Nampak Tulang "Dikerjakan" Untuk Menghibur Penonton Festival! Sampai Hati Manusia...

Kasihan gajah ini yang kelihatan kurus dan lemah. Tak cukup dengan itu kakinya juga dirantai. Apakah kesalahan yang dilakukan hingga dia diperlakukan sekejam ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, viral video dan gambar ciri ciri gajah yang kurus kering berusia 70 tahun yang harus bekerja dalam festival dan berjalan jauh dengan kaki dirantai di Sri Lanka. Foto yang tular itu membuatkan ramai netizen marah!

Menurut Lek Chailert Pengasas Yayasan Penyelamat Gajah berkata, gajah yang diberi nama Tikiri itu merupakan seekor gajah betina yang berusia 70 tahun dan sedang sakit. Dia adalah salah satu daripada 60 gajah yang perlu bekerja di Festival Parahera di Sri Lanka pada tahun ini.

Bayangkan Tikiri terpaksa bekerja hampir setiap larut malam selama 10 hari berturut-turut di tengah kebisingan orang ramai disusuli dengan api dan asap.

Bahkan, dia terpaksa berjalan jauh supaya dapat menghiburkan hati semua orang yang berkunjung ke festival itu.

Namun apa yang menyedihkan, tidak ramai yang dapat melihat ciri ciri gajah ini yang terlalu kurus hingga menampakkan tulang dan tubuhnya yang lemah kerana dia ditutup dengan jubah labuh.

Ciri ciri gajah ini yang kurus dan menyedihkan

Tambah Chailert lagi, tak ada yang dapat melihat matanya sedang berair kerana cahaya lampu dan tiada yang dapat melihat bahawa dia sukar untuk berjalan kerana kakinya sudah dirantai.

Itu yang menjadi tanda tanya bagi Chailert mengapa festival yang suci ini sanggup membiarkan makhluk lain menderita?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas memuat naik nasib Tikiri di laman Facebook, ternyata ramai netizen yang marah dan sedih dengan apa yang telah berlaku pada gajah ini. Malah ramai yang ingin membantu!

Ini kerana apabila melihat makhluk hidup ini diperlakukan dengan cara yang tidak sepatutnya dan sudah tentu kita sebagai manusia harus membantu dengan menghentikan penganiayaan pada haiwan tersebut!

Walau bagaimanapun, seorang juru bicara kuil yang telah dihubungi pihak media mengatakan mereka selalu melihat binatang seperti Tikiri telah diperiksa oleh doktor haiwan atau vaterinar.

Malah Data dari World Animal Protection menunjukkan sekitar 3000 gajah digunakan bagi tujuan hiburan di seluruh Asia. Namun, 77% masih ada yang diperlakukan secara tidak adil. 

Oleh sebab itu, Save Elephant Foundation yang berpangkalan di Thailand melakukan misi bagi menyelamatkan gajah Asia dari kemusnahan, sekaligus merawat habitat mereka serta meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang tingkah laku yang baik pada haiwan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Info extra: Konflik gajah dengan manusia

#1. Konflik gajah di Malaysia sekitar tahun 1950 lagi hingga Jabatan Taman Perlidungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perhilitan menghalau dan memindahkan gajah yang sering ganggu tanaman ke tempat lain.

#2. Malaysia dipisahkan oleh Laut China Selatan dan mempunyai dua subspesis gajah. Di Semenanjung Malaysia dipanggil Gajah Asia Elephas Maximus Indicus manakala di Borneo di kenali Gajah Kerdil Borneo.

#3. Gajah kerdil ini merupakan herbivora yang hanya makan pokok jenis palma, rumput dan pisang. Selain, mereka juga makan lebih kurang 150 kg tumbuhan sehari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Gajah boleh hidup antara 60 tahun di habitat semulajadi dan 80 tahun dalam kurungan. Gajah kerdil hidup secara berkumpulan diketuai gajah betina dewasa dan ibu gajah diikuti anak-anak serta jantan yang belum matang.

#5. Gajah jantan biasanya bergerak dalam kawasan yang lebih luas bertindih dengan kumpulan lain.

#6. Di Sabah, gajah selalunya terdapat berhampiran Sungai Kinabatangan. Dana Sedunia Alam Semulajadi (WWF)menganggarkan gajah ini dalam linkungan 1500 ekor dalam habitat liar di Sabah.

#7. Gajah memerlukan kawasan yang luas dan jumlah nisbah jantan betina yang sesuai. Kekurangan kawasan keliaran dengan mereka boleh menyebabkan konflik terjadi dengan manusia.

#8. Di Malaysia sendiri kita ada Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan pada tahun 1989 bagi memulakan program perpindahan gajah pada 1974.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#9. Gajah yang bermasalah dipindahkan ke Hutan Simpan Royal Belum, Taman Negara dan Taman Negara Endau Rompin.

#10. Lebih dari 40 tahun pasukan ini telah membantu memindahkan lebih daripada 700 gajah liar.

Diharap pihak berkenaan dapat membantu gajah kurus ini agar kembali sihat dan gemuk secara normal seperti mana fizikalnya yang asal. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: BBC , Utusan

Baca juga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan